16

19.1K 641 2
                                        

Edrian melangkah masuk ke dalam banglo milik Tengku Zaki. Terus sahaja sofa dituju dan keluhan dilepaskan.

Dia tidak tahu apa sebab Tengku Zaki menyuruhnya pulang padahal baru sahaja beberapa hari lepas mereka makan malam bersama.

"Ed dah balik? Kalau nak makan, mummy boleh hidangkan." tegur Tengku Syamira.

Edrian diam. Kadangkala dia merasakan dia berlaku kejam pada wanita yang merupakan ibu tirinya. Sedangkan wanita itu selalu melayannya dengan baik, sejak kecil lagi.

Huh.

"Hm." itu je jawapannya. Edrian terus bangun menuju ke dapur.

Tengku Syamira senyum. Terus sahaja langkah dihala ke dapur. Edrian sudah pun duduk di meja makan.

Sepinggan nasi dihulur kepada Edrian. Baru sahaja dia ingin menceduk lauk, Tengku Syamira sudah pun mengambilkan untuknya.

Asam pedas ikan merah dan sayur bayam goreng membuatkannya terliur.

Edrian terus sahaja menyuap nasi dan lauk kedalam mulut. Tengku Syamira hanya melihat. Bersyukur rasa hatinya melihat sikap anak tirinya sekarang.

'Sedap. Macam selalu.' puji Edrian dalam hati.

Selesai makan, Edrian terus membawa pinggan kotor ke singki dan mula membasuh.

Tengku Syamira senyum. Bila teringat sesuatu, dia mengambil makanan kegemaran Edrian di dalam peti sejuk.

Edrian yang sudah selesai membasuh pinggan, dipanggil oleh Tengku Syamira.

"Edrian, ni mummy ada buat muffin strawberry untuk kamu."

Edrian mula teruja. "Muffin strawberry?" tanyanya.

Tengku Syamira angguk. Tahu sangat favourite anak bujang itu. Hantu muffin strawberry. Sama sahaja dengan anak lelakinya, Edryl.

Edrian duduk semula dan tangan pantas mencapai satu muffin. Digigitnya sedikit.

"Sedap." ucapnya perlahan.

Selesai menghabiskan satu biji muffin, dia mengambil satu lagi muffin strawberry dan terus berjalan menaiki tangga.

Sampai di anak tangga, dia berpaling memandang Tengku Syamira.

"Thanks. Sedap." ucapnya sebelum naik ke bilik.

Tengku Syamira senyum. Gembira sungguh hatinya melihat perubahan anak lelakinya itu. Dia percaya, suatu hari pasti Edrian akan menerimanya sebagai mummy dengan hati terbuka dan ikhlas.

* * * * *

Bella mula bersiap di dalam biliknya. Dress labuh lengan panjang berwarna dark pink tersarung di badannya. Rambutnya disanggul.

Kasut tumit setinggi dua inci dengan design simple menjadi pilihan. Beg tangan Gucci yang dibeli di Ireland diambil dan disangkut ke bahu. Purse, handphone, powerbank, notebank dan tidak lupa ubatnya dimasukkan ke dalam handbagnya.

Sebelum keluar dari bilik, sempat lagi Bella menilik penampilannya di cermin. Kemudian terus ke pintu.

Kunci kereta yang disangkut di dinding sebelah pintu diambil.

YOU'RE THE ONE (✔)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang