CHAPTER 131 : SHE'S WHAT? HUH?

613 78 2
                                    


Ikhwan memegang sebiji orb warna gelap keunguan,Nao turut bersama ditemani Luqman,Aminudden,Zareena dan Intan. Mereka semua berada di satu tempat,di kawasan luar kota.

"Apa yang kita nak buat dengan orb ni?" soal Luqman.

"Hancurkan.." jawab Ikhwan pendek.

"Eh?? Macam tu je?" soal Aminudden.

"Kalau tak nak buat apa? Main guli?" kata Ikhwan selamba dan mereka berdua terus terdiam.

"Kenapa tak hancurkan terus je?" soal Nao.

"Kamu gila ke? Nak hancurkan negara ni?" kata Ikhwan.

"Kenapa uncle kata macam tu pula?" Intan bertanya ingin tahu.

"Orb ni mewakili soul salah satu dari empat raksasa tu.. Setiap orb mempunyai tekanan kuasa yang amat besar..." jelas Ikhwan dan Zareena menyedari sesuatu.

"Erti kata lain,ia seperti sebutir bom nuklear?" Zareena menduga.

"Bingo! Betul kata Zareena tu,jadi kita ken ke angkasa lepas..." jelas Ikhwan tersengih dan mereka semua kecuali Nao,terdiam kemudian memandang ke arah Ikhwan.

"HA???!"

Reezal membaca laporan dan maklumat dari monitor dekstop,dia hanya fokus selesaikan kerjanya. Tidak lama lepas itu dari tingkap sebelahnya,Reezal nampak sebuah kapal berlepas ke udara.

 Tidak lama lepas itu dari tingkap sebelahnya,Reezal nampak sebuah kapal berlepas ke udara

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kapal yang dimaksudkan

"

Ha?" Reezal hanya mampu tersengih berpeluh.

Kapal armada berwarna kelabu merah terbang ke arah langit,Ikhwan hanya tersengih di kawasan kokpit. Juruterbang hanya mampu pasrah,Luqman dan yang lain kawasan penumpang sekadar mendiamkan diri.

"Kalau tak buat gila tak sah orang tua ni.." ujar Luqman pasrah.

Akhirnya kapal itu kini berada di kawasan langit yang amat tinggi,juruterbang itu hanya menoleh ke arah Ikhwan. Luqman dan Aminudden hanya memerhatikan keadaan luar,Nao dan Intan teruja melihat permandangan di luar.

"Okay guys.. Masa untuk keluar.." ujar Ikhwan muncul menjengah dari pintu bilik tersebut.

Luqman dan yang lain hanya mengikut sahaja,kini Ikhwan bersama Luqman dan Aminudden. Intan dan Zareena serta Nao,mereka berada di luar kapal. Sebiji bola orb itu diperhatikan,Ikhwan memandang ke arah yang lain

"Luqman kamu sedia tembak okay kalau orb ini uncle baling ke luar atmosfera.." ujar Ikhwan dan Luqman hanya sekadar mengangguk sahaja.

"Sedia.. Baling!!!" Ikhwan terus baling dengan deras orb tersebut,terbang laju sehinggakan ke luar kawasan atmosfera.

Luqman pula hanya menghasilkan kilat kemudian dibentuk menjadi lembing,dia menarik nafas panjang dan dihelakan kemudian terus merejam lembingnya. Semua yang berada di situ memerhatikan lembing itu terbang laju,gelagat mereka diperhatikan oleh juruterbang kapal tersebut dengan pasrah.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now