Edrian pov
Aku masuk ke dalam ofis seperti biasa. Hari ni aku langsung takde mood untuk bergurau senda atau bermanja.
Ini semua sebab berita yang aku dapat.
Er benci!
Kenapa dia kena balik ke sini? Tak boleh ke dia terus stay kat luar negara sana.
Kepala aku letakkan di atas meja.
"Tengku."
Aku angkat muka. Wajah Yus menyapa mata.
"Hm."
Yus meletakkan fail ke atas meja. "Dalam tu ada dokumen yang perlu Tengku sign. Then pukul 10 nanti Tengku ada meeting dengan semua ketua department. Berkaitan dengan Family Day yang akan berlangsung bulan hadapan. Petang, Tengku free sampai esok." Ujar Yus.
Aku mengucap terima kasih sebelum Yus berjalan keluar.
Sekali lagi kepala diletakkan atas meja. Kemudian satu persatu kenangan antara aku dan Bella muncul dalam fikiran sampailah kejadian itu.
Kejadian dimana aku mula membenci kehadirannya.
Bukk!!
Meja ditumbuk. Geram.
'Kau fikir aku akan biar kau bahagia sedangkan aku menderita? Huh no way!'
* * * * *
Bella baru je selesai makan ubat bila handphonenya berbunyi nyaring minta diangkat.
Mama.
"Ada apa mama call ni? Nak angkat ke tak? Hm." Soal Bella pada dirinya sendiri.
Lima saat berfikir, dia swap button hijau dan meletakkan phone di telinga.
"Waalaikumsalam ma. Why?"
"Malam ni balik? Ada apa ma? Bella penatlah mama. Pagi tadi baru sampai KL." tipu Bella.
Part penat memang dia jujur. Darah dari hidungnya asyik mengalir keluar membuatkan dirinya makin lemah.
Bella melihat jam tangannya. Sudah pukul 2.40 petang.
"Perlu ke Bella balik ma? Nak ke papa dengan Ed tengok muka Bella ni? Wajah yang selalu dibenci." Kata Bella perlahan.
Setelah mendengar pujukan dari mamanya, Bella hanya mengiakan sahaja. Lagipun takde dia nak risau sangat sebab dia yakin adik ksayangannya pasti akan turut serta.
Selesai berborak, Bella pejamkan mata sekejap di sofa. Dia perlu menyiapkan kekuatan mental sebelum pulang ke rumah keluarganya malam nanti. Pasti dan yakin mesti ada seorang hamba Allah yang sentiasa akan menyindir dan memarahi dirinya.
Tangan kanan dilekapkan ke dada. 'Bersabarlah hati. Redhalah segala apa yang akan berlaku malam nanti.' Bisik hati kecil Bella.
* * * * *
Hadiff berdiri di muka pintu menunggu kepulangan kakak kesayangannya. Jam sudah pun menunjukkan pukul 5.50 petang tapi kakaknya tak sampai lagi.
"Mana kakak kamu ni Diff. Suka sangat buat papa marah." Kata Tengku Zikri.
Hadiff mengeluh memandang papa dan mamanya yang turut menunggu di ruang tamu.
![](https://img.wattpad.com/cover/127059541-288-k837552.jpg)
YOU ARE READING
YOU'RE THE ONE (✔)
Romance4th Bella. Hidupnya tidak seceria dulu apabila dia dibenci oleh lelaki yang amat dicintai. Bertahun dia membawa diri. Pulangnya dia langsung tak dihargai. Lelaki playboy dan kacak. Siapa yang tak kenal. Tengku Edrian, CEO TZ Holding yang muda dan ka...