CHAPTER 49 : THING CHANGES ESCALATE SO QUICKLY

864 83 5
                                    


OZMANDIYAS berdiri di sebalik kaca transparen dan wajahnya penuh dengan emosi,tangannya menggigil dan rambut panjangnya diusap. Mukanya ditekup dan berpeluh kemudian bayangan gelap,hanya menunjukkan satu anak mata yang amat besar merenungnya.

Pada waktu itu dia terjatuh melutut sebelah kaki,nafasnya termengah-mengah dan wap udara keluar dari mulutnya. Mukanya berpeluh-peluh bagaikan dikejutkan dari mimpi ngeri,dia mengetap gigi dan menumbuk lantai dengan perasaan yang geram.

DUUUSSH!!

KRAANG!!

Lantai hancur dengan teruk sekali,Ozmandiyas bangkit masih termengah-mengah kemudian dia tersengih teruja. Wild Gunz daripada jauh memerhatikan Ozmandiyas,dia hanya diam tidak berkata apa-apa.

HOSPITAL NEGARA MENTARI

Aurora masih lagi ditahan pihak hospital,semuanya atas arahan Nurul untuk melakukan sekali lagi pemeriksaan. Alif setia menemaninya di wad,Alif ketika itu mengupas kulit buah. Aurora hanya memerhatikan Alif tanpa berkerdip mata,tanpa disedari dia tersenyum sendirian.

"Apa?" soal Alif tersengih kehairanan.

"Tak ada apa... Cuma tak sangka sudah 6 bulan kita berkenalan..." jelas Aurora.

"Ye ke? Rasa macam lama..."

"Ya.. Sejak pertama kali kita kenal..."

"Ah... Masa awak buat saya pegang dada awak tu?"

"Tolong lupakannya,saya minta maaf..."

Alif hanya ketawa kecil melihat Aurora mukanya merah padma,malu dan Alif teringat kali pertama dia berkenalan dengan Aurora. Masa itu tiada bibit-bibit cinta di antara mereka,seringkali bergaduh dan Alif tersentak mengingati semula ketika Aurora hilangkan diri.

"Aurora.." Alif memegang tangan Aurora,gadis itu hanya memandang tepat ke anak mata Alif.

"Tolong,jangan hilangkan diri... Jangan fikir semua yang terjadi pada saya,adalah kesalahan awak..." ujar Alif menggenggam tangan Aurora.

"Saya tahu awak akan salahkan diri sendiri,atas apa yang berlaku...Skull Wing dan lain-lain..." kata Alif lagi dan Aurora hanya mampu terdiam,matanya mula berkaca.

"Awak tahu? Sejak kali pertama kita bertemu,saya dah jatuh cinta pada awak..." jelas Alif dan Aurora terkedu.

"Senyuman awak,mata awak...semua tentang awak buatkan saya semakin sukakan awak..." ujar Alif lagi menghampiri Aurora,kini dia berada di birai katil betul-betul di hadapan Aurora.

"A-Alif...." Aurora mukanya merona merah,nafasnya mula deras dan Alif merapatkan wajahnya. Malah bibir mereka hampir bertaut,Aurora memejamkan matanya.

"Hey Alif,you here?" soal Qatariz muncul dengan tiba-tiba dari tingkap hospital,itu membuatkan perbuatan pasangan tersebut terhenti.

"Ah....ouh...okay,sorry..." Qatariz kembali terjun dari tingkap tersebut.

"QATARIZ!! YOU FUCK OFF!!"

"HEY SINI HOSPITAL DIAM LA!!" Nurul memberi amaran.

"Dia yang nasihatkan pun menjerit.."

Qatariz sekadar tersengih sambil ketawa kecil,tapi seseorang muncul mengetuk kepalanya. Apabila ditoleh orang itu ialah Ikhwan,raja naga hanya menyilangkan tangan pada dada sambil menggelengkan kepala. Qatariz hanya tersengih sahaja,kemudian mengusap kepalanya yang baru diketuk oleh Ikhwan.

"Maaf..." ujar Alif dan Aurora menggelengkan kepala.

"Uh-hum... Bukan salah awak.." balas Aurora tersenyum dan Alif terpana dengan senyuman manis Aurora.

"Yeah... Hehe..." Alif hilang kata-kata.

"Hey Alif..." Aurora memanggil nama pemuda itu lagi,Alif sekadar memandangnya.

"Boleh kita teruskan?" soal Aurora dan Alif terkejut kemudian tersenyum.

"Sure..." balas Alif dan sekelip mata,mereka bertaut bibir sambil berpelukan satu sama lain.

Azryan dan Raisyah yang turut berada di situ hanya diam,duduk di luar kerana mereka nampak apa yang berlaku sebentar tadi sebelum diganggu oleh Qatariz.

"Bila masa hubungan mereka sejauh itu?" soal Raisyah.

"Beat me... Aku tak amik port sangat benda macam ni..." jelas Azryan.

"Sebab itu awak tak ada girlfriend..." bidas Raisyah selamba.

"Ek eleh minah sorang ni,emo lebih la kau..." kata Azryan bengang.

"Kak Agnez sejak sampai negara ni,batang hidung tak nampak... Dia pergi mana ya?" soal Raisyah mengubah topik.

"Kau ingat aku kaunter pertanyaan,tahu semua perkara?" soal Azryan menjelingnya.

"Saya tanya je,tak tahu cakap tak tahu..." Raisyah membalas dengan menjelir lidah ke arah Azryan.

Azryan sekadar menggelengkan kepala,melihat perangai Raisyah yang seperti budak-budak itu. Azryan tertanya-tanya betul ke Raisyah di sebelahnya adalah organisasi pembunuh?

"Perangai kau macam budak-budak,betul ke kau ni pembunuh? Ke berlakon je..." ujar Azryan dan Raisyah segera menarik pisau di sisipkan pada pinggang.

TUSSHH!!

"Nak cuba?" soal Raisyah sebaik menikam dinding sebelah.

"Nice move... I think I'll pass..." ujar Azryan mengangkat tangan tanda mengalah.

Alif dan Aurora berbalas renungan,Alif melekatkan dahinya pada dahi Aurora. Tangan Alif mengusap bahu Aurora,mereka berpelukan dan waktu bagaikan berhenti. Seolah-olah hanya mereka berdua sahaja di dunia,Ikhwan dan Qatariz pula berbalas pandangan kemudian mengangguk serta beredar meninggalkan kawasan hospital.

Pada waktu yang berbeza di satu tempat yang agak sunyi,sebuah rumah di kawasan pedalaman dan seseorang berjalan ke arah rumah tersebut. Ikhwan berjalan tenang sambil memerhatikan keadaan sekeliling,beberapa raksasa mengintai dari dalam gelap. Qatariz hanya berdiri di atas dahan pokok gergasi,memerhatikan Ikhwan yang bersama Agnez menghampiri rumah tersebut.

"Aku nak kau jaga budak tu,boleh kau lakukan untuk aku?" soal Ikhwan menoleh ke arah Agnez.

"Saya menurut arahan tuanku..." ujar Agnez menunduk hormat.

Ikhwan hanya tersenyum kelat dan mengeluarkan orb berwarna ungu kristal,Agnez menarik nafas pendek kemudian tubuhnya berubah menjadi naga dan bercahaya ungu lalu memasuki orb tersebut. Ikhwan mengetuk pintu dan terbuka,seorang pemuda terkejut dengan kehadiran.

"Hey Zhahrin.." ujar Ikhwan menyapa.

"Sixth?" pemuda bernama Zhahrin terkejut.

"Baiklah... Agnez... I'll leave that child to your care..."

Selesai urusan di situ dengan segera Ikhwan dan Qatariz beredar,mereka seperti tergesa-gesa dan tiba di satu kawasan. Mereka bersembunyi dan menunggu sasaran,hadapan Ikhwan dan Qatariz adalah tanah lapang. Ikhwan dan Qatariz dikejutkan dengan bunyi kaki berderap,akhirnya kelihatan dua orang pemuda.

"Kau pasti sini tempatnya?" soal salah seorang pemuda itu sebaik tiba di kawasan tersebut.

"Jangan risau,port clear ni... Jangan risau la..." balas rakannya.

"Apa yang berlaku sebenarnya?" soal Qatariz sambil memerhatikan dua orang pemuda itu,wajah mereka salah seorang cengkung tidak bermaya.

"Sini adalah tempat jual beli dadah.." jelas Ikhwan.















CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now