CHAPTER 51 : GOLDIE TROUBLE

833 78 4
                                    


"Ha...." Siddiq menyandar pada kusyen mengeluh,Laila pula muncul sambil menghidangkan minuman.

"Abang ni kenapa?" soal Laila duduk di sebelah suaminya.

"Dia terkejut aku ada girlfriend.." balas Alif menuding jari pada Aurora.

"Ouh.. Ah,saya Laila Al'Hazmad.. Salam perkenalan.." ujar Laila.

"Ah.. Saya Aurora Mikaela...selamat berkenalan.." kata Aurora membalas pengenalan diri Laila.

Suasana menjadi janggal kemudian sebaik dua gadis itu,berkenalan dan Alif serta Siddiq pula berbalas pandangan. Aura dingin mereka berlaga ketika mereka berbalas renungan,namun pada masa yang tepat telinga mereka dipiat oleh Aurora dan Laila.

"Aduh!" Alif mendecih.

"Adoi! Sakit yang..." Siddiq mengalirkan air mata.

"Nak bertarung di sini? Jangan nak rosakkan rumah sendiri.." jelas Laila.

Alif hanya menghela nafas pendek,telinganya digosok untuk hilangkan rasa sakit. Sedang dia perhatikan Siddiq dinasihati isterinya,matanya terpandang ke arah bingkai gambar keluarga. Dia terkedu kerana itu gambar ayah dan ibunya,bersama ibu dan ayah Siddiq.

"Alif?" Aurora kehairanan.

"Nampaknya uncle Lee simpan lagi gambar parents aku?" soal Alif dan Siddiq menoleh ke arah bingkai gambar tersebut.

"Ah... Yup,gambar tu ayah aku bagi.. Dia ada salinan original..." ujar Siddiq tersenyum kelat.

"Well tu namanya saudara,biarpun sudah lama tiada mereka tetap diingati..." ujar Alif.

"Kau pasti ke ibu kau dah meninggal?" soalan Siddiq membuatkan Alif terdiam.

Suasana menjadi tegang dan Aurora serta Laila hanya diam,memerhatikan dua orang saudara itu berdiam diri. Tidak lama Alif diamkan diri akhirnya dia mengeluh panjang,Siddiq kehairanan kerana air muka Alif tidak nampak seperti dalam keadaan tertekan.

"Sejujurnya Sid,aku dah lama cari ibu aku.. Tapi hampa,seluruh pelusuk dunia aku cari.. Tapi seolah-olah ibu aku tak bagi aku cari dia..." jelas Alif bangun kemudiannya menghampiri gambar tersebut.

"Alif..." Aurora hanya memerhatikan Alif dari tempat dia sedang duduk.

"Jangan putus asa la bro,mungkin ada tempat yang kau belum sampai..." jelas Siddiq tersenyum menyedapkan hati Alif.

"Mungkin..." balas Alif pasrah.

"Aku fikirkan kau marah ibu kau.." duga Siddiq dan Alif menjelingnya.

"Awalnya aku benci dan marah,tetapi walau bagaimanapun dia adalah ibu aku... Aku nak penjelasan kenapa dia tinggalkan aku macam tu je?" Alif berkata tulus daripada hatinya.

Siddiq tidak membalas kata-kata Alif,dia tahu saudaranya itu rindukan ibunya. Laila hanya memerhatikan mereka berdua,kemudian dia dan Aurora berpandangan selepas berbalas senyuman.

"Saya harap awak jangan tinggalkan Alif..." ujar Laila dan Aurora mulanya terkejut dengan kata-kata Laila,tersenyum sambil mengangguk.

"Bagaimana ayah kau? Sihat?" soal Alif.

"Sihat la,kalau tak kenapa dia merayau luar negara?" ujar Siddiq tidak puas hati.

"Masih merantau? Aku dengar auntie Lana dah kembali,tak terserempak pula..?" soal Alif.

"Lepas Sixth selamatkan dia,ibu aku jarang keluar dan hanya duduk di pejabat dalam istana je kalau masa kerja..." ujar Siddiq.

Alif hanya termangu-mangu mendengar penjelasan Siddiq,Aurora hanya diam kerana dia tidak faham dan tidak boleh masuk dengan apa yang dibualkan oleh dua orang pemuda itu.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now