CHAPTER 93 : I'M GONNA GO ALL OUT

799 81 10
                                    

Please put your earphones for immersive experience

Song : Platonic Girl by Gumi (Vocaloid)💠



Pernah dengar perubahan sepintas lalu?

Itulah yang berlaku di kota negara Winter sekarang ini,sedang berlaku perang di antara para tentera dan pemberontak.

Kota yang cantik dengan latar belakang telah hancur sekelip mata,orang awam ada yang terkorban.

Perhimpunan raja-raja diganggu pemberontak yang inginkan perubahan,malah mereka percaya perubahan itu boleh dilakukan dengan korbankan semua raja seluruh negara di dunia ini.

Suasana bandar menjadi sunyi dan sepi kemudian diganggu bunyi dentuman,iaitu bunyi dari pertarungan di antara Azryan,Raisyah menentang Mariana. Azryan didesak sehingga tercampak kemudian menggunakan dinding bangunan,sebagai pelantar untuk dijadikan meluru semula ke arah Mariana.

Azryan berpusing di tengah-tengah udara dan menghayunkan kakinya,lalu Mariana segera menahan secara spontan. Tepat dan padu mengenai lengan yang melindungi kepala Mariana,lalu wanita tersebut tercampak ke belakang. Raisyah terus mara ke hadapan,Azryan mendarat kemudian mengeluarkan senjata shuriken.

Raisyah menggeserkan pedangnya di tanah,lalu dilibaskan ke arah Mariana dan serangannya berjaya ditahan mudah. Raisyah dan Mariana berbalas renungan tajam,Azryan membaling shuriken dengan segera.

Mariana menolak kasar Raisyah ke belakang,lalu mengangkat pedang ke udara dan ingin menetak Raisyah. Namun lemparan shuriken yang terbang laju,menyerangnya dan membuatkan Mariana terpaksa berundur ke belakang.

Pemegang pedang dipegang sekuat hati,Mariana mengibarkan sayapnya dan bilah pedang milik bersinar. Raisyah mengetapkan gigi serapat mungkin kemudian mengangkat pedangnya tegak di hadapan muka,Azryan hanya mengacukan sepucuk pistol yang diberikan oleh Ikhwan. Dia mengacukan dengan kedua-dua tangannya,percikan cahaya biru keputihan terhasil dari muncung pistol.

"SEVEN SINS,WRATH!!" Mariana memulakan serangan.

"VALKRYIE BLADE!!!" Raisyah menyusul.

"LIGHTNING MAGNUM!!" Azryan membantu Raisyah.

ZRASSHH!!

SWIINGGG!!!

Kzzt~~TZOOMM!!!

BRAAMM!!!

TIGA serangan kuat bertembung dan letusan yang kuat terhasil,Recca dan Felicia menghadang cahaya hasil perlanggaran tiga kuasa itu. Manakala Ikhwan pula telah memakai cermin mata hitam,membuatkan dua gadis hunimal itu berbalas pandangan.

Masing-masing dengan impak kuasa yang amat dahsyat,Raisyah dan Mariana berbalas renungan. Mereka masih mampu meneruskan pertarungan,muncung pistol Azryan berasap dan dia hanya memerhatikan senjata tersebut kemudian mengangkat bahunya.

KRAANNGG!!

Wild Gunz dan Rowan muncul dengan tiba-tiba,terseret berhenti di sebelah Mariana tanpa mereka sedari. Alif dalam keadaan berzirah dan bentuk monyet,mendarat di atas tiang lampu dan tesengih. Aurora dan Altera pula juga mendarat di belakang Mariana,Wild Gunz dan Rowan sedar akan Mariana di situ.

"Mariana?" soal Rowan.

"That form,you're really serious..." ujar Wild Gunz terkejut kerana melihat Mariana dalam keadaan itu.

"Shut up Wild,I don't have time for that.." balas Mariana pula.

"Yo Ryan! Having hard time?!" soal Alif tersengih.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now