12

21.2K 652 3
                                    

Haih!

Bahunya ditepuk.

"Apa kau ni Bella. Pagi-pagi lagi dah mengeluh."

"Tah kau. Tak baiklah."

Dua gadis itu duduk di hadapan Bella kemudian terus mengangkat tangan untuk mengorder.

"Kau ada problem ke? And kau kemana selama seminggu ni?" tanya Qaisara.

"Hospital." jawab Bella perlahan. Dia berharap kawan-kawannya tak dengar tapi kantoi.

Tasya menepuk meja. "What? Hospital? Kau kena tahan ke Bella? Asal tak cakap. Kau ni suka tau macam ni." bertalu-talu soalan dari mulut Tasya.

Bella memandang wajah sahabatnya yang dah monyok. Kepala digaru. Konon nak rahsia tapi mulut sendiri dah kantoikan. Apa boleh buat.

"Em sorry. Bukan tak nak beritahu tapi aku tak naklah kacau korang. Aku tau korang mesti busy kan. Takpe, ada Hadiff yang jaga aku."

Tasya dan Qaisara buat muka. Mulut dicebikkan.

"Kau discharge bila? Lama tak warded? Kau...Makin teruk ke Bell?" ujar Qaisara sambil merenung wajah Bella.

Bella pula cuba mengelak daripada ber'eye' contact dengan Qaisara.

"Tak...Takdelah. Aku okey jelah. Korang jangan risau eh." kata Bella sambil tangan mengacau air. Kepala pula ditunduk.

Tangan Bella diatas meja digenggam oleh Tasya dan Qaisara. Bella mengangkat kepala.

"Bella. Dari tadi kau elak daripada tengok mata kitorang. Betul ke?" ujar Tasya.

Bella tergelak kecil.

"Eish takkanlah aku nak main mata dengan korang. Nanti orang fikir kita ni lesbo pula."

"Please Bella." Qaisara mula merayu.

Bella mengangguk. Riak wajahnya bertukar sedih walaupun ada senyuman di bibir itu.

"Sorry sebab tak beritahu korang. Tapi aku tak nak korang risau. Cukuplah selama ni korang dah terbeban dengan keadaan aku. Aku tak nak susahkan korang lagi." jawab Bella dengan senyuman. Air matanya ditahan.

Qaisara mula berpindah tempat ke sebelah Bella dan memeluk bahu gadis itu. Manakala Tasya pula masih erat menggenggam jemari sahabatnya.

"Hey, since when kau susahkan kitorang. Bella kita dah janjikan. We will stick together until the end. Kita kawan dah lama Bella. Semua masalah kitorang kau tau. Kita dah share banyak selama ni Bella." kata Qaisara. Bahu Bella digosok.

Tasya mengangguk. "Yes Bella. Sibuk manapun kitorang, kau tetap keutamaan kami. Aku sanggup tau lari dari studio semata-mata untuk kau. Selama ni kau sentiasa kat sisi kitorang Bella. Waktu aku ada masalah dengan family, kau yang pujuk aku. Hah lagi satu. Masa Sara break dengan boyfie mat salleh dia tu, sebab dia dah curang dengan adik angkat Sara sendiri,  kau yang banyak bagi nasihat kat dia. So sekarang ni, kalau kau sakit or ada masalah. Please cari kitorang. Okey?" Kata Tasya panjang lebar.

Bella mengangguk.

"Kau ni Sya. Tak payahlah detail sangat pasal ex aku tu. Masih sakit tau hati aku ni." marah Qaisara.

Tasya sengih.

"Ala sorry lah Sara. Bukan sengaja."

Bella tertawa. Gembira dengan kerenah sahabat yang sentiasa di sisinya.

"Em jom kita ke Taman Tasik." ajak Bella.

"Kata nak share problem." kata Tasya.

Bella menjeling. "Yelah. Takkan nak share kat sini. Tak sesuailah." balas Bella penuh geram.

Tiga gadis itu terus menghampiri kereta masing-masing.

Bella dengan Proton Bezza merah miliknya. Yang dibeli dengan duitnya sendiri, beberapa tahun sebelum kembali ke Malaysia.

Qaisara pula dengan Mini Cooper pink kesayangannya. Hadiah sempena hari jadinya tahun lepas, daripada parents dia.

Dan Tasya masuk ke Suzuki Swift biru yang menjadi idamannya sejak di Ireland lagi. Itupun puas dia merayu dengan walidnya barulah walidnya setuju untuk bayarkan separuh. Haha.

* * * * *

Edrian memandang jam tangannya. Dah pukul 12.40 tengah hari. Tengkuk dan bahunya diurut sedikit untuk menghilangkan rasa lenguh. Penat dirasakan setelah hampir tiga jam duduk dalam bilik meeting bersama client dari Singapore.

Dagu diusap dan badan disandarkan ke kerusi. Mata memandang siling.

'Macam ada something tak kena je. Apa benda yang aku lupa ni.' bisik hati kecil Edrian.

Kemudian tangannya mencapai Iphone 8 di atas meja. Dilihat banyak miscall dan whatsapp.

"Bella call? Banyak gila sampai 30 kali. Nak apa dia ni?" ujar Edrian.

Pap!

Meja ditepuk kuat.

Edrian memegang kepala. Sungguh dia terlupa. Patutnya pukul 12 tadi dia bertemu dengan Bella berkenaan hal semalam.

Nombor Bella ditekan. Kali ketiga barulah panggilannya bersambut.

"Bella, i am so sorry. I ada meeting tadi. You kat mana?"

"I dah balik dah Ed. Its okay. I tahu i ni tunggul je yang hanya tau tunggu orang yang tak ingat pun pasal i."

Edrian menepuk dahi. Dia perli pula.

"Sorry sangat Bell. Okey. Dinner on me tonight?"

"Malaslah. Nanti i kena tunggu sampai tengah malam pula."

Edrian meramas rambutnya. Stres!

"Malam ni i janji i datang. Please. You cakap je you nak apa. I belanja."

"Serious Ed? You nak belanja apa je yang i nak?"

Kedengaran suara teruja dihujung talian. Edrian menghela nafas lega.

"Yes baby. Anything."

"Okey. Kalau macam tu, belanja i my favourite food malam ni. Tomyam and ice cream. Boleh?"

Edrian diam sejenak. Senyuman terukir.

"Deal. Malam ni i jemput. Your address?"

"Em..I pergi sendirilah."

"No Bella. Bagi i alamat."

"Fine. Lepas ni i send location. Dah, i nak rehat ni. Sakit pinggang sebab dari tadi duduk menunggu orang yang tak tepati janji. Sakit dapat, lagi satu buang masa pula tu. K bye."

Edrian mengetap bibir. Geram.

"Eish dia ni. Kalau tak perli aku memang tak sah." rungutnya.

Setelah itu, Edrian terus turun lunch bersama Kayla. Girlfriend yang keberapa pun tak tahulah merangkap pekerja TZ Holdings bahagian receptionist.











































.....................................................

[02/05/2018]

Yezzaaaa 😘

YOU'RE THE ONE (✔)Where stories live. Discover now