"Kau jangan nak kacau dia lagi. Bagilah dia rasa kebahagiaan sebelum apa-apa jadi."
"But Sya. I love her. Even i know she doesn't love me but i don't care."
"Putera Harith! Jangan sesekali kau cuba nak ganggu hubungan dia dengan bakal tunang dia. Pleaselah, Bella dah lama derita."
Harith mengetap bibir geram. Wajah Tasya, sepupunya dipandang.
"Sya..."
Tasya pantas menggeleng. "Harith. Kau tak malu ke? Sejak dulu lagi dia reject kau tapi kau still nakkan dia. Buka mata kau Rith. Ramai lagi perempuan selain dari Bella. Jangan kau nak rosakkan kebahagiaan yang dia baru nak rasa." nasihat Tasya panjang.
Harith mengeluh.
"Tasya, aku ni sepupu kau. At least bagilah moral support kat aku."
"No. Sebab kau cousin akulah aku tak nak tolong. Aku dah kenal kau lama. Aku pun dah kenal Bella lama juga. Antara kau dengan dia, aku lagi kesiankan Bella sebab aku tau apa yang hadapi selama ni. Dia akan lagi menderita kalau kau cuba musnahkan impian dia. Pleaselah Harith. Aku merayu kat kau. Jangan kacau dia lagi!" ucap Tasya.
Harith meraup kasar wajahnya. Stres!
Tasya masuk ke dalam rumah bila tiada balasan daripada Harith.
Duduk di atas katil, dia mengeluh.
Bella akan menghadapi situasi sukar sekiranya Harith bertekad untuk mendapatkan Bella.
Harith, lelaki yang cintakan Bella sahabatnya sejak mereka bertemu pertama kali di Ireland. Ketika itu, Harith saja ingin melawat mak longnya yang menetap di Ireland waktu cuti sekolah. Harith berumur 14 tahun, tua setahun daripadanya dan Bella.
Sejak itu, Harith akan datang ke Ireland setiap kali musim cuti sekolah. Tasya tahu Bella hanya anggap Harith sebagai kawan dan tetap menjadi kawan sampai bila-bila. Di hati Bella sudah terpahat nama Edrian dari dulu sampai sekarang.
Tasya memicit dahi.
Setelah lima tahun tidak bertemu kerana Harith menyambung master di Canada, ingatkan sepupunya itu sudah mempunyai kekasih hati. Tapi rupanya masih menunggu si gadis yang akan sentiasa menolaknya.
"Harith. Harith. Aku harap kau tak jumpa Bella lagi. Aku nak tengok dia bahagia."
* * * * *
Bella melangkah masuk ke dalam banglo dua tingkat itu.
Sepi.
Dia tahu sekarang yang ada dirumah cuma mamanya bersama bibik. Papanya mestilah ke ofis dan Hadiff tentunya ke kelas.
"Bella anak mama. Kemana kamu pergi? Lama Bella tak datang sini."
Bella senyum kemudian tangan wanita itu dikucup sayang. Pipi mereka berlaga.
"Sorry ma. I need some time. Lagipun Bella bukan ke mana , ke Johor saja. Rumah Mak Cha."
Puan Basyirah angguk. Kenal sangat dengan nama yang disebut itu.
Kakak kepada arwah birasnya iaitu isteri pertama Tengku Zaki.
Wajah anaknya diteliti. Ada raut kepenatan di wajah itu.
"Pucat muka kamu Bella. Penat ya drive?"
"Haah ma. Bella nak rehat jap eh. Nanti tengah hari Bella turun makan."
Bella naik ke biliknya. Badan dihempaskan ke katil. Tubuhnya makin lama makin lemah.
'Patut ke aku buat kemo? Atau hanya pasrah dan menunggu saat itu tiba?'
Keluhan terlepas dari mulutnya.
* * * * *
Edrian termenung di hadapan kolam renang. Malam ni dia tidak balik ke penthousenya. Malas.
Banyak yang ada dalam fikirannya sekarang ni.
Bella entah ke mana. Mummy tirinya yang melayannya dengan baik. Daddy yang berusaha untuk merapatkan hubungan dengannya semula. Edryl yang sentiasa cuba untuk berbual bersama.
Sepatutnya sekarang ni dia kena bersyukur. Ahli keluarga sentiasa di sisinya.
"Ehem."
Edrian berpaling ke belakang. Wajah Edryl menyapa matanya.
"Boleh Ryl duduk dengan abang?" soal Edryl.
Edrian angguk.
Sepi seketika.
Edryl memandang abangnya. "Abang fikir apa? Muka nampak berkerut je." tanyanya lagi.
"Bella."
Edryl angguk. Patutlah serupa patung duduk di taman tu.
"Abang risau ke? Kak Bella dah balik rumah pak su pagi tadi. Hadiff beritahu. Dia kata dia balik Johor. Rumah Mak Cha. Abang tahukan?" beritahu Edryl.
Edrian memandang wajah Edryl yang sedang merenung kolam renang.
"Mak Cha? Dah lama tak balik sana."
Edrian hampir terlupa dengan kakak kepada arwah uminya. Sudah lama dia tidak ke sana.
"Nanti abang pergilah jenguk Mak Cha dengan Kak Bella. Mak Cha rindu dengan abang."
Edrian diam je.
"Abang, kalau Ryl tanya ni jangan marah eh."
Edrian angkat kening. Wajah Edryl dipandang.
"Abang....cintakan Kak Bella? Or maybe sayang?"
Terkedu sekejap Edrian. Tak sangka soalan itu yang adiknya akan tanya.
"Abang...entahlah. I'm confused."
Edryl mengeluh. "Ryl harap abang cuba cintakan dia. Kak Bella dah lama pendam perasaan dekat abang. Ryl nak Kak Bella dan abang bahagia. Selama ni dia dah banyak menderita. Masalah dengan pak su lagi buat dia makin sedih." ungkap Edryl, sayu.
Edrian hanya diam. Dia tahu apa yang jadi antara Bella dengan pak sunya. Pasal perasaan gadis itu dia juga tahu. Tapi entahlah. Dia keliru buat masa ni.
Huh.
Dia akan cuba untuk cintakan gadis itu dan setia hanya dengan dia sahaja.
.....................................................
[09/06/2018]
Hm...
YOU ARE READING
YOU'RE THE ONE (✔)
Romance4th Bella. Hidupnya tidak seceria dulu apabila dia dibenci oleh lelaki yang amat dicintai. Bertahun dia membawa diri. Pulangnya dia langsung tak dihargai. Lelaki playboy dan kacak. Siapa yang tak kenal. Tengku Edrian, CEO TZ Holding yang muda dan ka...