"Terima kasih atas pertolongan kamu,Ikhwan Syah Al'Solleh.." ujar Elliot menundukkan kepala tanda hormat,Rizqie turut sama berbuat demikian.Raisyah dimasukkan ke dalam kenderaan seperti ambulance,disusuli oleh beberapa kakitangan medic sambil diperhatikan oleh Alif dan Aurora. Azryan pula hanya memerhatikan sahaja,dia mengepalkan penumbuk kerana tidak tahu apa yang dilalui gadis tersebut.
"Tolong angkat kepala kamu,saya cuma membantu apa yang perlu..." jelas Ikhwan.
"Kalau begitu... Saya minta diri..." Elliot berkata sambil tersenyum.
Kenderaan itu berada sambil diperhatikan oleh Alif,Ikhwan hanya melangkah menghampiri Alif dan berhenti di sebelahnya. Alisa hanya mendiamkan diri dan melangkah masuk ke dalam bangunan kedutaan,disusuli oleh Luqman dan Aila dari belakang.
"Siapakah Luiz?" soal Alif dan Ikhwan menoleh ke arahnya.
"Luiz?" Ikhwan kehairanan.
"Dia kata dari dark era...500 tahun yang lalu?" duga Alif dan Ikhwan sedikit terkejut.
"Luiz yang kamu tanyakan ni,mungkin Luiz Morgan salah satu 10 pahlawan kegelapan kalau tak silap dia berkhidmat di bawah salah seorang 5 Dark Lord..." jelas Ikhwan.
"Maknanya dia amat kuat!?" soal Alif lagi.
"Kenapa kamu tanya? Dia sepatutnya sudah mati..." jelas Ikhwan.
"Ada orang yang seru dia semula..." satu suara menegur dan Ikhwan serta Alif menoleh serentak,Z muncul dari pintu portal.
"Z.." Ikhwan terkejut malah air muka Z yang serius adalah amat jarang.
"Apa yang kau ingin katakan?" soal Ikhwan.
"Luiz Morgan,aku dapat rasakan kemungkinan dia akan hidupkan semula rakan seperjuangannya yang lain.." jelas Z dan Alif terkejut manakala Ikhwan masih tenang.
"Jika dia.. Aku boleh agak..." ujar Ikhwan.
"Luiz Morgan bukan sembarangan pahlawan Ikhwan,dia mampu menghancurkan sebuah negara hanya dengan sebelah tangan sahaja.." jelas Z.
"Aku tahu sebab itu aku minta seseorang perhatikan dia.." jelas Ikhwan.
"Bagaimana dengan Skull Wing?" soal Z.
"Itu kau tak perlu risau... Z kau kena pastikan dia tak terlepas dari kurungan itu.." ujar Ikhwan dan Z mengerutkan dahinya,Alif juga kehairanan.
"Apa maksud kau?" soal Z.
"Kau sepatutnya lebih tahu dari aku,jika dia terlepas bukan setakat dunia.. Tetapi seluruh dimensi lain akan dimusnahkan.." Ikhwan berkata dengan nada yang serius.
"Hal Luiz Morgan,aku boleh uruskan... Tetapi hal dia jangan ambil mudah..." kata Ikhwan lagi.
Z tidak berkata apa-apa lagi dan dia menyeru semula portal teleportasi,kemudian dia melangkah masuk ke portal itu. Sebelum portal itu lenyap,Z sempat berkata sesuatu dan hanya Ikhwan sahaja yang mampu mendengarnya.
"Apa yang dia katakan tuan?" soal Alif.
"Kamu tak perlu tahu.." ujar Ikhwan dan melangkah pergi meninggalkan Alif sendirian.
Alif memerhatikan Ikhwan beredar pergi,dia mula syak sesuatu yang kurang elok. Entah kenapa Alif ingin tahu siapakah 'dia' yang dimaksudkan oleh Ikhwan sebentar tadi,Alif segera berlari menuju ke arah bangunan kedutaan menyusul Ikhwan.
Luiz Morgan mendarat di atas bangunan pencakar langit,namun disebabkan kecederaannya membuatkan dia terjatuh berguling beberapa kali sebelum terbaring melihat ke atas langit. Dia bangun dan bersila sambil menghela nafas pendek,Luiz terdengar bunyi bising di bawah.
YOU ARE READING
CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™
FantasyDunia selepas perang telah lama berlalu,jadi keadaan menjadi aman. Ikhwan diangkat sebagai lagenda baru,negara-negara luar semakin gerun dengan kekuatan negara Mentari. Namun masih ada lagi yang tidak berpuas hati dengan keamanan,berusaha untuk meng...