24

18.3K 603 9
                                    

Huh.

Benarlah seperti orang kata. Bekerja sebagai seorang doktor bukanlah senang. Malahan apa jua pekerjaan pasti ada dugaannya.

Satu sentuhan lembut di bahunya membuatkan dia berpaling. Senyuman diukir buat isteri tercinta.

"Apa yang abang menung ni? Tentang Bella lagi?"

"Hm. Sampai bila dia nak seksa diri dia sayang. Abang nak dia sihat. Tapi dia memang degil."

Farhana menarik suaminya untuk duduk di sofa dalam bilik.

"Abang, Hana tau hal tu. Hana pun dah banyak kali nasihat dan pujuk, tapi dia cuma senyum je. Dia kata biarlah dia rasa gembira sekejap sebelum mulakan kemoterapi." kata Farhana.

Rizhan mengeluh lagi. Kedua tangan isterinya digenggam dan dikucup sayang.

"Dia pun kata hal sama dengan abang. Tapi sayang, dia dah stage four. Sel kanser dia dah merebak ke organ lain. Organ hati dia dah tak boleh berfungsi dengan baik sekarang ni. Keadaan dia makin teruk sayang. Abang risau. Pesakit yang abang rawat sejak 9 tahun lepas sia-siakan hidup dia macam tu je."

Farhana menutup mulutnya dengan tangan. Mata yang sudah berkaca memandang tepat anak mata suaminya.

"Seriously abang? Kenapa abang tak cakap dengan Hana hal ni? Kalau tau Hana dah pujuk dia sampai setuju buat kemo. Abang, Bella takkan hidup lama ke?" ujar Farhana. Soalannya kedengaran perlahan.

Rizhan diam. Dia tahu isterinya sayangkan Bella macam adiknya sendiri. Mana taknya, dahulu waktu Farhana mengalami komplikasi setelah bersalin anak kedua mereka, gadis itulah yang menjaga isterinya di hospital. Sementara dia bekerja separuh hari dan menjaga anak-anak di rumah.

"Abang kenapa diam? Hana tanya jawablah."

"Sayang..abang tak tahu sebab itu bukan urusan abang. Jodoh, ajal dan maut semuanya di tangan Tuhan. Tapi kalau ikut jangkaan, Bella masih ada masa sepuluh bulan sayang." Rizhan menjawab.

Pecah tangisan Farhana saat itu. Sungguh berat ujian untuk gadis tabah tersebut. Rizhan segera menarik Farhana kedalam dakapannya. Sedih.

* * * * *

Edrian memandang wajah si gadis yang telah sah menjadi tunangannya dua minggu lepas.

Serba tak kena si gadis dibuatnya.

"Kenapa ni Edrian? I tak lawa ke hari ni?"

Edrian menggeleng.

Penampilan gadis dihadapannya nampak lain. Lebih manis berbanding sebelum ni apabila gadis itu mengenakan blaus floral lengan panjang dan skirt putih labuh ke buku lali. Rambut panjangnya diikat ponytail.

"Edrian! Tell me whats wrong?"

"Nothing Bell. You look nice and more gorgeous today. Just that baby."

Bella senyum. Jari manisnya yang tersarung cincin dipandang.

Tak semena, Edrian mengusap jari manisnya dan belakang tangan Bella dikucup lembut.

"Thanks Ed. I rasa lebih selamat pakai macam ni."

Bella memandang tubuhnya sendiri. Dia harap sangat ianya akan berkekalan.

YOU'RE THE ONE (✔)Where stories live. Discover now