Edrian menghempas telefon bimbit dan kunci keretanya ke atas meja sebaik tiba di kedai mamak.
Tangan menyerabaikan lagi rambutnya yang sudah tidak terurus. Wajahnya nampak serabut dan marah.
Farhan berpandangan dengan Qayyum. Terkejut mereka melihat keadaan sahabat baik yang sentiasa kemas tiba-tiba jadi begini.
"Asal ni bro? Macam ada masalah berat je." ujar Qayyum.
Farhan angguk. "Haah. Jarang kau macam ni. Kenapa ni bro. Sharelah." katanya lembut.
Edrian mengeluh kuat. Badan disandar kasar.
"Entahlah. Aku pun tak tahu kenapa dengan aku. Tiba-tiba rasa tak senang bila ada lelaki lain dekat dengan Bella. Aku... Err serabutlah!" hambur Edrian.
Farhan angkat kening. "Bella? Ada lelaki lain? Macam mustahil je." balasnya.
"Aku pun tak percaya kalau pasal ni. Kau sendiri tahu Ed, Bella sayang kau dari dulu lagi. Takkan sekarang dia nak curang pula. Nonsense bro."
"Dia mengaku. Dia rapat dengan someone waktu kat Ireland. Lelaki tu yang setia dengan dia kat sana. Mana aku tak naik angin." ucap Edrian.
Qayyum menepuk bahu Edrian lembut. Cuba untuk mengurangkan rasa marah dalam hati sahabatnya. Farhan diam dan hanya melihat.
"So kau baru lepas jumpa Bella lah ni?" tanya Farhan.
Edrian angguk. "Tak pernah aku mengamuk sampai nak naik tangan. Hm." jawabnya lemah.
Ada rasa kesal dalam hatinya saat teringat kejadian tadi. Nasib baik tangannya tidak sempat naik ke pipi Bella.
Farhan bulatkan mata. "Kau tampar dia bro?! Woo dayus bro. Jangan macam-macam Edrian." terkejut dia dengar kata-kata itu.
Cepat sahaja Edrian menggeleng. "Tak. Sumpah tak. Hampir je tadi tapi sempat ditahan. Sebab tu sekarang aku menyesal. Kesian Bella, mesti dia sedih sebab kena tengking dengan aku."
Qayyum dan Farhan sama-sama senyap. Masing-masing angkat bahu.
"Kau cintakan dia ke? Maksud aku cinta betul-betul, bukan macam before ni."
Wajah Qayyum dipandang sekejap sebelum Edrian mengalihkan wajah ke arah jalan raya. Melihat kenderaan yang lalu-lalang walaupun malam sudah pun larut. Hampir pukul dua belas tengah malam sekarang ni.
"Aku...Tak tahulah. Aku risau bila dia masuk hospital. Aku marah bila tahu dia jumpa lelaki lain. Aku kesal sebab marah dia. Kadang aku rasa aku sayang dia. Ada masa aku rasa biasa je dengan dia. Aku tak tahu apa maksudnya." luah Edrian. Mukanya diraup.
Qayyum senyum. Dia tahu perasaan itu. Farhan menyedut air milonya.
"Itu maksudnya kau sayang dia. You love her. Kau cintakan Bella. Tapi kau yang cuba menghalang perasaan tu daripada bercambah dalam hati kau dengan perkara lalu. Ikhlaskan hati kau Edrian. Perkara tu dah lama berlalu. Hampir 13 tahun. Arwah umi kau dah bahagia kat sana." pesan Qayyum.
Farhan mengiakan. "Bagi diri kau dan Bella untuk bahagia walaupun hanya seketika. Jangan halang perasaan tu Edrian. Dalam hubungan mesti ada konsep saling percaya dan kejujuran. Kau pun kena berubah Ed. Jangan nak layan perempuan lagi. Bella tu bukan patung. Even dia diam, tapi hati dia sakit dan cemburu tengok kau dengan perempuan lain. Cuma dia pendam je." nasihat Farhan pula panjang lebar.
Edrian diam. Dia sedar sudah banyak salahnya pada Bella.
Fikirannya menerawang memikirkan keadaan si tunang. Mesti Bella sedih sebab kena marah. Ya Allah, aku ugut dia tadi. Aku cakap pasal mati tadi. Monolognya.

ANDA SEDANG MEMBACA
YOU'RE THE ONE (✔)
Romance4th Bella. Hidupnya tidak seceria dulu apabila dia dibenci oleh lelaki yang amat dicintai. Bertahun dia membawa diri. Pulangnya dia langsung tak dihargai. Lelaki playboy dan kacak. Siapa yang tak kenal. Tengku Edrian, CEO TZ Holding yang muda dan ka...