CHAPTER 72 : THREE VS THREE

887 87 4
                                    


OZMANDIYAS berdiri di hadapan cermin kaca,dia menatap sesuatu dan di hadapan ada sebuah balang kaca gergasi. Ozmandiyas memandang ke arah individu yang berada di dalam balang kaca tersebut,seorang wanita berambut hitam perang bagaikan sedang tidur.

Lelaki berambut panjang itu hanya mendiamkan diri dan terus memerhatikan wanita itu,Meteora hanya memandang Ozmandiyas dari jauh. Mariana juga turut bersamanya,dia tidak faham kenapa ketuanya betul-betul mengambil berat insan di dalam balang kaca itu?

"Hey Meteora..." sapa Mariana dan Meteora menoleh ke arahnya.

"Aku tak nak tanya,tetapi siapa orang dalam balang tu?" soal Mariana lagi.

Meteora hanya memerhatikan Ozmandiyas,Mariana pula inginkan penjelasan. Meteora menghela nafas pendek kemudian menoleh ke arah Mariana,dia memandang Mariana tanpa sepatah kata-kata.

"Apa yang aku tahu,gadis itu mempunyai hubungan dengan Ozmandiyas... Dia jatuh sakit semasa perang di antara manusia dan demon... Sejak hari itu gadis itu tidak sedarkan diri..." jelas Meteora.

"Itu memang menyedihkan..." ujar Mariana dan Meteora hanya tersenyum kelat.

Meteora tidak menunggu lama kemudian dia segera beredar,Mariana menyusul dari belakang dan mereka berdua meninggalkan Ozmandiyas sendirian. Rowan muncul di sebelah kiri Ozmandiyas,ketua Skull Wing menjeling ke arahnya.

"Rowan,bagaimana dengan perancangan kita?" soal Ozmandiyas.

"Hanya tinggal 25 percent,jika tiada gangguan.." jelas Rowan.

"Berapa lama masa diperlukan...."

"Jika tiada masalah,ia mengambil masa sebulan..."

Ozmandiyas hanya mendiamkan diri sebaik mendengar jawapan daripada Rowan,dia terus menghentak cermin kaca itu dengan kuat. Rowan terkejut namun tekanan cermin itu,amat kuat dan tidak hancur dengan mudah.

"Ketua! Tolong Bertenang!" ujar Rowan dengan tegas.

"Ah.. Maaf,aku tidak dapat kawal perasaan..." ujar Ozmandiyas menekup mukanya.

"Aku tahu kau kecewa,tetapi untuk jayakan rancangan ini...KAU KENA BERSABAR DENGAN LEBUH LAMA..." Rowan memberi peringatan dan Ozmandiyas tidak berkata apa-apa,Rowan hanya menghela nafas pendek.

"Aku mohon beredar..." ujar Rowan dan segera meninggalkan Ozmandiyas sendirian.

Ozmandiyas tidak berkata apa-apa,cuma memerhatikan wanita di dalam balang kaca itu. Ozmandiyas mengepalkan penumbuknya sekuatnya,dia menahan marah dan menarik nafas panjang kemudian dihelakan dengan teratur. Saat dia melepaskan keluhan dengan tiba-tiba,dia mula hilang keseimbangan dan hampir terjatuh namun dia sempat menahan dengan berpaut pada palang.

"Aku kesuntukan masa!"

🏹🏹🏹🏹🏹🏹🏹🏹

"Hyper Instinct?" soal Alif terkejut dan Rafaela mengangguk.

"Kuasa yang membantu kamu mengalahkan Joker itu dipanggil Hyper Instinct..." jelas Rafaela.

"Apa?" Alif sekali lagi terkejut.

"Ya,untuk mengawal kuasa itu kamu kena..." sebelum Rafaela menghabiskan ayatnya,Alif terus mencelah.

"Sekejap-sekejap,apa yang ibu kata tadi.. Joker? Bukan nama dia Ozmandiyas ke?" soal Alif.

Rafaela menghela nafas pendek,dia berbalas pandangan dengan Rachel. Adiknya mengangguk dan Rafaela kena menerangkan apa yang berlaku serta maklumat terperinci musuh,Aurora turut bersama Alif.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now