Flashback
Yusrina memberitahu Edrian tentang kedatangan seorang gadis seksi yang sedang menunggu di ofisnya sekembalinya Edrian daripada lunch.
Saat melangkah masuk ke dalam ofis, matanya menangkap tubuh seseorang yang sedang duduk di sofa.
"What are you doing here Jenny? Apa lagi fitnah you nak lempar pasal wife I?"
Jenny hanya mengangkat kening dan menghampiri Edrian yang sedang berdiri menghadap cermin.
Jemari Jenny sengaja menyentuh lengan sasa milik Edrian dan mendekatkan dirinya.
"Just talk then go."
"Wife you kemana semalam?"
Edrian mengerutkan dahi. 'Perempuan ni memang stalk bini aku ke apa?'
"I know. Dia tak balikkan?"
"Macam mana you tahu?"
Jenny hanya menyeringai sinis. "Sebab I nampak dia dekat hotel dengan someone." ucapnya.
Edrian diam.
Jenny mengeluarkan bukti kata-katanya daripada hand bag yang diletak di atas meja. Dua keping gambar diberikan kepada Edrian.
"You tengok ni Edrian. Perempuan yang you anggap isteri sebenarnya perempuan jalang. Berani dia pergi hotel dengan lelaki lain. Dah lah mabuk."
Gambar pertama menunjukkan Bella dipapah seorang lelaki dan lelaki tersebut menunjukkan riak risau. Gambar kedua pula ialah gambar Bella dipeluk seorang lelaki di parking kereta.
Jenny senyum sinis. Dia gembira apabila berjaya menipu Edrian. Padahal itu ialah gambar waktu Bella di hospital bukan hotel.
Tanpa kata apa-apa, Edrian melemparkan gambar-gambar itu ke atas meja. Dinding ditumbuk hingga jemarinya merah lebam.
Melihat keadaan itu, Jenny terus keluar daripada ofis Edrian. Senyuman masih tidak lekang daripada bibirnya.
Edrian mematikan enjin kereta dan menapak masuk ke dalam rumah. Sengaja dia membiarkan ruang bawah gelap dan terus ke bilik tidurnya.
Hatinya panas apabila memikirkan isteri yang dicintai menipu dirinya dan curang bersama lelaki yang sangat dikenalinya.
Selesai mandi, dia duduk di ruang tamu. Menunggu kepulangan isterinya. Sempat mata memandang jam di handphone. 8 malam.
"Eh asal gelap ni? Ed tak balik lagi ke tapi kereta kat luar? Mungkin dia penat sangat pun."
Lantas Bella menekan suis lampu dan ruang tamu sudah terang. Bella mengurut dada apabila ternampak kelibat Edrian di sofa.
"Oh God! Edrian kenapa you duduk dalam gelap ni. You okey?"
"You pergi mana?"
Bella tersentak apabila suara Edrian kedengaran dingin. 'Ada something jadi ke?'
"I keluar kejap then I balik rumah mama. Kami buat kek sama-sama sampai tak sedar pukul berapa."
"Jangan tipu I Bella! You pergi mana?!!" lantang suara Edrian menjerit.
Bella terkejut. Kakinya bergerak ke belakang kerana terkejut dengan perubahan Edrian.
"Betul Ed. I tak tipu. I jumpa mama tadi. Kenapa dengan you ni?"
Edrian tertawa sinis dengar soalan itu. "Kenapa dengan I? Kalau you tak buat perangai dan malukan I mungkin I tak kisah kalau you nak menjalang dengan lelaki lain!" ucapnya.
Bella melopong.
"I buat apa? Bila masa I menjalang?! You jangan nak suka hati cakap I macam tu."
"Masalahnya sekarang ni kau dah tipu aku Bella! Berapa banyak kali kau tidur dengan lelaki lain? Sanggup kau jual badan, dengan lelaki yang aku kenal pula tu. Kau memang perempuan takde maruah."
"Edrian! I tak buat macam tu. Siapa yang fitnah I ni. You lupa ke selama ni bukan you ke yang playboy? Tidur dengan pelacur. You yang takde maruah sekarang ni Edrian! Bukan I."
Pang!
Pang!
Bukan sekali malahan dua belah pipinya menerima tamparan daripada tapak tangan Edrian.
Bella terduduk di lantai. Pipinya dipegang. Bibir yang berdarah dilap sambil air matanya laju mengalir.
"What is wrong with you Ed? I love you takkan I nak curang. You yang tak tahu apa pasal I."
"Huh. Kalau ikutkan, dah lama aku tinggalkan kau. Kau tahu tak aku cuma nak mainkan perasaan kau je tapi entah apa kau buat sampai aku jatuh cinta dekat betina macam kau!"
Bella terkelu. Tidak sangka sampai macam ni sekali penghinaan yang diterima.
"How could you Ed? You... I hate you Ed. I hate you!"
Edrian serabut. Dia tidak sampai hati melihat wajah itu yang penuh dengan air mata. Hatinya sakit. Lantas kunci kereta dicapai dan dia melangkah keluar dari rumah.
Bella yang masih duduk di lantai segera bangun. Perutnya disentuh.
"I'm sorry baby. Takpe mama janji, mama akan jaga baby."
Selesai mandi, Bella terus mengemas pakaiannya dan membawa luggage masuk ke dalam bonet kereta.
Nombor seseorang ditekan.
"Cass..."
* * * * *
Cassandra terus mengambil flight paling awal ke Malaysia setelah mendengar suara sahabatnya.
"Auntie, I have to go to Malaysia. Irisya need me." katanya kepada wanita yang telah menjaganya dari kecil lagi.
"Okay Cass. I understand. Don't worry I will take care the house and I will ask Uncle to look for the company."
"Thanks Auntie."
"Welcome dear. Just go comfort Irisy and tell her just be patient. If want, you can bring her here. I will take care of her."
Cassandra angguk.
Luggage ditarik dan masuk ke dalam teksi. Airport dituju.
"Give me the location Risy."
......................................................
[03/01/2019]
Nah. Sorry la kalau hambar. Kalau sedih? Huhu jangan risau author pun sedih 😔
Vote!

ANDA SEDANG MEMBACA
YOU'RE THE ONE (✔)
Romance4th Bella. Hidupnya tidak seceria dulu apabila dia dibenci oleh lelaki yang amat dicintai. Bertahun dia membawa diri. Pulangnya dia langsung tak dihargai. Lelaki playboy dan kacak. Siapa yang tak kenal. Tengku Edrian, CEO TZ Holding yang muda dan ka...