Luiz Morgan dan Merlin berada di hadapan sebuah runtuhan lama,jauh di pedalaman hutan belantara amazon. Simbol lambang kegelapan tertera di hadapan pintu masuk,Luiz dan Merlin berbalas pandangan."Jadi sini la ye?" soal Luiz.
"Yup,sini la.. Siapa yang kau nak bebaskan?" soal Merlin.
Luiz tidak berkata apa-apa dan terus melangkah masuk ke dalam runtuhan tersebut,tempat itu adalah penjara bagi penjenayah yang berbahaya sejak zaman selepas perang Iskandar dan Marvus. Luiz tidak memberikan reaksi terhadap daya kuasa gelap yang cuba menguasainya,dia sekadar memetik jari dan daya kuasa itu terus lenyap.
Luiz berhenti di hadapan batu yang seperti batu nisan,dia menyentuh batu tersebut dan kata-kata mentera termeterai. Batu itu terus hancur menjadi debu,muncul seorang lelaki berpakaian serba merah dan hitam. Mukanya ditutupi kerudung yang sedia,matanya mula dibuka.
"Ernoul The Slayer..." ujar Luiz.
"Luiz Morgan..." kata lelaki bernama Ernoul.
"Sudah lama tak berjumpa..." kata Luiz.
"Ya... Sejak Merlin tikam belakang aku..." ujar Ernoul merenung Merlin.
"Hey,bukan kau seorang sahaja dikurung okay?!" Merlin berkata sambil merenung Ernoul.
"Aku peduli apa?" Ernoul membidas.
"Ernoul!!"
"Merlin..."
"That's enough...." ujar Luiz dan aura bunuh dikeluarkan,menyebabkan mereka berdua tersentak.
"Faham?" soal Luiz lagi dan Merlin mengangguk,Ernoul pula hanya mendiamkan diri.
Luiz tidak berkata apa-apa dan terus melangkah keluar dari situ,Merlin dan Ernoul hanya mengekori tanpa soalan.
Apa rancangan Luiz sebenarnya?
Merlin sendiri tidak dapat mengagak,kerana Luiz sukar dibaca dan diramal. Seseorang menunggu di luar dan Luiz hanya merenungnya sahaja,Merlin dan Ernoul sekadar mendiamkan diri dari belakang.
"Luiz Morgan..?" soal lelaki itu.
"Jika ya kenapa?" ujar Luiz.
"Izinkan saya sertai tuan..." kata lelaki itu dan Merlin terkejut,manakala Luiz memerhatikan sahaja lelaki itu.
"Siapa nama kau?" soal Luiz.
"Lijart The Shadow..." jelas lelaki itu.
"Sahdo clan huh?" soal Luiz.
"Ya tuan... Saya perlukan bangkitkan semula Shado Clan,jadi jika dengan berkhidmat dengan tuan itu caranya... Jadi izinkan saya...." ujar Lijart dengan pandangan mata yang penuh kemarahan.
"Jika begitu... Baiklah...." kata Luiz dan Merlin hanya tersenyum seribu makna.
"Mana seterusnya?" soal Merlin.
"Kubur pahlawan yang mati akibat khianat.." ujar Luiz.
"Gerbertus The Scar..."
===================
Alif dan yang lain berjaya menyelamatkan diri,kini mereka berada di sebuah negara penuh dengan salji. Winter Nation kerana di negara itu,hanya musim sejuk dan salji penuh di merata tempat.
"Pergh.... Seejuukkkk..." ujar Alif memeluk tubuh dan wap keluar dari mulutnya.
"Ada apa kita ke sini?" soal Rachel.
Rafaela hanya mendongak dan sebuah helikopter muncul,mendarat di hadapan mereka dan sebaik pintu terbuka. Seseorang melangkah keluar dan Aurora terkejut,kerana dia mengenali orang itu.
YOU ARE READING
CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™
FantasyDunia selepas perang telah lama berlalu,jadi keadaan menjadi aman. Ikhwan diangkat sebagai lagenda baru,negara-negara luar semakin gerun dengan kekuatan negara Mentari. Namun masih ada lagi yang tidak berpuas hati dengan keamanan,berusaha untuk meng...