32

19.7K 557 4
                                        

Seminggu berlalu.

Langsung tiada khabar berita daripada tunang tersayang. Edrian mengeluh sambil tangan masih menyelak fail di hadapannya.

Tok. Tok.

"Masuk." arahnya. Wajah berkerut.

"Bro. Lunch jom."

Edrian mengangkat kepala. Wajah Farhan dipandang sekilas sebelum kepala digeleng perlahan.

"Takde selera. Kau pergilah dengan Qay."

Farhan mengeluh. Kaki melangkah masuk dan sofa menjadi tempatnya duduk.

"Dah beberapa hari kau asyik skip makan je Ed. Janganlah macam ni. Kalau Bella ada pun dia marah."

"Aku risaulah Han. Dah la satu call aku pun dia tak angkat. Kalau jadi apa-apa pada dia macam mana?"

Farhan mengeluh lagi. "Aku yakin dia okey. Jangan nak fikir banyak. Jom makan." lagi sekali lelaki itu dipelawa.

"Fine."

* * * * *

Dia sedang bersiap sebelum bergerak ke airport kejap lagi.

Saat rambutnya disikat, segumpal rambut yang terlekat di sikat dipandang. Huh.

"Risy, are you done babe?" soal Cassandra yang menjenguk kepalanya di bilik Bella.

Cepat sahaja tangan menggenggam dan menyorokkan rambutnya yang gugur tadi di belakang badan. Dia tidak mahu sahabatnya risau.

"Aku nampak. Aku tahu Risy. Cuma kadang tu aku musykil. Kau memang tak nak buat kemo? Risy, badan kau pun lemah. Aku tak nak nanti bila badan kau dah tak tahan, kau boleh koma Irisya. Aku sayang kau. Ramai sayang kau Risy." nasihat Cassandra.

Bella duduk di birai katil. Muka penuh pengharapan sahabatnya dipandang.

"Aku nak kena ganti tempat papa after ni. Kemo tu kalau aku ada masa, aku buat. Jangan risau k. Start kerja aku akan makan ubat."

Cassandra menggeleng. Degil.

"Cassie, Uncle Vin arrived."

"Okay. Thank you Aunty Claire."

Cassandra menarik luggage Bella. Manakala gadis itu meliarkan pandangan ke sekeliling bilik yang didiami selama seminggu dan tahun-tahun yang lalu. I will miss this room but sorry i don't think i will come back here.

'I got the feeling."

* * * * *

Puan Basyirah sedang menyiram pokok saat anak lelakinya datang menyapa.

"Baru balik? Kamu kemana Diff? Asyik menghilang je." tegurnya.

Hadiff memandang wajah mamanya dengan sengihan. Tengkuknya digosok.

"Datinglah tu. Siapa bakal menantu tu?" soal Puan Basyirah lagi.

Hadiff mengetap bibir.

"Em nanti kalau Diff dah ready, Diff beritahu eh. Sekarang ni masih kawan."

Puan Basyirah angguk mendengar jawapan anaknya. Pili air ditutup dan paip digulung semula. Anaknya dihampiri.

"Yelah sayang. Mama faham. Tapi ingat batas kena jaga. Tak halal lagi." Pesannya.

Hadiff mengangguk.

Selepas Bik Ati menghantar minuman petang, keadaan menjadi sunyi seketika sebelum Hadiff mula bersuara.

"Ma, betul ke papa nak cepatkan perkahwinan akak lagi dua bulan? Tapi kenapa?"

Huh.

Puan Basyirah mengeluh. "Ya Diff. Pak long kamu pun dah setuju. Mama tak tahu sebab utamanya cuma yang mama tahu papa nak Bella cepat-cepat ambil alih syarikat dan bekerjasama dengan syarikat Edrian." ucap Puan Basyirah perlahan.

Hadiff diam. Dalam hati dia kasihan pada kakaknya. Dah lah sakit lepas tu dipaksa pula. Hm.

* * * * *

Kepala dijenguk ke bahagian luar kapal terbang. Langit yang semakin gelap dan awan yang sudah samar-samar kelihatan menjadi tarikan.

Keluhan dilepaskan.

Satu perasaan yang sukar untuk diungkapkan singgah dalam hati.

Rasa rindu.

Apa khabar agaknya dia disana ya?

Tiba-tiba dia teringat kata-kata sahabatnya sebelum dia naik flight tadi.

"Risy, aku tahu kau sayang dia dari dulu lagi. Aku nak kau bahagia. Dengan orang yang kau cinta. Jangan lepaskan dia dengan orang lain. Kejujuran itu penting. Aku tahu suatu hari nanti Harith akan datang cari kau even dia tahu kau tak cintakan dia. Tapi jangan sampai pertemuan korang nanti akan musnahkan hubungan kau dan tunang kau. Be happy Irisya. If you need anything, you know how to contact me. I will be with you."

Bella senyum. Sungguh kalau boleh dia nak stay lama dengan sahabatnya itu di Ireland tapi tanggungjawabnya pada keluarga perlu diutamakan. Wasiat arwah atuknya perlu dilaksanakan.

* * * * *

Edrian menguap untuk kali yang keberapa pun tak tahu sejak bermulanya mesyuarat dengan HR Architect.

Malam tadi dia menyiapkan laporan untuk projek di Shah Alam sehingga pukul 2.45 pagi.

"So, Tengku how?" soal Harith, ketua arkitek merangkap CEO HR Architect.

Edrian membetulkan duduknya dan memandang skrin.

"Its a great combination and building. I'm sure it will be a media attraction after this. I hope our project will work successfully."

Harith tersenyum. "Thank you Tengku." ucapnya.

Setelah itu, semua bangun dan saling bersalaman sebelum keluar dari bilik meeting.

"Dah lunch hour. If you don't mind Tengku, we can lunch together." ajak Harith.

Edrian melihat jam tangan dan mengangguk.

"Sure. Ada satu restoran ni makanan dia memang sedap. Yus, saya keluar lunch dengan Encik Harith."

Yusrina angguk.

"Lets go Tengku."

"Edrian. Kita bukan dalam ofis lagi."

Harith angguk dan mengekori langkah Edrian.

Mereka menuju ke Western Village menaiki kereta masing-masing.












































































.....................................................

[14/09/18]

Aiigooo Harith dgn Edrian dah jumpe. Ape konflik seterusnye?? just waitt...

Vote eh 😘

YOU'RE THE ONE (✔)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang