21

20.1K 632 4
                                        

Puan Basyirah meletakkan telefon bimbitnya di atas meja di ruang tamu. Suami disebelah dipandang.

"Siapa yang telefon tu?" tanya Tengku Zikri.

"Bella."

Tengku Zikri yang tengah membaca buku terus menoleh ke arah isterinya.

"Apa jawapan dia?"

Puan Basyirah angguk. "Dia setuju. Tapi dia minta kita yang cakap dekat abang long dan Edrian." katanya.

Tengku Zikri angguk. Bukunya dibaca semula.

"Nanti malam abang beritahu sendiri. Dia tak balik sini ke?" soal Tengku Zikri berkenaan anak perempuannya.

Puan Basyirah menggeleng perlahan.

Hadiff yang baru turun dari biliknya melangkah mendekati papa dan mamanya di ruang tamu.

"Akak ada call mama? Dia kat mana?"

Puan Basyirah memandang anak lelakinya dengan senyuman.

"Baru je lepas dia call. Bella tak cakap pula dia kemana."

Hadiff hanya diam mendengar jawapan itu. Dia pasti kakaknya tiada di KL kerana kondonya kosong. Hospital? Lagilah dia tak percaya.

Manalah Kak Haura pergi.

* * * * *

Edrian mengangkat kepala saat terdengar pintu pejabatnya di buka.

"Daddy. Ada apa datang?"

Tengku Zaki duduk di hadapan anak sulungnya.

"Mak su cakap Bella dah setuju nak tunang dan kahwin dengan Ed. So how about you?"

Edrian duduk menegak merenung wajah Tengku Zaki. "Serius daddy? Kenapa Bella tak cakap sendiri kat Ed?" soal Edrian.

Tengku Zaki angkat bahu.

"Mungkin kamu ada buat dia marah kot. Sudahlah, bagi dia tenang dulu."

Edrian diam. Teringat perkara di mall haritu.

'Sebab hal tu ke Bella langsung tak contact aku? Dia marah atau cemburu? Aduh Ed. Suka cari masalah.'

Tengku Zaki bangun. "Daddy nak balik dulu. Kamu jangan balik lewat sangat. Ada masa baliklah rumah." pesannya sebelum keluar.

Edrian memandang tubuh daddynya yang sudah menghilang di balik pintu.

Hm dah pukul enam petang. Patutlah daddy gerak balik.

Balik rumah? Dah seminggu dia tak jejak ke banglo daddynya. Ada juga rasa rindu pada wanita yang melayannya dengan baik di rumah itu.

Edrian mengeluh dan mencapai kunci keretanya sebelum melangkah keluar dari bangunan tersebut.

Banglo Tengku Zaki dituju.

* * * * *

Bella terjaga dari tidurnya bila terasa ada cairan panas mengalir dari hidungnya. Dia duduk dan mencapai tisu.

YOU'RE THE ONE (✔)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang