Deringan lagu Faded nyanyian Alan Walker mengejutkan Edrian daripada lena.
Oleh kerana hari cuti, dia terlajak tidur sehingga ke pukul 11.30 pagi. Lagi-lagi selepas tidak mendengar khabar berita daripada isterinya sejak minggu lalu.
Iphone X dicapai dan skrin hijau dislide ketepi tanpa melihat siapa yang menelefonnya.
"Hello."
"....."
"Hello. Kalau nak main-main jangan dengan aku." katanya bengang.
"Edrian. I miss you."
Tergamam. Suara ini. Suara yang dirindui.
"Bella? Oh God honey. Where are you? I miss you too. Please forgive me. I love you Bella. Please come back."
"I'm fine Ed. Don't worry too much. Baby also fine. Bella dah lama maafkan Ed cause I love you so much."
Edrian menahan airmata. Sungguh dia rasa bersalah.
"Bella please. I'm sorry honey. Come back to me sayang."
Bella dihujung talian sudah mengalirkan air mata. Entah kenapa dia rasa semua ni akan berakhir.
"Bella cuma nak pesan satu je dekat abang. Apa pun yang jadi, please take good care of our baby. Kalau abang perlu memilih antara Bella dan baby, please don't choose me. Bella nak abang jaga baby kita sebaiknya kalau Bella takde kat sisi abang."
Berdegup laju jantungnya mendengar pesanan itu. Hatinya takut. Tak. Dia tak nak kehilangan cinta hatinya.
"Honey. Bella sayang, cakap apa ni? Jangan mengarut. You and the baby akan selamat. Trust me. Tolonglah. Jangan tinggalkan abang. I can't life without you Bell."
"Sorry if I make you sad. Bella pergi dulu. Apa pun jadi, you need to know that I love you Edrian."
"Bella. Bella."
Edrian memandang skrin yang sudah gelap. Wajahnya diraup. Selamatkan isteri dan anakku Ya Rabb.
* * * * *
Mak Cha merenung lama wajah pucat anak saudaranya yang sedang tidur. Rambut nipis gadis itu diusap sayang.
Dua hari berlalu sejak Hadiff menghantar kakaknya ke sini. Dia sedih mendengar apa yang berlaku. Sungguh berat ujian untuk gadis ini.
"Kuatlah kamu Haura. Mak Cha tahu kamu boleh hadapi semuanya."
Kemudian tapak tangan kanannya diletakkan di atas perut Bella yang sudah nampak bentuknya. Senyuman terukir.
"Maktok harap cucu maktok dalam ni sihat selalu. Jangan susahkan mama kamu sayang. Sihat selalu cucu-cucu maktok."
Cucu-cucu?
Waktu dia menemani Bella untuk scan baby, ternyata keajaiban itu ada. Bukan seorang bakal cucunya malahan kembar. Jantina sahaja tidak tahu.
Tangannya digenggam. Mak Cha memandang mata Bella yang sedang bergenang dengan air mata.
"Kamu okey? Ada nak makan apa-apa?"
Bella senyum. Wanita ini satu-satunya wanita yang paling dia sayang selepas mama dan arwah uminya.
"Haura tetiba rasa nak makan pengat pisang. Boleh ke Mak Cha?"
Mak Cha angguk dan senyum lebar.
"Memang rezeki kamu Haura. Tadi jiran Mak Cha baru je bagi buah pisang. Cucunya beli."
Bella senyum lagi. Nak bangun dia rasa tak larat sangat.
Mak Cha terus keluar untuk menyiapkan pengat pisang. Bella melihat telefon bimbit di tangannya.
Selepas menelefon suami yang dicintai, dia terus terlelap kerana tubuh badan yang penat. Nak bangun pun rasa tak larat.
Kring! Kring!
Tasya is calling...
"Hello."
"Bella! Kau ke mana ni? Kenapa tak cakap kau dah discharge? Risau aku tahu tak. Sara dengan Cass ni pun kemain kecoh."
Bella tergelak kecil.
"Maaf sebab buat korang risau. Aku kat Johor. Rumah Mak Cha. Saja nak lepaskan rindu."
"Rumah Mak Cha? Dekat Mersing tu ke? Weh aku pun kat sini. Share location nanti aku datang."
Bella ternganga. Dia lupa hal itu. Rumah Mak Cha dan nenek Tasya berada dalam satu kampung. Dia menggeleng kepala. Tak sangka.
"Ya nanti aku share. Datanglah sini. Aku pun rindu kau. Aku takut tak sempat je nak jumpa korang." Ayat terakhirnya diucap perlahan namun tetap didengari oleh Tasya.
"Bella. Jangan cakap macam tu aku tumbuk nanti. Kau kan dah janji tak nak tinggalkan kitorang. Jangan lupa janji kau Bell."
Senyuman nipis diukir.
Setelah berbual seketika, Bella menamatkan bicara. Dia ingin ke dapur menemani Mak Cha.
* * * * *
Tanah perkuburan itu kelihatan sunyi.
Setelah menamatkan bacaan Yasin dan doa, dia menuang air dalam jag ke ata tanah kubur beserta bunga kertas pelbagai warna.
"Mak Cha tunggu kat kereta ya."
Sepi.
"Umi. Ra rindu."
Bella memegang batu nisan bertulis Nik Anisa binti Abdullah serta mengusap. Perasaannya sama seperti mengusap wajah arwah uminya.
"Ra rindu sangat dekat umi. Umi tahukan Ra dah kahwin dengan Ed. Kami akan menimang cahaya mata dan mungkin Ra akan jumpa umi nanti. Tak sabarnya Ra nak jumpa umi. Nak peluk umi. Umi tunggu Ra kat sana eh. Tapi Ra kesian kat Ed. Ra harap Ed kuat nanti."
Sesaat Bella berhenti seketika. Air mata yang mengalir diseka dengan jari. Senyuman cuba diukir walaupun dadanya rasa sebak.
"Umi, nanti Ra datang lagi ya. Kesian Mak Cha dah lama menunggu. Assalamualaikum umi."
Bella berjalan ke arah Mak Cha yang sedang menunggu di dalam kereta Myvi milik wanita itu.
Tanah perkuburan itu dipandang lama.
'Umi tunggu Ra tau.'
.....................................................
[21/01/2019]
Masih okey kah anda semua? Nak lagi? 😄
YOU ARE READING
YOU'RE THE ONE (✔)
Storie d'amore4th Bella. Hidupnya tidak seceria dulu apabila dia dibenci oleh lelaki yang amat dicintai. Bertahun dia membawa diri. Pulangnya dia langsung tak dihargai. Lelaki playboy dan kacak. Siapa yang tak kenal. Tengku Edrian, CEO TZ Holding yang muda dan ka...