8

22.9K 779 5
                                    

Tasya menghampiri sahabatnya yang sedang menunggu di satu meja yang berada di tepi dinding restoran itu.

"Sorry lambat. Ada hal tadi." ujarnya.

Qaisara membuat muka. Dipandang wajah Tasya lama.

"Hai guys." sapa seorang lagi gadis.

"Bella!"

Bella tergelak dengan reaksi sahabatnya. Dia duduk sebelah Tasya.

"Why? Kenapa terkejut sangat?" tanya Bella.

Tasya menggeleng.

"Aku ingat kau tak join lunch ni. Sejak balik ni, kau bukan ingat nak contact kitorang eh." ujar Qaisara.

Bella sengih. "Sorry sangat. Takde masa. Lagipun minggu lepas aku tidur rumah parents aku." jawab Bella.

"Oh. So how your parents? They okay? I mean you okay?" Tasya pula menyoal.

Bella angkat bahu. "Mama okay. Papa as usual. Cold. Aku okey. Sihat. Alhamdulillah masih lagi bernafas." kata Bella.

Qaisara dan Tasya segera merenung tajam wajah Bella.

"Kau memang sengaja nak kitorang kejar kau dalam restoran ni dengan penyapu ke Bella?"

"Or kau teringin nak mandi dalam Tasik Titiwangsa tu?"

Laju sahaja Bella menggeleng. Uish bukan boleh percaya sangat sahabatnya ni. Buatnya terjadi betul? Haha haru je.

"Ala sorrylah. Its just slipped from my mouth. Tak berniat nak cakap macam tu."

Bella masih lagi tersenyum memandang Tasya dan Qaisara. Dia tahu dua orang gadis itu tidak suka dia bercakap mengenai mati. Sebab itulah dia merahsiakan tentang hal dirinya yang terkini. Hanya dia yang tahu. Oh, Hadiff pun.

"Okey. Sebagai tanda maaf, jom aku belanja wayang satu. Nak?" ajak Bella.

Tasya dan Qaisara sama-sama mengangguk.

"On!"

Selesai mereka membasahkan tekak, tiga gadis itu melangkah keluar dari restoran itu. Mata-mata yang memandang langsung tidak dipedulikan mereka.

Biasalah, model hot and sexy. Siapa yang tak pandang.

Tasya yang memakai skirt hitam paras betis dan blaus lengan pendek hitam memang menggamit sesiapa sahaja untuk memandang. Rambutnya hanya dilepas dan disepit tepi.

Qaisara pula dengan jeans putih ketat bersama baju lengan pendek kuning cair dan lengannya ditutup dengan jaket hitam. Rambut panjangnya disanggul. Leher jinjangnya menjadi perhatian mata lelaki yang ada di situ.

Bella pula hanya memakai skinny hitam paras betis dan sweatshirt kelabu. Simple namun cukup untuk membuatkan mata-mata keranjang menoleh ke arahnya. Rambutnya diikat kuda.

Melihatkan tiket wayang mereka pukul 3 petang, jadi mereka bercadang untuk berjalan-jalan dahulu. Ada lagi satu jam untuk mereka tawaf satu Mid Valley.

* * * * *

Edrian memarkirkan kereta di parkir VIP TZ Holding. Dia keluar daripada Ferrari birunya sambil membetulkan kotnya. Briefcase diambil dan dia berjalan penuh gaya menuju lif.

Sampai di tingkat 8, Edrian terus berjalan maju ke biliknya. Yus hanya menunduk hormat sebelum mengekori langkah lelaki itu ke dalam biliknya.

"So, anything for me Yus?" tanya Edrian.

Komputernya di on dan dia memandang PA nya tepat.

YOU'RE THE ONE (✔)Where stories live. Discover now