Alif menggeliat panjang dan Azryan pula menguap,mereka telah selamat tiba di Itali namun persoalan. Di mana Alif harus mencari individu dalam alamat ini?"Macam mana bro?" Soal Azryan.
"Entah..." Jawab Alif selamba.
"Macam SIAL je..." Azryan berkata bengang.
"Hehe..." Alif tersengih.
"Kau tanya la mana-mana orang..." Ujar Azryan.
"Hmm.. Aku tak fasih speak italian..." Balas Alif.
"English is enough..." Azryan berkata lagi.
Azryan menghentikan salah seorang pejalan kaki,Alif perhatikan sahaja dari tepi dan kelihatan Azryan seperti sudah mendapat jawapan.
"Macam mana?" Soal Alif.
"Katanya alamat yang kita ada tu di hujung bandar..." Jelas Azryan dan Alif mengangguk faham.
Suasana bandar di situ amat meriah dengan pesta yang berlangsung,mereka berdua tidak melepaskan peluang untuk menikmatinya. Setiap makanan mereka sapu tanpa bicara,akhirnya mereka tiba di hujung bandar.
Sebuah rumah yang agak besar,dan melihat pada peti surat. Ia sama dengan alamat tertera pada kertas sampul surat itu,lalu loceng ditekan beberapa kali dan skrin menyala.
"Siapa?" Soal seorang gadis berambut putih pendek.
"Saya ada surat untuk er.... Amien Khaizo Al'Dani..." Ujar Alif membaca nama pada surat itu.
"Ah...sebentar..." Ujar gadis itu dan pintu pagar terbuka secara automatik.
"Silakan masuk..."
Alif dan Azryan mengangguk lalu melangkah masuk,rumah itu agak besar bagi tinggal berseorangan. Alif tertanya siapakah gadis itu,begitu cantik dan semulajadi tanpa perlukan mekap.
Sebaik pintu utama terbuka,seorang lelaki berparut pada bahagian wajah. Rambut hitam pekat menyambut mereka,Alif dan Azryan mengangguk serta menundukkan kepala tanda hormat.
"Ah.. Terima kasih,menyusahkan kamu sahaja...jemput masuk..." Lelaki berparut itu tersenyum.
Mereka berdua duduk di meja makan,Alif dan Azryan hanya berbalas pandangan. Tiga orang kanak-kanak memerhatikan mereka berdua dengan penuh minat,Alif hanya mendiamkan diri manakala Azryan tersenyum ke arah mereka.
"Kids...jangan pandang orang macam tu tak elok..." Kata lelaki berparut itu.
"Maaf ayah..." Serentak tiga orang kanak-kanak itu menjawab.
"Tuan...err adakah tuan ni,Amien Khaizo...?" Soal Alif.
"Ouh? Aku lupa pula,ya izinkan saya kenalkan diri... Nama saya Amien Khaizo Al'Dani...itu yang sedang masak adalah isteri saya,Laura....ini pula anak saya.. Jadi kids kenalkan diri kamu..." Amien berkata tersengih.
"Nama saya Emillia Al'Amien Khaizo dan berusia 6 tahun,saya sulung..." Ujar salah seorang kanak-kanak itu.
"Saya Ammar Al'Amin Khaizo...4 tahun!" Sambung seorang lagi kanak-kanak lelaki.
"Err....saya Azhiera Al'Amien Khaizo.. Berusia 2 tahun..." Ujar seorang kanak-kanak perempuan dengan nada malu.
"Nama abang Alif Haikal Al'Azahar.. Umur 23 tahun..." Ujar Alif membalas pengenalan mereka.
"Azryan Al'Hafez 23 tahun,salam pengenalan..." Azryan turut mencelah sambil tersenyum.
"Jadi abang berdua ni dari negara Mentari? Cool!" Ammar mencelah dan Emillia hanya menggelengkan kepala melihat perangai adiknya.
YOU ARE READING
CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™
FantasyDunia selepas perang telah lama berlalu,jadi keadaan menjadi aman. Ikhwan diangkat sebagai lagenda baru,negara-negara luar semakin gerun dengan kekuatan negara Mentari. Namun masih ada lagi yang tidak berpuas hati dengan keamanan,berusaha untuk meng...