Kakinya berjalan mundar-mandir di dalam biliknya. Dari tadi nombor yang didail tidak diangkat. Perasaan risaunya mula meningkat.
"Where are you Bella? Please answer me." rayunya sambil memandang Vivo V11 miliknya di tangan.
"Sya, dapat tak? Diff dari tadi tanya aku sampai aku tak tahu nak jawab apa."
Tasya menggeleng. Riak risau masih tak berkurang. Wajah Qaisara dipandang dengan riak sedih.
"What will happen to her Qai? Kenapa papa dia tak nampak apa yang dia buat selama ni? Aku risau sangat pasal dia."
Qaisara mengeluh. Bahu Tasya dipeluk.
"Aku pun tak tahu Sya. Aku pun risau juga. Dari malam tadi dia tak angkat call. Diff dah cari kat kondo tapi dia takde. Manalah dia pergi."
Tasya masih mencuba mendail nombor sahabatnya tapi masih lagi seperti tadi. Tidak diangkat.
Bunyi mesej dari whatsapp masuk ke handphone Qaisara.
From : Hadiff
HKL now. Akak kena tahan wad.Qaisara menutup mulutnya. Terkejut.
"Siap-siap Sya. Hadiff suruh pergi hospital. Bella kena tahan."
Pantas sahaja dua sahabat itu bersiap dan terus kereta dipandu menuju ke Hospital Kuala Lumpur.
* * * * *
Tubuh yang terbaring dengan mata terpejam itu dipandang lama. Jujur hatinya sedih melihat keadaan itu.
Tangan yang bercucuk untuk memasukkan air ke dalam tubuh dielus lembut.
"Why. Kenapa akak yang kena hadapi semua ni. Tak sanggup Diff nak tengok akak terseksa macam ni."
Bahu Hadiff digosok. Kepala dipaling ke belakang.
"Sabarlah Diff. Bella okey ke? Doktor cakap apa?"
Hadiff diam. Dia mengeluh sebelum berkata. "Akak stres dan kurang air. Dia kena tahan wad sebab badan dia lemah sangat tambah dengan demam dia yang tak menentu." terangnya.
Tasya diam. Dia duduk di sofa menghadap tubuh kaku yang terbaring di katil. Qaisara mendekati Bella dan dahi gadis itu dikucup sayang.
"Kau kena kuat Bella. Aku tahu kau kuat untuk hadapi semua ni. Aku, Tasya, Hadiff semua ada untuk kau." bisik Qaisara di telinga gadis itu.
"Ehem."
Mereka bertiga memandang pintu wad yang dibuka. Wajah Rizhan ditatap.
"Can we talk in my room?" kata Rizhan.
Hadiff angguk. Terus diajak sahabat kakaknya untuk ikut sekali.
"Keadaan Bella tak mengizinkan dia untuk buat aktiviti berat dan memenatkan. Tubuh badannya sangat lemah memandangkan kansernya sudah di tahap empat. Sel kansernya sudah mula merebak ke organ lain."
"No! Tak mungkin." Qaisara sudah mula menangis. Bahunya dipeluk Tasya.
Rizhan mengeluh. "Jadi saya sarankan Bella menjalani rawatan kemoterapi secepatnya untuk melemahkan sel kanser daripada terus menyerang. Kalau boleh rawatan itu dijalankan hari ini atau esok kerana dia beritahu saya minggu hadapan dia akan mula bekerja di syarikat papanya. Jika tidak, saya takkan benarkan dia untuk bekerja bahkan keluar wad sekalipun." terang Rizhan lagi.
YOU ARE READING
YOU'RE THE ONE (✔)
Romance4th Bella. Hidupnya tidak seceria dulu apabila dia dibenci oleh lelaki yang amat dicintai. Bertahun dia membawa diri. Pulangnya dia langsung tak dihargai. Lelaki playboy dan kacak. Siapa yang tak kenal. Tengku Edrian, CEO TZ Holding yang muda dan ka...