Satu kawasan lembah pergunungan berhampiran hutan,suasana sunyi sepi dan kelihatan haiwan meneguk air sungai. Tetapi kedengaran bunyi dentuman,haiwan yang sedang minum terhenti perbuatannya.KRAANG!!
BRAAM!!!
Haiwan - haiwan yang ada terus lari bertempiaran,sebaik Aminudden terpelanting merempuh pokok di situ. Pokok yang dirempuh terus tumbang,dia mendongak dan Averardus sudah berada di atas udara sambil ingin menghentaknya.
Aminudden terus mengelak dan hentakan tangan Averardus,mengakibatkan rekahan yang amat besar dan teruk di tanah. Averardus mendongak melihat ke arah Aminudden,kemudian pemuda itu mendarat tidak jauh dari Averardus.
"Kenapa kau berundur? Kata nak bunuh aku?" soal Averardus mencabar.
"Jangan nak berlagak orang tua.. Aku hanya menyesuaikan keadaan..." ujar Aminudden mengibas kawasan bahunya.
"Menyesuaikan keadaan? Kau mengarut apa?" soal Averardus.
"Aku tak mengarut.. Aku membaca gerakan musuh.. Seberapa kuat tindakannya mampu aku tahan atau cara untuk menyerang balas..." jelas Aminudden.
"Cukup tu..aku akan tanam kau hidup-hidup.." ujar Averardus terus menumpukan kuasa pada tangan kirinya.
Averardus membongkok seperti merukuk dan tangan kanan,diletakkan buku lima di tanah dan Aminudden menyalakan api birunya. Suasana kembali sunyi dan haiwan-haiwan liar,memerhatikan dari balik semak.
Aminudden dan Averardus terus meluru ke arah satu sama lain,penumbuk Aminudden membara dan penumbuk tangan kiri Averardus bersinar-sinar.
DUUUSSH!!!
Penumbuk mereka berlaga dan menghasilkan impak angin kencang,tanah merekah dan bergegar. Aminudden menyepak dan Averardus menahan kemudian dia mencengkam kaki Aminudden,Averardus terus menghempas Aminudden pada tanah.
Aminudden mengerang kesakitan,dia mengetap gigi dan menujah tapak kaki ke muka Averardus. Pahlawan kegelapan itu terlepas tangannya,kaki Aminudden kembali bebas. Aminudden segera backflip dan tangannya berapi,semakin marak dan Aminudden merenung Averardus tajam.
"FEATHER FLAME!!!!"
ZROOSSHH!!!!
"ERGH!!!" Averardus terseret ke belakang akibat semburan api marak.
Aminudden memandang Averardus yang sedikit hangus bahagian tubuhnya,mereka berbalas renungan tajam kemudian berbalas tembakan libasan kuasa masing-masing.
TUSSH!!
ZRASSH!!!
BRAAMM!!!!!
Aminudden kembali meluru ke arah musuh dengan kelajuan penuh,Averardus pula melagakan kedua penumbuk. Matanya bersinar dan bajunya terus koyak akibat kuasa dalamannya,Aminudden terkejut sebelum tumbukan padu mengenai perutnya.
Averardus bergerak dengan kelajuan sama seperti abangnya,mungkin lebih pantas fikir Aminudden yang melutut kesakitan pada perutnya. Tidak cukup dengan itu Aminudden disepak oleh Averardus,dia tercampak merempuh pokok dan terduduk.
Averardus sekali lagi bergerak pantas dan memberi tumbukan padu,tepat ke muka Aminudden kemudian tumbukan bertubi-tubi berlaku dengan pantas. Averardus memberikan Aminudden kesakitan,Averardus tersengih licik.
"Kau sengih apa?" soal suara dingin dan ia datang daripada Aminudden.
"Apa? Urghhhh!!!!" kata Averardus sebelum sebuku penumbuk,mengenai muka Averardus dan dia pula tercampak.
YOU ARE READING
CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™
FantasyDunia selepas perang telah lama berlalu,jadi keadaan menjadi aman. Ikhwan diangkat sebagai lagenda baru,negara-negara luar semakin gerun dengan kekuatan negara Mentari. Namun masih ada lagi yang tidak berpuas hati dengan keamanan,berusaha untuk meng...