Aminudden diletakkan pada bawah pokok tempat berteduh,V memeriksa keadaan Aminudden sambil diperhatikan oleh Zareena yang sedang risau. V memejamkan matanya kemudian,dia menghela nafas pendek."Tiada apa yang serius.. Dia cuma kehabisan tenaga je.." jelas V.
"Syukur la..." Zareena menghela nafas pendek lega Aminudden selamat.
"AKU TAKKAN KALAH!!!" Aminudden yang sedar dari pengsannya lalu menjerit.
Zareena terkejut dan V pula tergamam serta suasana menjadi senyap seketika,Aminudden pula tersengih dan tangannya pada dada V. Tangan Aminudden seketika meramas dada V,Zareena pula tertunduk wajahnya disembunyikan.
Boin!
"Ah...!" V mengeluh dan segera Aminudden mengalihkan tangannya.
"MAAF!!" ujar Aminudden dan V hanya mendiamkan diri.
"Aminudden Al'Reezal...." ujar Zareena dan Aminudden menelan air liur,lalu perlahan-lahan kepalanya menoleh ke arah kakaknya.
"Sedar sahaja dari pengsan kamu sudah memegang dada kawan kakak.." ujar Zareena dingin dan V hanya membelakangkan mereka.
"Tak kak! Ini salah faham! Saya bukan sengaja..." Aminudden mempertahankan dirinya.
"Tak kira sengaja atau tidak,situ adalah bahagian sensitif wanita!!" ujar Zareena dengan renungan membunuh.
Aminudden menelan air liur,malah apa yang menakutkan lagi adalah Zareena meregangkan jari-jemarinya. Aura bunuh jelas terasa dan Aminudden sudah berpeluh-peluh,dia tersengih kelat.
"Ada kata-kata terakhir?" soal Zareena dan Aminudden hanya mampu tersengih sahaja.
"I'M REALLY SORRY!!!" jeritan Aminudden bergema.
Langkah Luqman terhenti dan Intan pula kehairanan,kenapa abangnya berhenti dari terus berjalan?
"Kenapa ni bang?" soal Intan.
"Abang macam dengar bunyi abang Aminudden kamu tu menjerit..." jelas Luqman.
"Ha? Perasan abang je kot.. Cepat,nanti kalau lambat apa-apa boleh jadi.." kata Intan menarik tangan abangnya.
Satu tempat yang dipenuhi debu,peti kotak berwarna hitam gelap dan seperti peti untuk posmen letak surat. Intan menoleh ke arah abangnya,Luqman mengangguk memberikan kebenaran untuk Intan meleraikan kurungan yang dipasang pada peti tersebut.
Sebaik magis kurungan dileraikan,peti hitam itu segera dibuka. Sebiji bola seperti guli sebesar bola golf,ada kemas diletakkan di dalamnya. Intan mengambil orb tersebut,mereka menyedari kehadiran Zareena dan Aminudden.
V pula telah beredar awal,muka Aminudden yang lebam menjadi tanda tanya pada Luqman. Intan sekadar memeluk lengan Zareena,menunjukkan orb yang mereka berjaya perolehi.
"Look sis! We got this thing!" ujar Intan dan Zareena tersenyum.
"That's good...." kata Zareena pula.
Luiz berdiri sambil memejamkan matanya,bulatan magis sepuluh warna pada dinding di hadapan dia hilang satu warna. Dia menghulurkan tapak tangan pada warna yang baru pudar,kuasa magis hitam diaktifkan dan terhasil patung berwajah Averardus.
"Dua tumbang.." ujar Luiz pendek.
"Tak guna budak perempuan tu!!" jeritan suara kedengaran,membuatkan Luiz memandang ke luar.
Lijart dalam keadaan sedang dirawat,dia meluahkan ketidak puas hatinya. Apa yang lebih malu kalah pada seorang perempuan,dia bersumpah akan cari perempuan dan bunuhnya.
YOU ARE READING
CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™
FantasyDunia selepas perang telah lama berlalu,jadi keadaan menjadi aman. Ikhwan diangkat sebagai lagenda baru,negara-negara luar semakin gerun dengan kekuatan negara Mentari. Namun masih ada lagi yang tidak berpuas hati dengan keamanan,berusaha untuk meng...