Altera P.O.VSuasana yang gelap bagaikan tiada dasar,di mana aku berada sekarang? Adakah aku akan terus jatuh ke dalam,sampai bila aku terus terjatuh.
Aku terapung di tengah-tengah kegelapan,adakah ia di pertengahan?
Aku memandang ke hadapan dan melihat insan serupa aku,Aurora Mikaela yang seperti sedang tidur lena tanpa sebarang masalah.
Aku hanyalah salinan negatif dari dia,wajah serupa namun kebebasan tiada.
Aku ingin bebas
Ingin ketawa..
Ingin rasa dicintai...
AKU INGIN HIDUP NORMAL!!
"Hoi bangun..."
Aku tersentak dan membuka mata,aku sedar ketika ini sedang terbaring. Apabila aku menoleh ke sebelah wajah seseorang terpampang,rapatnya dan dia adalah penyelamat aku.
Ikhwan Syah Al'Solleh.
"Bangun... Kita dah sampai.." ujarnya sambil mengusap kepala aku yang sedang baring.
Aku bangun dari baring dan mengikutnya dari belakang,pintu terbuka dan aku sedar kini aku berada di lapangan kapal terbang.
Rasanya milik peribadi dan sedar Ikhwan menuruni tangga khas,aku terkial-kial mengekorinya dan sedar ada beberapa orang menunggu kami di bawah.
"Welcome Home dear..." ujar salah seorang dari mereka,wanita berambut hitam panjang dan anak matanya kebiruan jernih.
"I'm Home..." ujar Ikhwan mengucup pipi wanita itu.
Aku terpinga-pinga melihat bibit mesra mereka berdua,aku dikejutkan dengan bunyi tapak kaki menuruni anak tangga. Sebaik sahaja aku menoleh dua pasang mata,memerhatikan aku tanpa berkata apa-apa. Salah seorang hanya merenung aku dingin,dan seorang lagi pula tersenyum manis.
Aku mengekorinya mereka sehingga masuk ke dalam kereta jenis MPV,ia agak besar hampir sama dengan bas tetapi rasanya khas untuk keluarga mereka?
"Jangan berdiri je,naik..." lelaki itu menyapa aku dari dalam,aku segera mendaki tangga bas itu tanpa banyak bicara.
Akhirnya kami semua tiba di hadapan istana,aku tidak menyangka mereka semua adalah kerabat diraja. Aku baru perasan lambang pada bendera yang berkibar itu,ia adalah lambang negara Mentari.
"Mari...?" wanita bermata warna biru laut memegang tangan dengan lembut.
"Ah...." aku termangu-mangu apabila wanita itu memandang aku dengan senyuman yang mesra.
"Alisa...berikan dia baju yang sesuai.." Ikhwan menegur dan wanita dipanggil Alisa itu sekadar tersenyum sahaja.
Aku diberi layanan yang baik,mandian dan pakaian cukup diberi. Sebaik sahaja menyalin pakaian yang diberikan,aku melangkah keluar dan Alisa yang sedang duduk menyedari kehadiran aku.
"Waa.... Cantiknya...." ujar Alisa tersenyum kagum.
"Err... Terima kasih...?" jawab aku mengusap belakang kepala.
"Mari.. Ikut saya,suami saya menunggu awak.." jelas Alisa dan aku terkejut sedikit,patutlah mereka mesra seperti itu.
Aku berjalan mengekori Alisa dari belakang,sambil itu aku memerhatikan keadaan istana. Taman bunga yang begitu cantik dan unik,para kesatria begitu formal dan begitu beradab apabila bertemu kami. Sedang aku sedang sibuk memerhatikan kawasan dalam istana,seseorang menghampiri kami berdua dan aku rasakan dia sekitar 20-an ke atas.
"Auntie.." sapa lelaki itu.
"Aminudden,kenapa ya?" soal Alisa.
"Uncle minta auntie bawa dia ke taman di hadapan.." jelas pemuda bernama Aminudden.
"Terima kasih,auntie jalan dulu ya?" Alisa berkata sambil berjalan melepasi Aminudden,aku sekadar mengekorinya sahaja.
Kami berdua berhenti di pintu masuk taman yang dimaksudkan,kelihatan dari jauh Ikhwan sedang duduk di sebuah pondok bersendirian. Alisa sekadar melangkah menuju ke arah Ikhwan berada,aku pula hanya menyusul sahaja.
"Silakan duduk..." pelawa Ikhwan sebaik menyedari kehadiran aku.
Aku hanya mampu mengangguk dan segera duduk di kerusi yang disediakan,Alisa sudah tentu duduk bersebelahan dengan suaminya. Tidak lama lepas itu muncul seorang wanita,bersama seorang lelaki dan mereka berpakaian seperti orang suruhan.
"Kamu mahu teh atau coklat susu?" soal Alisa.
"Err... Teh? Letak susu...please.." jawab aku teragak-agak.
Dua orang suruhan itu segera menyediakan minuman,bersama makanan ringan dan sekelip mata sahaja siap disediakan. Dua orang suruhan itu mengangguk tanda hormat,lalu mereka beredar dari situ.
"Minum lah sebelum sejuk...makanan dan minuman di sini semuanya lazat..." puji Alisa dan Ikhwan pula sekadar tersenyum sambil menghirup air minumannya.
"Apa tujuan kamu bawa saya ke sini?" soal aku tanpa selindung.
"Saya bawa kamu ke sini untuk jadikan kamu salah seorang dari kami..." ujar Ikhwan meletakkan cawannya.
"Kamu nak jadikan saya orang suruhan kamu?" soal aku lagi.
"Tidak,bukan seperti itu..." jelas Alisa.
"Jadi apa?" soal aku ingin tahu.
"Saya cuma mahu berikan kamu kebebasan..." jelas Ikhwan menyimpulkan jari-jemarinya,aku terkedu mendengar jawapan daripadanya.
"Kenapa awak buat macam tu? Awak tak kenal saya pun!" soal aku mengetap gigi.
"Kenapa? Saya perlukan sebab ke untuk lakukan kebaikan?" soal Ikhwan dan aku terdiam mendengar kata-katanya.
"Altera.. Kamu adalah pisahan kegelapan Aurora dan kamu rasakan tiada makna untuk teruskan hidup jika Aurora hidup benar?" soalan Ikhwan tidak aku mampu jawab,mulut seolah-olah terkunci.
"Kamu salah Altera,kamu boleh bina kehidupan kamu sendiri...di sini.." ujar Ikhwan dan aku mendongak memandangnya.
"Tapi Aurora tidak akan setuju mengenai hal ini..." jelas aku dengan nada yang lemah.
"Untuk pengetahuan kamu,dia yang merayu pada saya untuk selamatkan awak..." jelas Ikhwan dan aku terkejut.
"Dia yang minta?" soal aku tidak percaya.
"Untuk teruskan hidup,adalah pilihan awak Altera Mikaela..." ujar Ikhwan lagi.
Aku tunduk semula kepala dan entah kenapa aku rasa hangat,Alisa yang diam dari tadi bangkit dan duduk di sebelah aku. Dia memeluk aku dan tersentak,Alisa mengusap kepala aku dengan lembut.
"You been through so many pain right? Left alone like nothing..." ujar Alisa memujuk.
Aku mula menggigit bawah bibir,mata aku mula berkaca sebaik mendengar kata-kata Alisa yang hangat dirasai.
"From now on,you will never be alone..." kata Alisa dan aku menangis,Ikhwan sekadar tersenyum sambil menghirup air minumannya.
Taman yang sunyi dipenuhi oleh bunyi tangisan aku.......
Terima kasih.....
Kesunyian hanya berikan kita kesakitan tapi berikan kita kekuatan,tetapi jika kita pilih jalan yang salah..
Hanya kegelapan sahaja sepanjang perjalanan kau...
Pilih jalan kau dengan cermat,masih belum terlambat untuk patah balik...
Update terbaru dah published,sila tekan butang vote dan komen jika ada pandangan yang bernas.
Teruskan menyokong siri ini sehingga penamat chapter.
Your lazy author
WanzenethCiao!
YOU ARE READING
CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™
FantasyDunia selepas perang telah lama berlalu,jadi keadaan menjadi aman. Ikhwan diangkat sebagai lagenda baru,negara-negara luar semakin gerun dengan kekuatan negara Mentari. Namun masih ada lagi yang tidak berpuas hati dengan keamanan,berusaha untuk meng...