CHAPTER 75 : DARK KNIGHT VERSUS SKULL WING

806 103 10
                                    


Sebuah runtuhan makam lama,burung-burung bertenggek di atas batu. Mereka berkicauan merdu dengan girang,namun kemunculan seseorang berkerudung mengejutkan mereka dan terbang pergi meninggalkan kawasan tersebut. Kerudung diturunkan dan air muka Luiz kelihatan,dia memerhatikan runtuhan lama tersebut.

Dark Knight itu menjeling ke kiri,kemudian menjeling ke kanan dan pedang hitamnya dia tarik. Sekilas pantas dia libas dan pokok-pokok di situ,terus tumbang dan lima orang berpakaian kerudung mendarat di hadapannya.

"Siapa korang ni?"

"Nama aku Ozmandiyas.. Ketua Skull Wing.." ujar salah seorang dari mereka,menarik kerudung yang menutupi wajahnya.

"Saya Meteora,dan ini Mariana.." ujar Meteora memberi pengenalan diri.

"Aku Wild Gunz.." ujar Wild Gunz.

"Aku Rowan Drear..." kata Rowan sambil menurunkan kain kerudungnya.

"I see... Jadi korang yang menghidupkan aku semula?" soal Luiz masih memegang pedangnya.

"Aku kagum tuan boleh tahu..." ujar Ozmandiyas menunduk hormat.

"Sudah tentu,aku boleh tahu kerana dapat lihat warna kuasa dalam diri kamu semua..." jelas Luiz memerhatikan mereka berlima.

"Sekali lagi saya kagum dengan kehebatan tuan Luiz Morgan..." puji Ozmandiyas.

"Jadi? Apa yang korang mahukan?" soal Luiz.

"Kami mahu kerjasama tuan..." Ozmandiyas berkata tanpa selindung.

"Untuk musnahkan makhluk di dunia?" soal Luiz dengan muka tenang.

Semua kecuali Ozmandiyas terkejut,kerana Luiz dapat tahu rancangan mereka. Sudah semestinya kerana jika makhluk seruan,ataupun yang telah dihidupkan semula akan melihat memori si penyeru.

"Ya..." ujar Ozmandiyas dan Luiz hanya tersenyum,semua tersenyum lega kerana fikirkan Luiz akan menyertai mereka.

"Aku menolak..." ujar Luiz dengan muka biasa.

"Aku tidak tahu apa yang kau rancangkan,tapi aku tidak berminat terlibat dengan kau..." jelas Luiz.

"Aku sudah kata bukan Oz,dia memang tidak akan membantu kita..." ujar Mariana mengeluarkan pedangnya

"Ya aku setuju,kita hapuskan sahaja dia.." kata Wild Gunz mengacukan pistol ke arah Luiz Morgan.

Ozmandiyas sedar mereka tidak mungkin akan mengikut arahan,Meteora hanya mendiamkan diri tanpa melakukan tindakan begitu juga Rowan. Luiz pula sekadar memerhatikan mereka berdua dan Ozmandiyas menghela nafas pendek.

"Maaf Luiz Morgan,no hard feeling.." kata Wild Gunz mengacukan pistolnya.

Luiz hanya berdiam diri dan Mariana serta Wild Gunz pula merenungnya,suasana menjadi sunyi-sepi dan setitis air dari sehelai terjatuh. Saat titisan air itu menyentuh bumi,Mariana dan Wild Gunz membuka langkah.

Wild Gunz melepaskan tembakan bertalu-talu,dan Mariana menyerang dengan pedangnya. Peluru tembakan Wild Gunz ditangkis dengan putaran pedang seperti kipas,manakala serangan Mariana ditahan kemas oleh dua batang jarinya.

Wild Gunz dan Mariana terkejut dengan keadaan tersebut,kemudian Wild Gunz menyimpan semula pistolnya dan mengeluarkan senapang laras lalu ditarik picu. Tembakan yang deras dilakukan dengan pantas,Mariana pula melompat ke atas secara back-flip.

"Huh?"

BOOMM!!

Satu das tembakan mengenai muka Luiz,Wild Gunz sekadar bergaya selamba dan Mariana tersengih. Ozmandiyas tidak memberi apa-apa reaksi,Meteora dan Rowan juga membisu. Namun tembakan Wild Gunz langsung tidak berkesan,tidak menunjukkan kesan calar pada muka Luiz Morgan.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now