CHAPTER 80 : WHO IS HE?

812 81 10
                                    


Puluhan demon menyerang sebuah bandar besar,para orang awam melarikan diri dan dalam kekecohan seseorang berkerudung sedang berdiri di sebuah bangunan. Menyaksikan keadaan tersebut,rumah terbakar,bangunan runtuh dek rempuhan demon gergasi.

Individu yang berkerudung itu hanya sekadar berpaling,lalu senyuman sinis terukir di bibirnya dan dia hilang ditelan bayang kegelapan.

Pesawat hitam menyusur laluan angin,Alif mengemudi kapal sambil ditemani oleh ibunya iaitu Rafaela. Aurora pula turut berada bersama,hanya Azryan sekarang menemani Raisyah.

"Can you stop looking at me like that?" soal Raisyah menyedari Azryan merenungnya bagaikan ingin memakannya.

"Why are you here Raisyah?" soal Azryan pula.

"Apa yang awak maksudkan?" soal Aurora.

"Saya rasa awak tahu maksud saya..." kata Azryan menyilangkan tangan pada dada.

"Fine,saya minta maaf okay?" ujar Raisyah.

"Tak ikhlas langsung..." bidas Azryan.

"Apa yang awak nak sebenarnya?" soal Raisyah mula meluat.

"Beritahu saya,siapa sebenarnya awak?" soal Azryan masih sangsi.

"Saya adalah kesatria dari Hawk Nation..." ujar Raisyah dan dia terkejut,kerana Azryan hanya merenungnya dengan aura menakutkan.

"Fine.... Saya beritahu awak..." jelas Raisyah sambil mengeluh.

"Good..." kata lelaki di hadapan dia,Raisyah hanya mampu mendecih.

"Saya adalah kesatria wanita dari negara Hawk berpangkat Valkryie,tujuan saya pada awalnya untuk memerhatikan Aurora.." jelas Raisyah.

"Jadi tujuan sekarang?" soal Azryan.

"Saya ingin mendapat misi baru,untuk menangkap wanita itu.." ujar Raisyah mengeluarkan telefon pintarnya,lalu ditunjukkan gambar Mariana.

"Siapa pula perempuan ni?" soal Azryan.

"Mariana de'Lance,dia pernah berkhidmat dengan Valkryie Hawk dalam tempoh lima tahun... Tetapi dia hilang selepas membunuh putera kedua negara Hawk..." jelas Raisyah.

"Mariana d'Lance.. Penjenayah ni ke?" soal Azryan mengeluarkan tabletnya,menunjukkan nilai buruan Mariana d'Lance.

"Bagaimana awak boleh ada senarai wanted?" soal Raisyah.

Senarai Wanted,ia adalah senarai yang ada pada setiap Pemburu Ganjaran atau lebih senang dipanggil Bounty Hunter.

"Nampaknya awak juga adalah Bounty Hunter?" soal Raisyah.

"Itu dulu..." jelas Azryan.

Raisyah hanya sekadar mengangguk,kemudian Azryan menghela nafas pendek. Azryan menghulurkan tablet tersebut padanya,Raisyah terkejut dan memandang muka Azryan.

"Saya dah lama tinggalkan kerja tu,awak ambillah sebab masih ramai penjenayah di luar sana.." ujar Azryan.

Raisyah mengambilnya yang pada mulanya terasa serba-salah,namun atas sebab tidak mahu kecewakan Azryan. Dia mengambil keputusan untuk menerimanya,Azryan hanya tersenyum sahaja.

"Raisyah,dengar nasihat saya.. Jika berdepan dengan penjenayah yang terlalu kuat untuk awak tangani,tolong berundur.. Tolong sayang nyawa awak tu..." ujar Azryan merenung anak mata Raisyah.

Raisyah tiada jawapan untuk membalas,Azryan bingkas bangun dan beredar meninggalkan Raisyah yang kematian kata-kata. Gadis itu menoleh ke arah Azryan yang beredar pergi,kenapa Azryan nasihat dia seperti itu.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now