Satu tempat perkampungan yang di mana rumahnya semua terbakar,penduduk dibunuh dengan kejam tanpa belas kasihan. Manakala di sebuah rumah yang masih lagi utuh,belum dibakar seseorang sedang melutut sebelah kaki. Namun keadaan dia agak parah,dia sedang berhadapan dengan ketua Skull Wing.
Ozmandiyas
"Apa yang kau mahukan ha?!" soal lelaki yang cedera itu,Ozmandiyas berjalan menghampirinya.
"Aku mahukan relic itu..." ujar Ozmandiyas dengan renungan menakutkan.
"Jangan mimpi!!" lelaki itu menekup lantai dan Ozmandiyas terkejut,bongkah ais membeku seluruh kawasan.
Ozmandiyas mendarat dan memerhatikan keadaan kampung mulanya terbakar,dibeku dengan sekelip mata dan Wild Gunz mendarat di sebelahnya. Joker dan Mariana pula mengelak dari terbeku,Meteora pula awal-awal sudah keluar dari kampung itu. Lelaki itu mendarat di hadapan kuasa besar organisasi Skull Wing,Wild Gunz menarik sepucuk pistol namun dihalang oleh Ozmandiyas.
"Buat la apa yang kau mahukan,relic itu takkan jadi milik kau!!" jerit lelaki itu sebelum ditikam dari belakang.
Altera yang dikawal hanya dengan muka tidak berperasaan,menarik semula pedangnya dan lelaki itu terkejut melihat air muka Altera sebelum satu serangan hendap ke arah ahli Skull Wing. Ozmandiyas terkejut kerana serangan itu dia tidak dapat kesan,Altera berjaya mengelakkan diri dan mendarat di sebelah Ozmandiyas.
Seseorang muncul mendarat lembut di tengah-tengah antara lelaki yang parah dan Ozmandiyas serta pengikutnya,Ozmandiyas terkejut sekali lagi kerana orang yang muncul itu ialah seseorang yang dia tidak mahu bertemu.
"Hello Skull Wing leader..." sapa orang itu tersenyum.
"Dragon King..." Ozmandiyas berkata dengan nada mendatar.
"Sixth.... Urgh..." Lelaki itu pula mula rebah dan berjaya ditahan oleh Ikhwan.
"Denzel... Maaf lambat..." ujar Ikhwan pada lelaki bernama Denzel.
"Siapa kau ha?! Mengganggu kerja kami?!" Mariana memekik dan bersama Rowan yang turut sama berada di situ meluru ke arahnya.
Ozmandiyas hanya diam dan Mariana menyerang dari bawah,Joker melompat dan menjunam ke arah Ikhwan dengan laju. Ikhwan pula sekadar merenung tajam,sebelum sesuatu menyerang Mariana dan Joker lalu memaksa mereka kembali ke sebelah Ozmandiyas.
"Siapa?!!" soal Mariana.
Recca dan Felicia mendarat di mana Ikhwan sedang membelakangkan mereka,Denzel dibaringkan dengan lembut pada dakapannya membuatkan Ikhwan sedikit melutut dan menunduk.
"Sixth...." kata Denzel lemah.
"Maaf Denzel,kita kena bawa kau ke hospital.." kata Ikhwan dan Denzel sekadar tersenyum lemah.
"Relic itu..." jelas Denzel.
"Maksud ini ke?" soal Ikhwan menunjukkan benda yang berada dalam genggamannya.
YOU ARE READING
CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™
FantasyDunia selepas perang telah lama berlalu,jadi keadaan menjadi aman. Ikhwan diangkat sebagai lagenda baru,negara-negara luar semakin gerun dengan kekuatan negara Mentari. Namun masih ada lagi yang tidak berpuas hati dengan keamanan,berusaha untuk meng...