CHAPTER 26 : BRING HER BACK

936 99 5
                                    


"Aurora has left us..."

Alif terasa bagaikan dipanah petir,apabila mendengar berita itu daripada Azryan. Agnez hanya mendiamkan diri,Raisyah pula hanya memerhatikan reaksi Alif.

Alif kaku dan kemudian dia menoleh ke arah lain,menjengah dan dia tidak tahu untuk bereaksi bagaimana. Aurora telah hilang dan tinggalkan kumpulan mereka.

Alif tertunduk dan mengingati saat pertama kali mereka bertemu,dikenakan dan diugut kemudian akhirnya Alif menerima dia.

Tapi?

Aurora tinggalkan dia tanpa sebarang ucapan selamat tinggal,pintu bilik wad terbuka secara automatik. Mereka semua memandang ke arah pintu,Ikhwan masuk dan memantau sekitar kawasan.

"Sixth?" serentak Alif dan Azryan bersuara.

Ikhwan memerhatikan keadaan Alif,dia menghela nafas pendek kemudian Aminudden muncul. Alisa juga menyusul menjengah,dari belakang badan Ikhwan.

"Shishou! Thanks for coming!" Akira menunduk hormat.

Ikhwan hanya tersenyum sahaja melihat Akira,dan beralih pandangan ke arah Himiko. Sedar diperhatikan oleh Ikhwan,dengan segera Himiko menunduk hormat. Ikhwan,Alisa dan Aminudden menghampiri katil Alif.

"Alif,bagaimana keadaan kau...?" soal Ikhwan.

"Agak teruk..." jawab Alif tersengih dan Ikhwan tersenyum kelat.

"Aku difahamkan,Aurora larikan diri.." ujar Ikhwan dan Alif serta yang lain diamkan diri.

"Ia mengecewakan,sebab aku nak korang kekal bersama..." kata Ikhwan sambil menyilangkan tangan pada dada.

"Ya..maafkan saya..." jawab Alif tidak berani memandang Ikhwan.

Azryan segera menolak lembut yang lain,tanda biarkan Ikhwan dan Alif berbicara. Agnez dan Raisyah keluar bersama-sama Azryan,Aminudden hanya memerhatikan mereka dan Alisa pula sekadar tersenyum.

Sebaik sahaja mereka bertiga keluar,pintu wad ditutup oleh Aminudden lalu dikunci. Alif terkejut apabila mendengar bunyi kunci,Alisa hanya duduk di tepi dan membaca bahan bacaan yang berada di rak buku disediakan.

"Alif Haikal Al'Azahar..." ujar Ikhwan dan Alif mendongaknya,lalu tersentak melihat Ikhwan dengan aura kemarahan.

"Habislah dia kena panggang..." ujar Aminudden dan Alisa mencuit menyuruh diam.

"Err... Ya?" jawab Alif dan Ikhwan menghela nafas pendek.

"Aku nak tanya satu soalan pada kau..." Ikhwan mula berbicara.

"Ya tuan?" Alif menjawab.

"Kau nak biarkan Aurora di luar sendirian?" soal Ikhwan.

"Tentulah tidak..!" jawab Alif dengan mata yang bersinar kebenaran,Ikhwan sedikit terkejut kemudian tersengih.

"Dah tu,pergilah cari bawa dia balik..." kata Ikhwan lagi mencebik sambil menghela nafas pendek.

"Tapi kecederaan saya.." ujar Alif menunduk.

"Aku tak nak dengar alasan tu.. Aku tanya lagi sekali,dan takkan ulang..." kata Ikhwan tegas.

"Sixth..." Alif tergamam.

"Do you wanna bring her back?..." soal Ikhwan matanya tepat memandang mata Alif,pada asalnya Alif tertanya-tanya dan dia mengambil keputusan.

"YA.." jawab Alif muktamad dan Ikhwan tersenyum puas,dia menoleh ke arah Alisa dan isterinya faham lalu bangun.

"Puan?" soal Alif terkejut Alisa menghampirinya.

Alisa menghalakan tapak tangan ke arahnya,Alif tidak faham dan kemudian tubuhnya bercahaya warna kebiruan. Tidak lama lepas itu Alif merasakan kesakitan dia menghilang umpama udara,Alif menoleh ke arah Ikhwan yang menyilangkan tangan pada bawah dada sambil tersenyum.

"Seriously?" soal Alif selepas mengoyakkan kain balutan lukanya.

Alif terkejut apabila lukanya telah sembuh,malah tiada kesan pada tubuh badannya. Aminudden tersenyum sambil menyandar pada pintu,Alisa menyentuh pipinya membuatkan Alif terkejut.

"Puan?" Alif gementar.

"Pergi cari dia Alif,awak sayangkan dia bukan?" soal Alisa dan Alif mulanya terkejut kemudian air mukanya serius.

Ikhwan menghalakan tapak tangannya ke satu arah,bulatan portal teleportasi terhasil dan Alif terkejut. Aminudden mencampakkan bag panjang,Alif perasan pada bag itu mempunyai lambang Mentari.

"A little souvenirs from someone...." ujar Aminudden tersengih dan Alif teringatkan seseorang.

"Siddiq..." ujar Alif pula ringkas,dia tersenyum sinis dan menarik zip.

Alif tersengih dan menggelengkan kepalanya,itu adalah baju kesatria Mentari dalam pangkat tahap Elite. Alif menoleh ke arah Ikhwan,sang Raja Naga mengangguk tanda menyuruh Alif menyarung baju tersebut.

"Well kalau kau nak gaji,sarung...tak nak ya pulang balik la..." kata Ikhwan selamba.

Alif tersengih dan menyarungkan baju tersebut,satu set termasuk seluar dan selesai memakai. Azryan dan Raisyah serta Agnez kagum melihat Alif dalam sut baju baru.

"Aku ada dua misi untuk kau..." ujar Ikhwan dan Alif mendengar dengan serius.

"Ya!!" jawab Alif.

"Pertama sekali... Cari dan bawa Aurora Mikaela balik jumpa aku..." ujar Ikhwan menunjukkan tangan tanda nombor satu.

"Yang kedua,aku akan beritahu selepas kau selesai misi pertama..." tambah Ikhwan.

"Kenapa Sixth?" soal Azryan.

"Sebab misi kedua berkaitan dengan misi pertama,jadi gagal misi pertama tiada la misi kedua..." jelas Ikhwan.

"Hek eleh..." Aminudden mencebik dan Alisa hanya tersenyum.

"Ada masalah Am?" ujar Ikhwan dengan renungan maut.

"TAK! Tak ada apa..." jawab Aminudden bersiul dan muka berpeluh.

"Jadi Alif..." ujar Ikhwan dengan nada normal,Alif menunggu arahan dengan sabar.

"MULAKAN MISI!!" Ikhwan memberi arahan.

"YESSIR!!"

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now