CHAPTER 153 : TWIN RAMPAGE

662 88 6
                                    


Letupan yang kuat berlaku,Hafez melompat berpusing ke belakang sebelum mendarat kemas. Zombie dan makhluk hitam legam masih mara,namun benda itu berhenti bergerak dan hancur seperti debu.

Fasha menarik pedang menjadi normal semula,dia terkebil-kebil menyaksikan apa yang berlaku. Erica,Jeanne dan Sakuya berpandangan.

"Apa yang berlaku?" soal Sakuya.

"Jangan tanya saya.." balas Jeanne.

"Awak tahu sesuatu Hafez?" soal Erica menoleh ke arah Hafez.

"Aku harap aku tahu..." jawab Hafez.

Pada masa yang sama juga,Luqman dan Aminudden berdiri sambil menghadapi antara satu sama lain. Mencari jawapan untuk fenonema tadi,bercantum tubuh?

"Aku tak boleh nak berfikir..." ujar Luqman.

"Aku pun sama... Apa yang berlaku?" soal Aminudden serabut.

"Aku dan kau gabung badan?" soal Luqman kehairanan.

"Jangan tanya..." balas Aminudden.

"Tapi boleh tahan kuat gak kan?"

"Urghhh... Jangan suka sangat,aku bukan gay..."

KUKK!!

"GAY KAU! KITA CANTUM BADAN BUKAN CUCUK JAMBAN BABI!!" Luqman berkata dengan bengang,sambil memandang Aminudden yang mencangkung memegang kepalanya tumbuh benjol berasap.

"Kau tak perlu ketuk aku!" ujar Aminudden menahan sakit.

"Kau patut kena lebih dari tu.." balas Luqman pula menggelengkan kepala.

Tiba-tiba bunyi seperti lagaan pedang kedengaran,membuatkan Luqman dan Aminudden memandang ke satu arah.

KRAANG!!

KTANG!!!

ZTANG!!

Lagaan pedang berlaku di antara Alia dan Mercury,Alia muncul dari belakang lalu melepaskan tembakan elemen angin. Mercury tersentak dan menarik pisau yang disisip pada pinggang,lalu menangkis dengan mudah.

Alia mengalirkan api merah dan mengejutkan Mercury,semburan api kuat mengenai tubuh Mercury dan menolaknya ke belakang menyeret. Mercury hanya menghela nafas pendek,sebelum melibas memadamkan api tersebut.

Alia hanya memerhatikan sahaja,Aila pula yang berada di sebelah turut berbuat demikian. Pedang katana digenggam erat,Alia pula melenyapkan pedang disimpan semula.

"Kau simpan pedang kau?" soal Mercury.

"Ya.. Jadi apa? Ada masalah?" soal Alia.

"Kau nak lawan tanpa guna senjata? Hilang akal?" soal Mercury lagi,Alia tersenyum dan penumbuknya diselubungi api merah.

"Kau tak tahu apa-apa..." balas Alia.

Mercury tersentak sebelum bersiap-sedia,suasana menjadi tegang dan Aila mengangkat sedikit pedang ke atas. Alia pula merendahkan posisi badan,api marak dan sekelip mata Alia sudah berada di belakang Mercury.

ZTANGG!!!

Tumbukan Alia ditahan oleh Mercury,tumbukan Alia begitu kuat sehingga Mercury menyeret ke belakang sedikit. Namun Aila sudah meluru ke arahnya,Mercury mendecih dan back-flip untuk mengelakkan dari diserang oleh Aila.

Alia merapatkan kedua-dua tapak tangannya,kemudian api marak keluar dari permukaan tapak tangannya. Alia menjarakkan semula tangannya,api marak menyelubungi kedua-dua penumbuk Alia dan membentuk sarung tangan berwarna merah jalur keemasan.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now