Puan Basyirah tersedar dari lena. Mimpinya tadi seakan benar. Dia duduk dan menyandar di kepala katil.
"Sayang...Kenapa ni?" soal Tengku Zikri.
Puan Basyirah memandang suaminya. "Entahlah bang. Saya mimpi Bella. Dia perlukan kita." ujarnya perlahan.
Tengku Zikri menggenggam tangan isterinya. Sekilas jam dinding diteliti.
"Sayang itu cuma mimpi. Takde apalah. Esok sayang call dia. Dah jom tidur. Baru pukul tiga pagi." kata Tengku Zikri.
Puan Basyirah diam. Namun badan dibaringkan semula dan mata cuba dipejam.
'Lindungilah anak-anakku Ya Allah.'
* * * * *
Edrian mundar-mandir dalam pejabatnya. Telefon masih tak lepas dari tangannya. Dari semalam Bella cuba dihubungi namun langsung panggilannya tidak diangkat. Kat kondo pun takde orang.
"Where are you Bella?!" ucapnya sendiri.
Kemudian Edrian seperti teringat sesuatu. Ada seorang sahaja yang mesti tahu dimana Bella berada.
Telefon diambil dan contact dibuka. Nama seseorang dicari terus telefon ditekap ke telinga.
"Hello Dif."
"Hm bang. Kenapa call ni?"
Nampak sangat Hadiff baru bangun tidur berdasarkan suara lemahnya.
"Sorry ganggu. But do you know where is Bella? Dari semalam abang call tak dapat."
Hadiff yang masih mamai terus sahaja berkata.
"Hospital. Akak demam panas. Diff teman akaklah malam tadi."
Edrian tergamam.
"What?!! Serious? Kenapa tak beritahu. Tell me the hospital and ward."
Hadiff yang bagaikan baru tersedar terus menepuk dahi. Kakaknya yang masih lena di atas katil dipandang dengan riak serba salah.
"Em HKL ward 301 tingkat tiga."
Pantas sahaja Edrian mencapai kunci kereta dan walletnya sebelum keluar.
Yusrina yang perasan kelibat bosnya terus bangun. "Bos nak kemana?" soalnya.
"Sorry but saya ada privacy matter. After lunch saya masuk."
Tak sempat Yusrina nak berkata lanjut, Edrian sudah masuk ke dalam lif.
Yusrina menggeleng. Alahai bos.
* * * * *
Bella tersedar bila ada tangan yang mengelus rambutnya lembut. Jemarinya juga diusap sayang.
"You dah bangun?"
Dia memandang kanan. Wajah si jejaka yang dicintai menghiasi pandangan.
"What you doing here Edrian? Mana you tahu?"
Edrian mengucup jemari yang digenggamnya.
YOU ARE READING
YOU'RE THE ONE (✔)
Romance4th Bella. Hidupnya tidak seceria dulu apabila dia dibenci oleh lelaki yang amat dicintai. Bertahun dia membawa diri. Pulangnya dia langsung tak dihargai. Lelaki playboy dan kacak. Siapa yang tak kenal. Tengku Edrian, CEO TZ Holding yang muda dan ka...