CHAPTER 54 : EVERYTHING IS COMPLICATED

845 82 3
                                    


OZMANDIYAS berdiri memerhatikan sebuah balang gergasi,berisi susuk tubuh manusia? Namun tidak jelas kerana dihalang kegelapan,Ozmandiyas berada di sebuah bilik makmal yang gelap. Matanya merenung dingin ke arah balang kapsul gergasi itu,Meteora mengintai dari luar bilik makmal dengan perasaan cemburu.

Meteora tidak tahan dan segera beredar dari situ,dia terserempak Altera dan mereka berbalas renungan. Meteora mengetap gigi dan mendecih,lantas dia terus melangkah pergi sambil diperhatikan Altera.

Ozmandiyas hanya memerhatikan tubuh di dalam balang gergasi itu,dari bentuk tubuh badan itu adalah susuk tubuh seorang gadis. Tapak tangannya dilekap pada dinding balang tersebut,wajah gadis yang memejamkan mata tidak menunjukkan reaksi ditatap lama oleh dia.

"Ianya tidak lama,bersabarlah..." ujar Ozmandiyas.

Apakah yang dirancangkan oleh Ozmandiyas?

Siapakah perempuan yang berada di dalam balang kapsul gergasi itu?

❄️❄️❄️❄️❄️

Alif hanya menghela nafas pendek,dia memandang ke luar tingkap. Mereka berempat sekarang duduk di sebuah rumah milik keluarga Alif,biarpun sudah lama ditinggalkan tetapi keadaan rumah itu seakan dijaga.

"Saya puji rumah ini baru seperti dijaga rapi..." ujar Aurora dan Azryan menjeling ke arah Alif.

"Rumah ni dijaga oleh pihak istana,Siddiq kata arahan Sixth..." jelas Alif memandang ke arah mereka.

"Kenapa pula?" soal Raisyah ingin tahu.

"Negara Mentari menjaga kebajikan para rakyat dan kesatria mereka... Jadi tak hairan jika kita dengar macam tu..." jelas Azryan.

"I see...." Raisyah berkata sambil jarinya diletakkan pada pipi kirinya.

"Lupakan pasal tu,jadi apa rancangan kau Alif?" soal Azryan menoleh ke arah rakannya.

"Kita tak boleh lama di sini,silap-silap mereka akan serang sini..." ujar Alif bangun dari duduknya.

"Apa salahnya mereka serang sini..." satu suara menegur dan pintu rumah terbuka.

Ikhwan muncul bersama Alisa,Farhan serta Khaizo menyusul. Alif dan Azryan serta yang lain terdiam melihat kehadiran mereka,Aurora dan Raisyah memandang Alisa.

"Sixth... Apa yang tuan buat di sini?" soal Alif.

"Aku saja nak jumpa kamu semua,dengar dah nak gerak...?" soal Ikhwan tersenyum.

"Ya..kami tak tahu bila Skull Wing akan datang lagi.." jelas Azryan.

"Biarkan mereka datang,negara Mentari bukan sembarangan..." Farhan mencelah.

"Tapi... Ini masalah kami..." ujar Alif pula.

"Ia dah jadi masalah semua negara dan satu dunia..kami dapat tahu Skull Wing ingin hancurkan semua manusia..." jelas Ikhwan.

"Bagaimana tuan tahu?" soal Raisyah tidak percaya.

"Jangan pandang rendah pada skill penyiasatan kami..." Khaizo menyampuk dari tepi.

Alif hanya menghela nafas pendek,dia menekup mukanya kemudian tersenyum kelat. Dia memandang ke arah Ikhwan yang sedang tersengih,Alif tahu jika dia berdusta sekalipun tidak mungkin dapat menyingkirkan Ikhwan dari hal mereka.

"Nampaknya kita tak boleh buat apa... Jika kita lari senyap-senyap pun.. Mereka akan dapat kejar.." Alif berkata sambil tersengih.

"Kalau kau faham baguslah... Qatariz sekarang masih menyiasat,jika kamu semua ingin bertolak sekarang juga tiada masalah rasanya...." jelas Farhan memeriksa telefon pintar visual miliknya.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now