17

18.8K 595 10
                                    

Dress hitam pendek paras lutut disarung ke badan. Muka dimekap sederhana. Bila dah selesai, handbag Prada krim disangkut ke bahu. Heels hitam diambil daripada almari kasut sebelum pintu kondonya dikunci.

Kereta Proton Bezza dituju. Baru sahaja ingin memasukkan gear, handphonenya berbunyi.

"Ya Kak Mina. Saya baru nak gerak."

"Oh okey. Akak ingat Bella tak bangun lagi. Hati-hati drive."

"Okey kak."

Bella terus sahaja menyimpan semula Iphone 6s kedalam beg. Hari ni dia ada photoshoot di sebuah studio setelah hampir dua bulan dia berehat. Bella sendiri yang ingin berehat sejak pulang ke Malaysia setelah penat membuat modelling di luar negara.

Sampai di hadapan bangunan lot kedai dua tingkat, Bella memarkirkan kereta di hadapan Cafe Studio FQ. Di bahagian bawah ialah kafe dan di atas ialah studio.

Bella menuju ke tangga di tepi pintu kafe. Kelibat seorang wanita bertudung sedang menunggu di hujung tangga di atas. Bella senyum.

"Oh my dear! Sorry ganggu you pagi-pagi. Come cepat."

Bella angguk dan menyalam wanita itu kemudian saling berlaga pipi.

"Its okay kak. Lagi pun tak busy." jawab Bella.

Kak Mina, manager di studio itu. Bella kenal pun melalui Tasya dan Qaisara yang selalu jadi model di studio FQ.

Selesai menyalin pakaian, semua sudah bersedia untuk photoshoot. Bella membuat pelbagai gaya dihadapan kamera.

Hampir sejam jugalah baru semua selesai. Bella melepaskan lelah seketika di sofa yang tersedia. Kak Mina menghampiri dengan satu cawan air milo suam.

"Nah. Akak belanja."

"Thanks kak. Bila dah lama tak buat modelling, penatnya fuh." kata Bella dengan senyuman.

Kak Mina ketawa. Dia tahu maksud gadis itu.

"Sebab itulah Bella kena mulakan semula. Akak boleh tolong. Nak?" tawarnya.

Bella geleng. "Sokay kak. Lagipun lepas ni saya nak kena masuk pejabat. Uruskan syarikat. Kalau sesekali tu bolehlah." kata Bella panjang.

Beberapa minit kemudian, Bella meminta diri untuk pulang. Lagipun dia ingin membeli barang basah untuk seminggu. Takkan nak minta tolong dengan Hadiff saja.

* * * * *

Edrian memeluk pinggang si gadis saat melangkah masuk ke dalam Pavillion. Sesekali pipi gadis itu dielus lembut.

"You belanja i boleh sayang?"

Edrian angguk dengan senyuman. Dalam hati, 'Sebelum ni pernah ke kau guna duit sendiri bila dengan aku?'

"Boleh sayang. Lagi pun kita dah lama tak keluar sama. Right Amy?"

Amy angguk. Lantas badan Edrian ditarik untuk masuk ke dalam butik Prada.

"Wow. Honey, new arrival lah. I nak."

Edrian hanya angguk. Malas nak berkata apa. Dia mengekori langkah Amy yang melihat handbag baru di rak. Kadang gadis itu cuba menggayakan di hadapannya. Edrian cuma beri senyum tipis.

Padahal malas nak layan. Haha.

Saat matanya meliar ke luar, tubuh seseorang ditangkap oleh retina matanya.

Baru sahaja ingin membuka langkah, Amy sudah memanggil untuk membayar barangannya. Bukan satu tapi tiga handbag dia kaut.

'Kau fikir aku ni cop duit ke apa? Tak malu punya perempuan!' marah Edrian dalam hati.

Sekarang dia kehilangan seseorang itu. Rambut dikuak kasar.

"Honey, kenapa serabut sangat muka you?" tanya Amy.

Edrian menggeleng. "Jom balik." jujur dia dah tak ada mood nak teruskan berjalan disini.

Amy terkejut. "Ala you. Temanlah i. Plase honey. I promise ini last." ucapnya.

Edrian menjeling Amy yang sedang memeluk erat lengannya.

'Nak kelentong aku ke apa perempuan ni?! Last konon. Kejap lagi duk pujuk aku lagi. Huh.'

* * * * *

Bella berjalan mencari tandas. Apabila ternampak signboard toilet, terus dia ke kiri.

Langkahnya terhenti. Matanya terbuntang. Badannya lemah.

Entah kenapa adegan dihadapannya membuatkan dia rasa nak pitam. Sakit di hatinya mencengkam.

"Edrian." sebutnya perlahan.

Bella memegang dinding supaya dia tidak jatuh disitu. Memanglah laluan untuk ke tandas sepi ketika ini, tapi tak perlulah nak berkissing kat situ.

Pasangan itu seakan baru tersedar kehadiran Bella. Si lelaki sudah meraup wajah manakala si gadis menjeling Bella.

Bella cuba menguatkan diri. Kaki dibawa meninggalkan kawasan itu. Pantas sahaja di ke eskalator untuk ke ground floor dimana terletaknya kereta Proton Bezza miliknya.

Dia tahu si lelaki itu mengejarnya. Bella tak peduli. Kunci kereta ditekan dan pintu kereta dibuka. Baru sahaja dia nak masuk, pintu kereta miliknya ditutup kasar dan badannya disandarkan ke kereta itu.

"Lepaslah! Jangan nak buat hal kat sini." marah Bella.

Cengkaman di tangannya cuba dileraikan namun gagal.

"Sorry."

Bella sinis. "For what? For kissing that girl. Seriously Edrian?! Dalam mall? Kot ya nak buat maksiat, pleaselah cari tempat tertutup sikit." perli Bella.

Edrian mendengus. Geram dengan kata-kata gadis di hadapannya.

"Suka hati akulah nak buat apa. Kau jangan nak melebih eh."

Edrian mula bengang. Percakapannya juga kasar.

"I takkan biarkan you buat suka hati macam tadi. Ini ke lelaki yang akan ditunangkan dengan i? Please Ed. Jaga maruah you, maruah i dan maruah parents kita. Kalau macam ni sikap you, jangan salahkan i majlis pertunangan tu tak jadi. I warning you Edrian!" bidas Bella.

Edrian menguak rambutnya kasar ke belakang. Wajah Bella dipandang.

"Okey i'm sorry. I janji lepas ni i tak buat lagi macam tu. Lepas ni, i akan cuba kurangkan aktiviti i yang tu. Janji."

Bella mengeluh. "Jangan berjanji kalau nanti you juga yang akan sakitkan hati i. I nak kena pergi." ujar Bella sebelum membuka semula pintu keretanya.

Edrian diam. Tangan Bella ditahan. Pipi gadis itu dipegang dan dahinya dikucup lembut.

"Sorry. Take care baby."

Edrian memandang kereta Bella yang sudah menjauh. Mukanya diraup kasar. Entah apa yang dirasai oleh hatinya sekarang ni.

Saat Bella mengatakan ingin membatalkan pertunangan mereka, hatinya rasa sakit.

'Aku dah jatuh cinta dengan dia ke? No. Tak mungkin dan tak boleh. Haih.'


















































.....................................................

[22/05/2018]

Fuh hehehee 😄 okey tak? hm

Jgn lupe vote

YOU'RE THE ONE (✔)Where stories live. Discover now