47

21.3K 566 12
                                        

"Ya Allah!"

Puan Basyirah memandang pinggan kaca yang sudah pecah berderai di lantai. Ingatan terhadap anak perempuannya menjelma secara tiba-tiba.

Dadanya dipegang.

"Kenapa rasa tak sedap hati ni."

Dia segera mencangkung untuk mengutip serpihan kaca yang besar lalu dibuang ke dalam tong sampah.

"Kenapa ni Ira? Awak tak sihat ke?" soal Tengku Zikri.

Puan Basyirah menggeleng. Baru sahaja ingin mencapai penyapu dan penyodok sampah, tangannya dipegang.

"Sudah awak pergi duduk. Biar abang yang bersihkan semua ni."

Puan Basyirah diam. Melihat tingkah suaminya yang sedang menyapu serpihan kaca yang kecil.

Ting tong.

Kaki bergerak menuju ke pintu rumah. Dia berjalan ke pagar rumah apabila perasan ada sampul surat yang terselit di celahan pagar.

"Siapa yang datang Ira?"

"Entahlah bang. Ira keluar takde orang pun. Cuma hantar ni je."

"Apa tu? Sini abang buka."

Saat sampul surat coklat itu berada di tangan suaminya, entah kenapa dia berasa takut. Seperti ada sesuatu yang buruk akan berlaku.

"Astaghfirullah."

Tengku Zikri melempar sampul surat itu ke atas meja dengan kasar. Wajahnya diraup dan dahinya diurut perlahan.

Puan Basyirah mencapai kepingan gambar yang terkeluar daripada sampul surat itu. Tangan dibawa untuk menutup mulut. Kepala digeleng beberapa kali.

"No. Ira tak percaya. Abang, saya yakin ini bukan anak kita. Bella takkan buat macam ni."

Tengku Zikri menggeleng. "Abang dah agak dah. Sebab tu lah abang tak suka dia jadi model. Ini kalau orang tahu ni, malu abang." Ucapnya sambil menahan marah.

"Abang! Ira percaya ni semua fitnah. Bella takkan buat macam ni abang. Ira kenal anak Ira bang."

Tengku Zikri mendengus. Dia bangun keluar daripada rumah. Sebelum itu sempat lagi dia berpesan.

"Call budak tu suruh balik. Edrian sekali. Abang nak settle hal ni secepatnya. Abang tak nak tanggung malu kalau pihak media tahu. Lagi-lagi kalau diorang tahu Bella ni anak kita. Bertambah malu abang."

Puan Basyirah terduduk. Sungguh kata-kata suaminya sangat menyentap hatinya. Air matanya mengalir.

"Abang tak nak mengaku dia anak kita?" soalnya sendiri.

Cepat sahaja tangannya menelefon Hadiff dan meminta dia pulang segera.

Bella tak buat semua ni kan sayang?

* * * * *

Deringan telefon daripada sebelah Bella dipandang. Sudah beberapa kali adik sahabatnya ini menelefon.

Nak angkat ke tak?

Haih angkat jelah.

"Hello."

"Akak!"

"Ehem. Maaf ni kawan dia. Risy tengah tidur. Dia tak sihat. Hadiff ke ni?"

"Kak Sandra? Bila akak datang? Kak Bella okey kan?"

Cassandra terdiam. Ingin memberitahu keadaan sebenar dia terikat dengan janjinya kepada si gadis yang sudah tidur selepas makan ubat.

Haih.

"Dia...Okey. Demam sikit je. Kenapa Diff call?"

"Maaf ganggu. Diff nak minta akak bawa Kak Bella balik. Paling lambat esok. Bolehkan?"

Cassandra mengerutkan dahi. "Why? Something happen?" Soalnya laju.

Dengar Hadiff mengeluh di hujung talian.

"Bad thing kak. I hope Kak Bella strong to face it. Anything happen keep support her okay. Diff pergi dulu. Bye."

Tak sempat dia nak menyoal lebih lanjut, Hadiff sudah menutup telefon. Cassandra jadi geram.

"Apa eh? Kenapa Hadiff macam risau sangat? Apa lagilah dugaan untuk kau Risy."

Cassandra membelai rambut Bella kemudian perut leper sahabatnya disentuh sebentar.

"Keep strong for your mama, baby. Aunty will always with all of you."

* * * * *

Harith sedang berjalan ke keretanya bila matanya menangkap kelibat seseorang. Langkah kaki dibawa mengekori lelaki yang sedang berjalan bersama seorang wanita bertudung.

Dia menarik kerusi di hadapan pasangan tersebut.

"Ya? Encik ni siapa?"

"Aku Harith. Kau kan lelaki yang dengan Bella masa tu dekat hospital? Kau siapa dengan dia?"

"Okey Harith. Aku Rizhan, ini isteri aku Farhana. Kami berdua kenalan rapat Bella. Dia jiran kami waktu di Ireland."

Harith memandang lama wajah Rizhan. Seakan tidak percaya.

"Awak ni ke Harith yang suka Bella? Dia ada cerita pada kami. Saya nak pesan dekat awak, move on jelah. Bella dah kahwin dan dia sangat bahagia di sisi Edrian. Jangan musnahkan kebahagiaan yang baru dia kecapi." nasihat Farhana.

Harith terdiam. Mata dialih semula ke Rizhan.

"Sebenarnya kau siapa pada Bella? Aku selalu nampak kau dengan dia sama-sama. Kau curang ke?"

Rizhan tergelak kecil manakala Farhana hanya mengukir senyuman.

"Kau betul nak tahu siapa aku? After that aku nak kau janji. Jangan kacau Bella lagi."

Harith hanya angguk.

Suasana menjadi sunyi seketika. Rizhan menarik nafas panjang sebelum menghembusnya perlahan.

"Aku doktor peribadi Bella."

































......................................................

[10/01/2019]

Yeah double update!

Sori for late.

YOU'RE THE ONE (✔)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang