Kota yang asalnya cantik,telah bertukar menjadi medan peperangan. Para askar sedang berjuang untuk melindungi orang awam,memberi masa bagi untuk mereka dipindahkan.Serangan daripada pihak pemberontak berjaya dipatahkan,tetapi kehadiran askar android tempur dan juga makhluk kegelapan tengkorak berzirah. Membuatkan situasi bertambah buruk,Rafaela dan Rachel sedang memberi bantuan pada askar yang cedera.
Android tempur merempuh masuk ke dalam kawasan tersebut,semua askar yang tidak cedera bertahan tetapi tidak mampu mematahkan kemaraan askar android tersebut. Salah satu android bergerak pantas,muncul di hadapan Rafaela.
"Kakak!!" Rachel terkejut dan jarak dia pula berada jauh.
Rafaela hanya mampu tergamam,dia tidak mampu bergerak dan android tempur terus melancarkan serangannya. Rafaela mengetap bibir dan menutup matanya,Rachel menjerit memanggilnya.
Tetapi android itu terus membeku dengan tiba-tiba,android tempur yang lain mencari-cari penyerang. Rachel tergamam dan mendongak,android tempur yang ada dengan tiba-tiba terbelah. Alisa muncul seiring membelah android itu,satu lagi android cuba menyerangnya.
Alisa lebih pantas dan android tersebut terbelah,menjadi bahagian-bahagian kecil kemudian Alisa terus melepaskan satu serangan aura dingin. Sekelip mata semua android membeku,Alisa menghembuskan nafas berwap dari mulutnya.
Rafaela dan Rachel tergamam,Alisa yang menyedari mereka berdua di situ sekadar memberi senyuman sebelum hilang dari pandangan mata.
Sementara itu di Temple of Blizzard.
Semua tergamam melihat perubahan Alif,rambutnya bersinar keemasan dan aura keemasan juga menyelubungi seluruh tubuhnya. Aurora yang berada di sisi tubuh mayat Azryan,turut tergamam dan tertanya apa yang berlaku?
Bagaimana Alif dapat menyeru kuasa sekuat ini?
Alif memerhatikan keadaan dirinya,kuasa yang mengalir dalam tubuhnya jelas ternyata melebihi kuasa dia yang sebelum ini. Tangan digenggam dan dilepaskan,dia lakukan berulang-kali dan nafas dihelakan.
Alif memandang ke arah Ozmandiyas yang merenungnya,dia tidak berkata apa-apa dan hanya memandang dengan pandangan kosong.
"Bagaimana kau dapat capai kekuatan sebegini?" soal Ozmandiyas tidak percaya tetapi Alif hanya mendiamkan dirinya.
Ozmandiyas hanya mendecih sebelum menyedari renungan Alif,dia tergamam kerana bayangan Noir berdiri di belakang Alif. Memandang Ozmandiyas dengan pandangan simpati,Ozmandiyas menyedari renungan bayangan Noir.
Ozmandiyas menjerit dan aura menakutkannya,dilepaskan dan Aurora tidak mampu bernafas dek daya kuasa dilepaskan oleh Ozmandiyas. Tetapi Alif memberi perlindungan pada Aurora,dia memberikan Aurora mampu menahan daya kuasa negatif daripada Ozmandiyas.
"Alif..." kata Aurora pendek.
"Tunggu sini..." ujar Alif.
Aurora yang mulanya terkejut,kemudian tersenyum mengangguk faham. Alif hanya membalas senyumannya,kemudian sekelip mata bergerak pantas dan mencengkam muka Ozmandiyas lalu membawa Ozmandiyas keluar dari temple tersebut. Ikhwan yang sedang menghapuskan askar kegelapan,menyedari perkara itu dan Alif sempat menjeling ke arahnya dalam keadaan membawa Ozmandiyas pergi.
Alif memberi isyarat meminta Ikhwan membantu Aurora yang berada di dalam,dan Ikhwan yang baru sahaja menghancurkan separuh dari askar tengkorak berzirah hanya tersengih.
"Qatariz,Hafez tolong bertahan.. Aku ada tugasan di dalam...!" ujar Ikhwan dan berlari ke dalam temple.
"Oi mengelat!" Qatariz berkata tersengih.
YOU ARE READING
CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™
FantasiaDunia selepas perang telah lama berlalu,jadi keadaan menjadi aman. Ikhwan diangkat sebagai lagenda baru,negara-negara luar semakin gerun dengan kekuatan negara Mentari. Namun masih ada lagi yang tidak berpuas hati dengan keamanan,berusaha untuk meng...