Edrian pov
Flashback
Aku muncung. Merajuk. Bella disebelah aku abaikan.
Dari dua minggu lepas lagi aku ingatkan dia untuk kosongkan jadual minggu ni. Aku dah plan baik dah untuk spend time dengan dia.
Tup tup dia nak cancel sebab kena outstation. Penting.
"Ed, I am so sorry. I pun tak minta hal ni jadi but we can't expect right. Janganlah merajuk."
Aku masih lagi diam. Remote di tangan aku tekan tanpa hala. Geram.
Pak!
"Apa you ni. Sakitlah." marahku apabila Bella sengaja menepuk kuat tangan aku dan srkaligus remote terjatuh ke lantai.
Bella mencapai tanganku yang dipukul kemudian dia menggosok.
"Sorry. Please Ed. Jangan marah. I tak bolehlah kalau you senyap macam ni. I tak tenang."
Mata aku dijeling ke arahnya. Kelihatan Bella menunduk sambil menarik nafas panjang. Kemudian dia senyum ke arahku.
Kedua pipi aku ditekup dan cup! Bella mengucup bibirku sekilas.
Wow! For the first time.
Aku terkebil-kebil memandangnya. Dia hanya senyum kemudian merapatkan mulutnya ke telinga aku.
"Tonight I'm all yours dear." ucapku dan telinga aku dikucup manja.
Aku menelan liur. Godaan Bella membuat aku tak senang duduk.
Bella berpindah duduk di atas ribaku. Jarinya dilarikan di atas dada aku yang hanya dibaluti sehelai t shirt nipis sambil bibirnya dibasahkan menggunakan lidah.
Dada aku berdebar. Sungguh godaan ini sukar untuk aku tepis. Tanpa menunggu lebih lama, tubuh Bella aku angkat dan naik ke bilik.
"Please be nice to me dear." bisiknya.
Aku menyeringai sinis.
"Edrian! You termenung apa tu."
Aku mengusap dada. Sejak bila pula perempuan ni duduk kat sini.
"Nak apa lagi Kayla? Berapa kali nak cakap jangan kacau I lagi. I'm married."
Kayla mencebik. Aku menepis tangannya yang ingin membelai pipi aku. Semak betullah perempuan ni.
"Alah. I boleh jadi isteri kedua you. I sanggup."
Kau sanggup tapi aku yang tak nak. Huh.
"Keluar. Jangan sampai aku pecat kau."
Mendengarkan itu, Kayla menghentak kaki dan terus keluar daripada ofis aku.
Baru sahaja aku nak menarik nafas lega, lagi sekali pintu bilik aku dibuka luas dari luar. Bertambah keluhan aku melihat wajah yang penuh dengan mekap itu.
"Sayang. I miss you."
Kepala dipegang. "Apa lagi Jenny? Kita dah break. I tak nak jumpa you or other girls anymore. Pleaselah faham."
Jenny langsung tidak menghiraukan kata-kata aku. Malahan dia bangun dan berdiri di belakang aku. Bahu aku dipicit lembut.
"I tahu sayang. Tapi salah ke I nak datang lawat you as a friend. Lagi pun I ada hal nak cakap pasal isteri kesayangan you tu." ucap Jenny di telinganya.
Entah kenapa aku rasa takut. Kenapa dengan Bella?
"You jangan nak buat fitnah Jen."
"I tak kisah you nak percaya or tak. Tapi I nak beritahu you yang wife you ada lelaki lain dekat belakang you. Bukan sorang tapi dua. Dasar perempuan murah!"
Panas hati aku mendengar Bella dihina. Aku bangun mendadak dan mencengkam lengan Jenny kuat sehingga dia meringis sakit.
"Jangan nak panggil dia macam tu. You yang perempuan murah. Jaga sikit mulut you."
"Lepaslah Ed. I ada bukti."
Jenny meletakkan sampul surat coklat di atas meja. Lengannya diusap.
"You tengok baik-baik gambar tu. I yakin kalau you tanya wife you pun dia takkan mengaku." Itu katanya sebelum Jenny keluar daripada bilik aku.
Terketar-ketar tangan aku mengeluarkan gambar itu. Hati aku seperti ditikam melihat tubuh Bella di dalam pelukan lelaki itu. Bukan sekali malahan dua kali bersama lelaki yang berbeza.
Apatah lagi apabila tarikh di satu gambar itu ialah pada Sabtu lalu, yang sepatutnya mereka keluar bersama tapi Bella tiba-tiba kena outstation.
You lied to me Bella. Why?
* * * * *
Tiba-tiba Hadiff memegang dadanya. Ada apa?
Dia merasakan seperti ada sesuatu yang tak kena. Apatah lagi nama Bella terlintas di dalam fikirannya.
Terus sahaja handphone dikeluarkan. Nombor Bella ditekan.
Dua kali panggilannya tak diangkat. Segera whatsapp kakaknya dicari dan menghantar mesej kepadanya.
To: Dear Sis
Where are u kak?
You ok?Ting!
From: Dear Sis
Maaf ini Kak Mar.
Bella dekat hospital
Dia pengsan waktu meeting tadi"Allah. Patutlah aku tak sedap hati."
Cepat-cepat Hadiff mengambil kunci kereta dan memecut laju keretanya menuju ke hospital.
"Eh Diff. Kemana ajalah budak ni. Laju betul." ujar Puan Basyirah.
.....................................................
[26/12/2018]
Hah cukuplah ni. Penat nak menaip 😌
Apa jadi dengan EdBella nanti? Tunggu . . .

ANDA SEDANG MEMBACA
YOU'RE THE ONE (✔)
Romance4th Bella. Hidupnya tidak seceria dulu apabila dia dibenci oleh lelaki yang amat dicintai. Bertahun dia membawa diri. Pulangnya dia langsung tak dihargai. Lelaki playboy dan kacak. Siapa yang tak kenal. Tengku Edrian, CEO TZ Holding yang muda dan ka...