14

20.7K 686 8
                                        

Hujung minggu itu, Bella terpaksa menyeret kakinya ke pintu kerana loceng yang ditekan berkali-kali.

"Eish siapalah malaun yang mengganggu hari indah aku ni. Nak rehat pun tak senang." bebel Bella sendirian.

Pintu kondo dibuka dan terpacullah dua orang manusia dengan sengihan lebar.

Bella menjeling dan membiarkan pintu dibuka. Malas nak buka pagar sebab nanti dia tahu dua manusia itu dapat juga masuk.

"Woi kau ni. Sampai hati buat tetamu macam ni."

"Itu ah. Penat tau aku tekan loceng tapi kau sibuk buat taik mata."

Bella merenung dua wajah itu penuh geram.

"Tasya. Qaisara. Kalau aku hempuk kau dengan periuk jangan tanya kenapa. Koranglah. Kacau aku tidur. Buat macam takde je kunci rumah aku." balas Bella.

Qaisara dan Tasya senyum kambing.

"Janganlah marah Bella. Aku malaslah nak cari kunci rumah kau yang dah lama duduk dalam beg aku. Tapi at last terpaksa juga korek." jawab Qaisara.

Bella menjelirkan lidah. Dia tahu perangai malas sahabatnya itu.

Bukannya mereka berdua tiada kunci rumahnya. Dia yang suruh Hadiff buat kunci duplicate untuk sahabatnya. Manalah tahu ada emergency ke.

"Yelah sayangku intan payung. Ha pehal kacau aku pagi-pagi ni?" tanya Bella.

"Hah bagus kau tanya. Kau nampak tak beg sandang aku dengan Sara ni. Kami nak stay sini. Weekend together. Seronok tak?" ujar Tasya penuh ceria.

Sampaikan dia menepuk tangan seperti kanak-kanak yang mendapat makanan.

Wajah pelik Bella dan Qaisara dipandang dengan kerutan di dahi.

"Korang berdua pehal ni? Sakit ke?"

Bella dan Qaisara menggeleng. "Patutnya aku yang kena tanya kau Sya. Okey tak ni?" tanya Bella pula.

"Itulah. Kenapa eh kau macam over hyper hari ni?" Qaisara pula memberi soalan.

Tasya muncung.

"Korang ni kan. Aku happy pun salah ke? Takdelah. Korang tau tak minggu ni aku stres gila dengan minah plastik tu. Tapi sebab hari ni dan esok aku akan spend time dengan korang berdua so aku gembiralah. Tak payah nak menghadap muka minah plastik tu." jawab Tasya panjang.

Bella mengangguk faham.

"Okey. Takpe. Yang penting kita akan duduk je kat kondo sebab aku malaslah nak keluar. Bolehkan dua hari ni kita stay dalam kondo je?"

"Everything okay for you Bella. Jangan risau. Duduk kat kondo pun banyak benda boleh buat." balas Qaisara.

"Yeah right. Aktiviti pertama sekarang ni kita breakfast dulu. Kau pergi mandi, kitorang tunggu kat dapur." ujar Tasya.

Bella mengangguk dan berjalan masuk ke biliknya untuk membersihkan diri.

Kemudian barulah dia join kawan-kawannya bersarapan nasi lemak di dapur.

* * * * *

Edrian memaut pinggang si gadis saat kaki melangkah masuk ke shopping complex itu. Apa sahaja yang diminta oleh gadis itu pasti dibeli.

Edrian tidak kisah duitnya berhabis pada perempuan yang penting dia akan dapat habuannya pada waktu malam. Entah ini gadis yang ke berapa pun dia tidak tahu.

"Ed, i nak masuk tengok baju dekat Padini k. You nak ikut atau stay dekat luar?"

Edrian menggeleng kepala. Daripada penat mengekori langkah gadis itu, lebih baik dia duduk saja.

"No. You masuklah. Nah." kata Edrian kemudian menghulur satu kad kredit kepada gadis itu.

Wajah gadis itu ceria sahaja waktu diberi kad kredit. Tanpa amaran, pipi Edrian dikucup laju.

Edrian duduk di satu bangku kosong berdekatan butik terkenal itu. Iphone 8 dikeluarkan dan nombor Bella ditekan.

Baru dia nak mencuba membuat panggilan lagi sekali, teguran disebelahnya membuatkan dia terkaku.

"Siapa tadi tu? Perempuan yang ke berapa pula?"

Edrian memandang wajah jejaka di sebelahnya.

"Hadiff. Hah siapa? Takdelah. Kawan je." ujar Edrian cuba mengelak.

Hadiff tergelak sinis. "Perempuan yang pakai baju ketat paras lutut dan seksi tu kawan?" tanyanya.

"Perempuan yang Abang Ed bagi kad kredit dan perempuan yang cium pipi abang tu just kawan? Haha. Lawak. Sampai Diff rasa tak nak gelak pun." soal Hadiff lagi beserta sindiran.

Edrian mendengus. Main sindir-sindir pula budak ni. Kakak dengan adik sama sahaja.

"Ya ya. Whatever Diff. Apa kau nak sebenarnya ni." soal Edrian pula.

Senyuman sinis terukir di bibir Hadiff.

"Good question abang. Diff tak nak Abang Ed kacau akak lagi. Jangan pernah setuju dengan pertunangan aturan keluarga tu. Jangan bagi akak harapan yang akan Abang Ed hancurkan juga satu hari nanti. Cukuplah akak terseksa selama ni. Thats all i want."

Sejurus berkata demikian, Hadiff terus pergi meninggalkan abang sepupunya. Sungguh dia sedih. Tak sanggup nak bayangkan kalau kakaknya tahu.

"Oh lagi satu abang. Memang akak tahu sikap abang ni. Tapi bayangkan kalau dia nampak dengan mata dia sendiri. Then you will know the truth."

Edrian terkelu. Terkedu. Tergamam.

Macam mana kalau Bella tahu? Dia kecewa ke? Teruskan atau tidak?

"Ed jom. I dah selesai."

Edrian hanya mengekori langkah gadis itu menuju ke restoran untuk menikmati makanan tengah hari. Kemudian mereka menyambung meronda shopping kompleks itu sebelum Edrian menghantar pulang gadis itu.

Sungguh kepalanya berat bila memikirkan kata-kata Hadiff.

Tapi bukankah dia ingin bertunang dengan Bella kerana hal lain? Dia yakin Bella sangat sayang dan cintakan dirinya. Itu semua terbukti saat mereka bertentangan mata. Dia tahu Bella memandangnya dengan penuh rasa cinta.

Dia bersetuju dengan pertunangan itu untuk memastikan perasaan Bella benar-benar jujur padanya. Lepas itu dia akan cari cara untuk putuskan pertunangan tersebut.

Dia pasti yang Bella akan sedih. Mungkin amat sedih dengan hal itu. Seperti sedihnya dia waktu uminya meninggal dunia.

Ya. Dia ingin Bella rasa macam mana rasa kehilangan yang dia rasa waktu umi kesayangannya pergi tinggalkan dia.

Tanpa Edrian sedar, Bella adalah orang yang sangat sedih semasa uminya meninggal dunia.



































.....................................................

[08/05/2018]

Jahat kan Edrian? hm kesian Bella 😌

Vote eh 😉

YOU'RE THE ONE (✔)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang