Kelihatan pasangan pengantin sedang berbual mesra dengan orang ramai di dalam dewan Sky Hotel. Senyuman tidak lekang dari bibir saat bersalaman bersama tetamu yang hadir.
"Sayang tak sangka mereka ada jodoh."
"La ingatkan abang sorang yang fikir macam tu. Mereka nampak serasi. Seorang jenis yang selamba dan sorang lagi agak pendiam."
Banner yang dipasang di luar dewan menunjukkan mereka ialah pasangan yang bahagia.
Selamat datang ke Majlis Bahagia
Harith ❤ Cassandra
"Oi Bell. Berangan apa tu? Laki dah ada kat sebelah pun sibuk nak cari scandal eh."
Bella terus menjeling sahabatnya yang baru tiba bersama suami dan anak lelakinya. Siapa lagi kalau bukan Qaisara yang suka mengusiknya.
"Jangan nak buat onar kat sini Sara. Kang kena penampar aku. Rindu ke dengan tapak tangan aku belai lengan kau?" sinis suara Bella berkata.
Qaisara tersengih-sengih kemudian menggeleng. Lengan Bella dipeluk erat. Dielus lembut lengan temannya.
"Alah janganlah marah aku Bella. Gurau manja je."
Bella buat muka malas nak melayan manakala Qaisara terus sahaja menggedik ditepinya. Dia bukannya merajuk sangat pun, saja nak mengusik.
Edrian dan Qayyum menggeleng kepala lantas meninggalkan isteri mereka dan menghampiri pasangan pengantin.
"Yow bro!"
"Yow. Korang baru sampai ke? Pergilah makan apa yang ada. Makanan banyak lagi."
Edrian pantas menggeleng bila dipelawa. "Cukuplah. Aku dah kenyang. Kau suruh yang sebelah aku ni makan, dia baru sampai. Aku dah bertambah banyak kali." ucap Edrian seraya memandang Qayyum mengambil makanan bersama anak lelakinya.
"Hai Amir." sapa Cassandra.
"Hello Aunty Ara."
Amir datang menghulurkan tangan dan mengucup pipi Cassandra di kedua belah. Senyuman lebar dilempar.
"Amboi Amir. Siapa yang mengajar cium-cium pipi ni. Aunty ni Uncle Rith punya tau." tegur Harith, saja nak usik.
Amir memandang daddynya dan memandang semula wajah Harith dengan mata bulat comel miliknya.
"Em..Amir salu ampak mami buat camtu. Amir itut je ah."
Qayyum menepuk dahi dan Harith terus gelak. Edrian yang mendengar juga sudah gelak besar bersama suami pengantin.
"He is so cute by. Ini memang banyak ikut perangai Sara kan." kata Cassandra.
Harith melilitkan tangan kiri di pinggang ramping si isteri. "Nanti anak kita lagi cute darl. Sebab you cantik dan of course i hensem. Setiap malam I baham you." bisik Harith perlahan di telinga wanita itu.
Cassandra menyiku lembut perut suaminya dan berlalu pergi dengan Amir. Mereka menuju ke Bella dan Qaisara yang tengah borak.
"Hai pengantin baru. Hai Amir." sapa Bella.
Cassandra memeluk tubuh sahabatnya dengan senyuman.
YOU ARE READING
YOU'RE THE ONE (✔)
Romance4th Bella. Hidupnya tidak seceria dulu apabila dia dibenci oleh lelaki yang amat dicintai. Bertahun dia membawa diri. Pulangnya dia langsung tak dihargai. Lelaki playboy dan kacak. Siapa yang tak kenal. Tengku Edrian, CEO TZ Holding yang muda dan ka...