5

25.1K 853 27
                                        

Seminggu berlalu.

Hari ni Bella dan Hadiff akan pulang ke Kuala Lumpur.

"Dah siap kemas ke? Haih sunyi lah Mak Cha lepas ni hang pa takda." kata Mak Cha.

Bella senyum kemudian duduk sebelah Mak Cha. Tubuh itu dipeluk.

"Ala janganlah macam ni Mak Cha. Ish kalau boleh nak aje Haura bawa Mak Cha duduk kat kondo sana. Tapi Mak Cha yang tak mau."

Mak Cha senyum. Rambut Bella diusap.

"Tak mo lah. Mak Cha nak duduk kampung je. Tenang."

Hadiff tahu kakaknya rindukan umi, Mak Longnya yang sudah bertahun tinggalkan mereka.

"Takpelah kak. Lain kali kita datanglah lawat Mak Cha kat sini." kata Hadiff.

Mak Cha angguk.

"Dahlah. Baik hang pa pi gerak sekarang. Nanti dah tengah hari panas. Jem lagi." arah Mak Cha.

Hadiff angguk. Beg yang sudah dikumpul depan pintu diangkat dan diletak ke dalam bonet kereta.

Bella masih lagi memeluk erat tubuh Mak Cha.

"Dah lah Ra. Pergi cepat. Man dah tunggu tu."

Bella angguk. Tangan Mak Cha disalam. Mereka saling berlaga pipi dan Mak Cha mengucup dahi Bella lama.

"Jaga diri kat KL sana tu Haura. Cubalah berbaik dengan papa dan sepupu kamu tu. Banyakkan bersabar ya." nasihat Mak Cha.

Bella angguk dan berlalu ke kereta. Memberi peluang untuk adiknya pula yang bersalam dengan Mak Cha.

Sempat lagi Bella melambai Mak Cha sebelum kereta keluar dari kawasan rumah.

Mereka hanya ditemani dengan suara penyampai radio Era fm. Sampailah Bella membuka mulut.

"Diff, kita singgah Desaru kejap boleh? Jauh tak?"

Hadiff memandang kakaknya. "For you, semua boleh kak. Setengah jam lagi kita sampai okey." jawab Hadiff.

Bella diam. Dalam hati rasa resah timbul. 'Patut ke Diff tahu? Tapi dia adik aku. Dialah tempat aku bersandar selama ni.'

Tak lama lepas tu, kereta berhenti di hadapan pantai Desaru. Birunya air laut sangat mendamaikan dan menenangkan hati sesiapa sahaja yang melihatnya.

Bella berdiri berpeluk tubuh memandang jauh ke tengah laut. Hadiff berdiri di sebelahnya.

"I know u have something to tell me. What is it sis?" tanya Hadiff.

Bella memandang sekilas Hadiff di sebelah. Keluhan terlepas daripada mulutnya.

"Its getting worse. Stage 3." kata Bella perlahan.

Hadiff terkejut. Bella dipandang. Bahu Bella dipegang kuat.

"Kak? Betul ke?"

Bella angguk. Saat matanya berlaga dengan mata hijau cair Hadiff, tak semena-mena air matanya mengalir.

Hadiff terus menarik kakaknya kedalam pelukan. "Kak, please. Do the chemo." pujuk Hadiff.

Bella geleng. "Diff, akak makin teruk. Akak cuma ada sikit masa je lagi. Akak...Akak.." Bella menangis.

Hadiff mengusap belakang kakaknya. Memujuk.

'Allah. Kak Haura. Aku tak nak hilang kakak aku. Kak Haura kena sihat. Ya Allah, bantulah aku.'

"Kak, ajal maut kat tangan Dia. Akak still ada harapan nak sembuh kan. Yang penting, kemo tu akak kena buat. Please kak." pujuk Hadiff lagi.

Bella diam dalam dakapan hangat adiknya.

YOU'RE THE ONE (✔)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang