40

22.2K 543 2
                                        

Harith memandang lama gambar yang terpapar di laman instagram milik sepupunya. Rasa kecewa benar apabila mendapat tahu gadis yang dicintai dari dulu sudah pun melangsungkan perkahwinan minggu lepas.

Bahkan apa yang lebih menyakitkan hati, dirinya tidak dijemput pun. Yang dia tahu, majlis itu dilakukan secara kecilan dan hanya menjemput orang-orang yang rapat sahaja.

"Why you did this to me. I really love you Bell." rintihnya perlahan.

Bahunya dipegang.

"Sudah lah Rith. Tak payah dikenang lagi. Dia dah jadi milik orang lain. Umi yakin Rith akan jumpa gadis yang lain nanti." Kata Puan Haznah, umi Harith dan Mak Long Tasya.

Harith diam. Gambar yang memaparkan wajah Bella yang sedang tersenyum gembira itu dipandang lagi. Kepala digeleng.

"No. Rith tahu Bella tak bahagia umi. Edrian tu playboy. Tak mungkin dia akan setia dengan Bella. Bella takkan bahagia dengan dia."

Puan Haznah terkejut. "Ya Allah Harith. Jangan kamu kacau dia lagi. Dengar cakap umi ni." ucapnya tegas.

"Tak. Hanya Rith yang boleh bahagiakan dia."

Puan Haznah memegang dadanya. Mata masih lagi menyorot langkah Harith yang sudah menaiki tangga masuk ke bilik. Dia tidak mahu anaknya menjadi pemusnah rumahtangga orang.

Tasya!

Cuma anak saudaranya yang boleh membantu.

* * * * *

Dia mengetap bibir. Iphone 7 dibaling ke atas katil.

"Argh!!! Kenapa kau kahwin dengan dia. Kau tu milik aku! Milik aku Edrian!"

Tak lama lepas tu, senyuman sinis muncul di bibirnya.

"Lets see how long korang boleh bertahan."

* * * * *

Bella senyum apabila teringat kejadian pagi tadi.

Betapa gelabahnya Edrian apabila mendapat panggilan kecemasan daripada Yusrina, PAnya. Sampaikan boleh tertukar stokin. Sebelah hitam sebelah lagi putih.

Dia diam sahaja. Tak sempat nak tegur, Edrian sudah berlari ke kereta sambil melambai ke arahnya.

Bella tergelak.

Oh ya sekarang mereka sudah pindah ke rumah banglo dua tingkat. Hadiah perkahwinan daripada kedua-dua belah keluarga mereka.

"Amboi. Bukan main lebar senyuman tu. Ada apa?"

Bella memandang wajah Maryam yang dipanggil Kak Mar. Senyuman diberi.

"Takde apalah kak. Senyum kan sedekah."

Maryam turut tergelak kecil. "Iyalah tu. Ni ha Bella ada meeting kejap lagi dengan ketua bahagian kewangan, Encik Daud pukul 11 pagi. Then, after lunch you have a client name Tuan Haji Fahmi. Dia sendiri akan datang ke sini." terang Maryam.

Bella angguk faham. 'Uncle Fahmi nak jumpa ada apa eh?'

"Okey Kak. Saya faham. So nanti masuk balik untuk ingatkan saya pasal meeting tu. Thanks Kak."

Maryam senyum dan meminta diri.

Baru sahaja dia ingin menyemak semula fail, satu panggilan masuk. Melihat nama yang terpamer di skrin membuatkan senyumannya muncul.

"Ya. Ada apa Tengku Edrian?"

"Baby....Why you did this to me? I malu tau."

Bella mengerut dahi. Apa pula aku dah buat?

"What have I done Ed?"

"Kenapa tak tegur pasal stokin I? Malu I tau bila Yus cakap. Nasib baiklah client I tak perasan. Kalau tak habis jatuh maruah I baby."

Bella tergelak. Sebab itu ke.

"Kenapa gelak? You sengaja eh?"

"Haha. Edrian, bukan salah I okey. You yang cepat sangat nak pergi tadi. Haha. I yakin mesti Yus gelakkan you. Tu yang you malu, kan?"

Edrian di hujung talian mendengus kecil. Geram mendengar gelak tawa isterinya.

"Alah sayang I ni. Marah ke? Sorrylah my dear. Jujur I nak tegur tapi tak sempat."

"Okay I forgive you baby. But ada denda untuk you. See you at home Bell."

Bella ketawa lagi.

"Okey. Okey. I sanggup kena denda daripada you merajuk. Jangan balik lewat tau. I masak favourite you."

"Yeah. Thanks baby. I love you. Bye."

"Love you too."

Bella meletak semula Iphone X di meja. Tawa kecilnya masih lagi kedengaran apabila terbayang wajah malu suaminya ditegur Yusrina.

Edrian, you really make me happy today.

* * * * *

Rizhan mengeluh lagi. Untuk kali keberapa dia juga tidak tahu. Izra yang sedang melakukan tugasnya mengerling seketika doktor yang masih termenung itu.

"Doktor kenapa? Do you have problem?"

Rizhan menggeleng.

"Fikir pasal Cik Bella?"

"Yes. Dah dua minggu dia tak datang buat kemo. Saya tahulah dia dah kahwin tapi dia kena fikir juga kesihatan dia."

Izra duduk di kerusi berhadapan Rizhan.

"Doktor bagilah dia masa. Saya yakin dia mesti akan datang nanti bila dia sedar masih ramai yang perlukan dia disini."

Rizhan menyandarkan badannya. Mata dipejam dan kepala didongak ke atas.

"Entahlah Izra. Bella tu susah untuk diteka. Suka buat keputusan ikut sendiri je. Saya nak dia sihat. Saya nak dia rasa bahagia selalu disamping keluarga dan suaminya."

Izra diam. Dia tahu hal itu. Dia juga sudah cukup arif dengan sikap gadis itu.

Degil.

"Takpelah doktor. Kita doakan semuanya baik-baik sahaja. Insya Allah Cik Bella akan sihat semula."

"Amin."





































.....................................................

[25/12/2018]

Hah cukup sweet ke tak 😏

YOU'RE THE ONE (✔)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang