CHAPTER 66 : YOU ALREADY DEAD,BUT STILL PAIN IN ASS

844 90 2
                                    


Serangan berbentuk 'X' melekat terukir pada tubuh Dark Knight,pahlawan kegelapan itu berundur beberapa langkah dalam keadaan geram. Dia merenung tepat ke arah pahlawan di hadapannya,Dark Knight menjerit sebelum menguatkan tenaganya. Alif segera pergi ke sebelahnya,Raisyah juga bersiap-sedia untuk serangan balas Dark Knight itu.

"Nampaknya dia tak puas hati lagi..." Alif memegang erat tongkatnya.

Dark Knight diselubungi aura hitam keunguan,mata dia yang kemerahan bersinar dan meluru ke arah Alif serta Raisyah. Alif mengetap gigi dan menerjah ke arah pahlawan gelap itu,mereka berlaga senjata sekali lagi.

Seluruh kawasan bergegar dengan dahsyat,tanah meletus dan merekah serta pokok-pokok yang ada tumbang. Ahli-ahli skuad Raisyah mengelak dari terkena dari dihempap pokok-pokok yang tumbang. Raisyah memerhatikan Alif yang sedang bertarung dengan sengit,dia menekap pada bahagian tengah dadanya.

Aura yang kuat mula mengalir seluruh tubuhnya,ahli-ahli skuadnya mula kagum dan Raisyah menumpukan kuasanya itu. Dia terus meluru ke arah Dark Knight dengan laju,Dark Knight sedar kehadirannya dan menujah senjatanya. Raisyah melompat secara berpusing,mengelak tujahan pedang Dark Knight.

DUUUSSH!!

Penumbuk yang padu mengenai muka Dark Knight disaluti zirah helmet,lalu terpelanting jauh merempuh pokok-pokok yang ada. Alif terkedu kerana tumbukan Raisyah bukan main kuat,malah zirah Dark Knight merekah sedikit.

"Raisyah?" Alif seakan merasakan kuasa lain daripada Raisyah.

Raisyah tidak mengendahkan Alif dan meluru ke arah Dark Knight yang kembali bangkit,Dark Knight ternyata bengang kerana ditumbuk oleh manusia yang dia benci. Dark Knight melibas pedangnya namun Raisyah lebih pantas,dia menundukkan kepalanya lalu menyerat ke bawah tubuh Dark Knight.

"Hngh!!"

DUUSH!!

Dark Knight terseret ke belakang sambil melutut sebelah kaki,perutnya disentuh dan terkejut kerana zirah pada bahagian perut retak dengan begitu teruk sekali.

"KAU TENGOK MANA DEMON JAHANAM?!!"

Raisyah berteriak mengejutkan Dark Knight,sebaik Dark Knight toleh satu penumbuk hinggap di pipinya sebelah kanan pula. Alif pula muncul dan melibas serta campakkan Dark Knight sehingga merempuh batu gergasi.

"Manusia kotor.... Berani kau tumbuk aku?!!" Dark Knight bersuara sebaik bangkit semula.

"Eh? Boleh bercakap?!" soal Alif.

"Sudah tentu manusia,aku adalah Luiz 10 Knight dari Dark Era...aku tidak sangka diseru oleh seorang manusia..." jelas Dark Knight bernama Luiz itu,Raisyah muncul dan menujah penumbuk.

"Aku seru Luiz Morgan? Jahanam..." Ozmandiyas menggigit bawah bibir.

DUUUSSH!!

"Menarik perempuan,kau boleh desak aku..." kata Luiz itu tersenyum sinis.

"Hoo yeah!! Cayalah Rai!" Alif bersorak melihat keadaan itu.

"Namun kuasa itu menelan kau perempuan,kau pasti nak jual roh kau pada kegelapan?" soal Luiz namun Raisyah hanya merenungnya dengan air muka yang bengis.

"Nampaknya kau mula ditelan kegelapan... Baiklah biar aku 'bantu' kau.. Ha!" Luiz menolak Raisyah ke belakang dengan daya kuasanya sahaja.

"THUNDER CRUSH!!"

KZZT..!!!

KRAANG!!

Raisyah yang terkena sambaran petir,jeritan kesakitan kedengaran dan Luiz cuba melakukan serangan susulan. Namun Alif muncul di hadapannya dengan pantas,Luiz terkedu dengan kepantasan Alif. Perutnya ditekap oleh Alif,Luiz cuba menyerangnya dan Alif hanya menumpukan kuasanya.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now