CHAPTER 29 : HE'S GOT PLAN?

1K 94 0
                                    

Sebuah kafe yang agak lengang...

"I see...kau berjaya bawa balik..." ujar Azryan.

"Yeah,caranya rahsia.." kata Alif tersenyum hanya menampakkan bahagian mulut.

"Macam tu... Tapi kenapa kau lebam-lebam ni?" soal Azryan menuding ke arah wajah Alif yang penuh dengan lebam.

"Ahaha,aku tersadung..." jawab Alif berdalih.

Azryan mengangkat sebelah kening,dia dapat rasa yang Alif menipu. Azryan memandang ke arah Aurora,gadis blonde itu duduk bersendirian dan air mukanya jelas tengah geram.

"Apa yang sebenarnya berlaku?" soal Azryan ingin tahu.

"Satu hari nanti aku beritahu,sekarang memang tak leh la..." jawab Alif dan bangun dari kerusi.

"Ha?" Azryan bingung dengan jawapan sahabatnya itu.

"Aku nak jumpa Sixth,kau tolong temankan kesayangan aku ya?" Alif berkata sambil mengusik Aurora yang mendiamkan diri sahaja dari tadi.

Alif dan Aurora berbalas tenungan mata,Aurora merah mukanya dan tidak berani memandang Alif dengan lama. Alif tersengih dengan reaksi Aurora,kemudian dia beredar sebaik membayar bil di kaunter juruwang.

"Kesayangan?" Azryan pula bingung kali ini,tak boleh masuk kepala langsung apa yang Alif katakan.

Sebuah bangunan kedutaan Mentari di negara Sakura,Alif mendongak dan memerhatikan keadaan bangunan tersebut. Alif mengangguk dan melangkah menuju ke pintu utama,namun seseorang menghalangnya.

"Eh?" Alif kehairanan.

"Maaf ada urusan apa kau datang ke mari?" soal seorang pengawal,air mukanya begitu angkuh.

"err..saya ingin bertemu dengan Sixth,Ikhwan Syah Al'Solleh..." jawab Alif.

"Ada bukti menyatakan kau kena berjumpa dengannya hari ini?!" soal pengawal itu dan Alif terasa nak tumbuk pengawal ini.

"Sejak bila masuk ke bangunan ni kena ada bukti bagai ni ha?" soal Alif kehairanan sambil mukanya jelas mengejek pengawal itu.

"Kurang ajar!" pengawal itu mula mengangkat tangan.

Alif menghela nafas dan tangan pengawal itu dikilas,Alif buatkan pengawal yang biadab cium dinding. Pengawal itu cuba melepaskan diri,namun kuncian tangan Alif lebih kuat.

"Aku bagi kau dua pilihan,beri aku masuk atau tangan patah...?" soal Alif dengan nada yang sedingin air batu.

"Oi Lif,apa kau buat tu.." Aminudden muncul sambil menegur dengan selamba.

Alif melepaskan kuncian tangan,pengawal itu mengurut tangan sakit dengan kuncian Alif yang kuat. Sedar dengan kehadiran Aminudden,pengawal itu menundukkan kepala tanda hormat.

"Apahal ni?" soal Aminudden ingin tahu.

"Takde apa sangat la.. Cuma sesi suai-kenal je.." jawab Alif selamba.

"Ye ke? Yang aku nampak dia cuba nak serang kau?" soalan Aminudden membuatkan pengawal itu berpeluh.

"Dah la,putera bongsu ada? Aku nak jumpa dia..." ujar Alif dan Aminudden hanya mengangguk sahaja.

"Okay kau ikut aku,rasanya dia ada kat dalam bilik kerja dia..."  jawab Aminudden melangkah masuk,Alif hanya mengekori dari belakang.

Pintu bilik dibuka dan Alif terkejut,kerana dua muka seiras sedang berbicara. Cuma beza pada rambut sahaja,seorang rambut hitam dan seorang berambut putih. Reaksi mereka serupa dan sebaik kehadiran Alif disedari,mereka berhenti dari terus berbual.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now