48

22.3K 646 48
                                    

Kediaman Tengku Zikri.

Sepi.

Hadiff merenung satu persatu wajah yang berada di ruang tamu. Bermula daripada papa, mama beralih pula kepada wajah pak long dan mak longnya kemudian Edrian dan Edryl.

Hatinya berdetak bimbang. Dia tidak tahu apa yang berlaku tapi yang dia yakin, kakaknya difitnah.

"Mana Bella?" soal Tengku Zaki setelah lama berdiam diri.

Tengku Zikri mengeluh. "Entahlah long. Kau dapat gambar juga ke?" tanyanya pula.

Tengku Zaki mengangguk. Dia tidak mahu percaya kerana dia kenal dengan anak saudara merangkap menantunya. Tapi entah kenapa hatinya jadi berbelah bagi.

Edrian hanya menyandar ke sofa. Jika tanya pada dia, dia juga tidak tahu Bella kemana.

Mendengar bunyi kereta di luar rumah pantas sahaja Hadiff bangun. Dia dah dapat agak siapa yang datang.

"Akak." panggilnya setelah melihat Bella keluar daripada seat sebelah penumpang.

Wajah kakaknya direnung lama. Walaupun sudah dimekap namun dia masih dapat mengecam raut pucat kakaknya.

"Hai Hadiff."

"Kak Sandra. Thanks tolong jagakan akak."

Cassandra senyum dan angguk.

Baru sahaja Cassandra ingin masuk semula kedalam kereta, Bella menahan.

"Why Risy?"

"I feel something bad. Don't go. Wait for me Cass."

Melihat raut wajah Bella yang semacam risau, Cassandra angguk.

Bella mengekori langkah Hadiff masuk ke dalam rumah. Dari pagi tadi dia sudah merasa akan ada sesuatu yang buruk. Ditambah lagi dengan kehadiran daddy dan mummy Edrian di rumah parentsnya.

Tangan parentsnya dan ibu bapa Edrian dikucup sopan. Begitu juga tangan Edrian yang dicapai.

Sebaik dia duduk di sebelah Edrian, Bella berbisik perlahan.

"I am sorry."

Bella menarik nafas panjang. "Kenapa papa dan mama suruh Bella balik? Maaf, Bell ada hal semalam."

Pap!

Terangkat bahu Bella apabila sesuatu dilempar ke atas meja. Gambar-gambar di atas meja diambil dan direnung. Liur ditelan.

Gambarnya bersama Harith dan Rizhan di kawasan parking kereta, hospital malahan di restoran.

"Ini gambar..."

"Scandal? Eh tak cukup kamu nak malukan papa dengan pekerjaan kamu sebelum ni. Tambah lagi dengan gambar ni semua. Kamu tak malu ke Bella?!"

Bella terdiam. Wajah marah papanya dipandang kemudian beralih kepada raut penuh kecewa mama, daddy serta mummy.

"No pa. Ini bukan macam papa dan yang lain fikirkan. Bella just borak je. Dua orang lelaki ni kawan Bella pa. Ed pun kenal kan?"

Kepala dialih ke arah Edrian di sebelah. Mengharap lelaki itu mengangguk.

"Kamu expect apa Bella? Suami kamu tahu dengan siapa kamu scandal selama ni. Eh perempuan jenis apa kamu ni Bella. Sebab tu dari dulu papa tak suka kamu jadi model. Dari dulu sampai sekarang Bella memang suka malukan papa! Papa malu ada anak macam Bella!"

Bagai nak luruh jantung mendengar kata papanya. Malu ada anak macam dia? Allah!

Dada yang semakin sesak disentuh. "Papa malu? Selama ni papa memang malu ada anak macam Bella. Kalau Bella mati, papa pun suka kan?" soalnya menahan sebak.

YOU'RE THE ONE (✔)Where stories live. Discover now