Tasya pov
Aku tengah scrol instagram bila Vivo aku bunyi. Lah Sara rupanya.
"Yow pehal."
"Amboi kau. Gangster sangat pehal ni. Aku nak ajak keluar je. Busy ke?"
"Aku baru habis shoot. Jap."
Aku memanggil seorang photgrapher yang bertugas untuk menanyakan tentang aktiviti lepas ini.
Bila diberitahu shoot dah habis aku kembali menekapkan handphone ke telinga.
"Free. Jumpa kat mana?"
"Harmony Cafe. Yang baru buka dekat depan bangunan sepupu Bella tu."
Aku angguk. Setelah membetulkan baju dan rambut, beg dicapai dan aku menunggu teksi di bustop. Hari ni malas nak bawa kereta.
* * * * *
Kereta dihentikan di depan sebuah kafe yang penuh. Biasalah, lunch hour pun tak habis lagi.
Seorang gadis tinggi lampai bertshirt lengan pendek dan seluar jean keluar dari kereta. Rambut disanggul rapi.
Kaki melangkah dan tangan laju sahaja menolak pintu kafe. Bayang seseorang dicari.
Senyuman terukir.
"Hey sorry girl. Terlambat."
"Yelah. Kau mana reti nak tepati masa."
"Ala Tasya, janganlah marah. Tetiba adik aku tu mengada nak suruh aku masak. Kebulur nanti susah pula aku."
"Yelah Cik Sara. So nak makan apa? Today is my treat." kata Tasya.
Qaisara tersengih. "Betul? Untung aku. U are the best." pujinya pada Tasya.
Sedang mereka berbual, satu pasangan yang sedang bergelak ketawa membuat mereka berpaling ke pintu kafe.
Qaisara mendengus manakala Tasya hanya mengeluh.
"Eii minah plastik ni lagi. Muak aku tengok muka dia." rungut Qaisara.
"Itu ah. Si Edrian ni pun buta ke apa? Tak nampak ke bedak berkilo kat muka dia tu. Rambut karat warna merah pula tu." kutuk Tasya. Mulut dia memang lepas.
Qaisara mengangkat bahu. Mata dijulingkan ke atas. "Macam takde girl lain. Si Amy plastik ni juga yang dia nak. Tahulah playboy." katanya lagi.
Tasya diam. Menyampah dia tengok muka Edrian yang tersenyum memandang Amy, model yang baru nak up. Tapi perangai..Huh kurang ajar. Fikir dia bagus sangatlah.
Kenal sangat mereka dengan Edrian. Bella selalu cerita pasal dia. Disebabkan Bella selalu stalk crush dia ni, Tasya dan Qaisara turut join sekali.
Amy? Huh pernah gaduh dengan Qaisara dan menuduh Qaisara saja nak rampas kerja dia. Padahal itu semua salah dia. Amy yang tak tepati masa jadi producer sendiri yang minta Qaisara ganti. Mana taknya, hampir satu jam menunggu batang hidung pun tak nampak.
Mereka bercadang nak window shopping sebelum balik ke rumah. Yalah, sejak balik dari London lima hari lalu mereka belum lagi luang masa bersama.
Tasya terus ke kaunter untuk membayar, Qaisara pula menunggu di luar kafe.
Baru je Tasya nak tarik pintu, tangannya dipegang dari belakang.

ANDA SEDANG MEMBACA
YOU'RE THE ONE (✔)
Romance4th Bella. Hidupnya tidak seceria dulu apabila dia dibenci oleh lelaki yang amat dicintai. Bertahun dia membawa diri. Pulangnya dia langsung tak dihargai. Lelaki playboy dan kacak. Siapa yang tak kenal. Tengku Edrian, CEO TZ Holding yang muda dan ka...