39

18.5K 570 2
                                    

"Aku terima nikahnya Tengku Haura Irisya Bella binti Tengku Zikri dengan mas kahwinnya RM7777 tunai."

Menitis air mata Bella mendengar ucapan kabul itu. Selesai mengaminkan doa, tubuh Bella dipeluk mama, mummy Edrian, Mak Cha dan sahabatnya.

"Ehem. Beri laluan. Pengantin lelaki dah tak sabar nak jumpa pengantin perempuan. Auch."

Farhan mengusap perutnya apabila disiku oleh Edrian. Sengihan lebar diberi.

Bella menunduk apabila Edrian sudah duduk di hadapannya.

Jemarinya di atas paha dipegang lembut. Cincin silver dengan bertatahkan bentuk love berwarna pink pastel yang tersarung di jari manisnya direnung lama.

Dagu Bella diangkat dan mereka bertatapan lama sebelum Edrian mengucup dahinya.

"I love you baby. Semoga hubungan kita kekal selamanya." Bisik Edrian.

Bella sedih. 'I'm sorry Ed.'

"I love you too. Please don't leave me." balas Bella.

"Okey stop guys. Jangan lupa ramai yang menonton ni." sampuk Tasya.

Bella tertunduk malu manakala Edrian tertawa kecil.

Selesai majlis akad nikah, semua tetamu dijemput makan. Pasangan pengantin itu turut menjamu selera sebelum mereka perlu bertahan lama untuk sesi photoshoot sebagai kenangan.

Berbagai macam gaya dan telatah Bella bersama tiga orang sahabatnya di pelamin.

Ya, Cassandra turut hadir untuk meraikan hari bahagia sahabat baiknya.

"I wish you all the happiness Risy. Don't ever give up. Anything, i always be with you. With the others." ucap Cassandra sebelum berangkat pergi.

Dia perlu pulang segera ke Ireland kerana mempunyai urusan berkaitan syarikatnya.

Hampir jam tiga petang, ramai tetamu sudah pulang. Yang tinggal cuma Qaisara, Tasya, Farhan, Qayyum serta beberapa sahabat papa dan mama Bella.

"Oklah bro. Aku kena gerak ni. Nak ambik adik aku kat airport. Dia nak sampai dah dari London." ujar Qayyum.

Tak lama lepas tu, Qaisara dan Tasya juga berpamitan sebelum pergi. Namun sempat lagi mereka berpesan kepada Edrian.

"Jangan sia-siakan Bella. Make her be the happiest girl ever in the world."

"Kalau aku tau kau sakitkan hati dia, muka kau tu aku tumbuk. Biar lebam."

Edrian angguk. Bella disebelah hanya senyap. Nasiblah dapat sahabat terlebih caring.

"Betul tu bro. Aku sokong. Apa-apa jadi, mata kau biru sebelah."

Edrian dan Bella memandang sahabat mereka sehingga masing-masing beredar pergi.

Pinggang Bella dirangkul kemas. Pipinya diusap lembut. Mata Edrian meneliti wajah itu dari jarak dekat. Cantik.

"Nampak gaya, I have to take a very good care of you baby. Since you have so many bodyguard and backup."

Bella tergelak kecil. Jari telunjuk Bella merayap ke atas dada Edrian yang masih menyarung baju melayu putih susu.

"You have to. Cause i don't see anyone who can take care of me except you. You're my heart. Without you I die."

Edrian mengetap bibir. Memandangkan mereka masih di luar, terpaksalah dia menahan diri daripada 'menerkam' isteri yang baru dinikahi beberapa jam lepas.

"You so naughty Bell." kata Edrian sambil mencuit hidung isterinya.

Bella tertawa riang.

"Amboi seronoknya gelak ya. Tak payah nak sweet kat sini. Bersemut kaki. Pergi masuk mandi then sambunglah balik adegan korang tadi." Hadiff tiba-tiba mencelah.

Muka Bella dan Edrian sama-sama merah. Malu.

Hadiff memandang keduanya dengan senyuman.

'Diff doakan akak bahagia dengan Abang Ed.'

* * * * *

Edrian masuk ke dalam bilik yang telah dihias cantik dengan warna biru lembut. Dia duduk di birai katil sambil mata mencari tubuh si isteri.

Mendengar bunyi air dari kamar mandi, tahulah dia yang Bella tengah mandi.

Badan dibaringkan ke atas katil. Seharian melayan tetamu hari ini membuatkan tubuhnya penat. Matanya terlelap.

YOU'RE THE ONE (✔)Where stories live. Discover now