54

26.5K 608 7
                                    

Siapa sangka kegembiraan mereka hanya seketika apabila Bella tiba-tiba mengalami sesak nafas dan pendarahan hidung.

Ternyata, sebulan yang berlalu dengan cukup bahagia rupanya ada duka yang datang menyelit.

Bella dimasukkan ke dalam operation theatre ketika jarum jam sudah menginjak ke angka 11.49 malam.

Edrian mundar-mandir di hadapan OT sambil mata tak lepas memandang pintu bilik pembedahan tersebut.

Ahli keluarga dan sahabat handai yang turut bersama di situ juga resah. Perasaan yang ada cuma rasa takut dan risau.

Saat Rizhan keluar dengan wajah serabut, Edrian pantas mendekati.

"Bella okey?"

"Oleh kerana keadaan Bella yang semakin lemah, dia terpaksa melahirkan dengan cara pembedahan. Saya perlukan tandatangan Edrian untuk meneruskan proses ini jika tidak mahu bayi dalam perut lemas. Azra, beri borang itu."

Pantas sahaja Azra memberi dua helai borang untuk Edrian tandatangan.

"Satu helai untuk benarkan Bella melahirkan secara pembedahan dan sehelai lagi untuk rawatan pemindahan hati. Organ hati Bella sudah tidak boleh berfungsi sepenuhnya kerana sel kanser semakin merebak. Jadi Edrian..."

Semua mata mengarah kepadanya. Edrian merenung wajah papa, mama, daddy dan mummynya. Semua mengangguk dengan senyuman.

"Do it Ed. Selamatkan anak-anak kamu dan isteri kamu. Bergantung haraplah kepada-Nya."

Setelah yakin dengan keputusannya, Edrian menurunkan tandatangannya pada kedua-dua helai borang tersebut.

"Abang Riz, tolong selamatkan anak-anak kami. Dan tolong sembuhkan isteri saya juga. We count on you."

Rizhan angguk. Insya Allah.

* * * * *

Ketiga-tiga bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan itu diletakkan di dalam inkubator yang berasingan.

Siapa sangka mereka akan mendapat triplet.

Selesai mengazan dan mengiqamatkan bayinya, Edrian kembali semula di hadapan OT. Menunggu berita tentang isterinya pula.

Yang tinggal disitu hanyalah Hadiff dan Cassandra. Parents dan sahabat yang lain sudah pulang setelah dipaksa oleh Hadiff yang menyuruh mereka berehat sementara dia menemani abang iparnya disini.

Cassandra juga sudah dipaksa balik namun gadis itu tidak mahu.

Edrian kelihatan sangat serabai dengan rambut yang sudah tidak kemas dan wajahnya nampak keruh.

'Save her.'

Lima jam mereka menunggu. Seorang nurse pun tidak keluar daripada bilik pembedahan. Mereka makin risau.

Krek.

Apabila jarum jam sudah pun menginjak ke angka 5.20 pagi, kelibat beberapa orang nurse keluar sebelum Rizhan muncul mendatangi mereka.

Hadiff yang terlena di kerusi dikejutkan oleh Cassandra dan mereka bertiga memandang wajah Rizhan dengan perasaan ingin tahu.

"She will wake up in a few hours. Alhamdulillah proses pemindahan hati berjalan lancar. Lepas ni kita akan lihat sama ada hati itu sesuai atau tidak dalam tubuh Bella."

Masing-masing meraup wajah dan mengucapkan kata syukur dalam hati.

Setelah Rizhan berpamitan, Hadiff meminta diri ke surau untuk menunaikan solat hajat sekaligus solat subuh.

YOU'RE THE ONE (✔)Where stories live. Discover now