Kapal pesawat hitam berada di landasan lapangan terbang,Ikhwan dan Farhan memantau dari dalam bilik kawalan. Azryan menekan suis penting satu persatu,Alif turut membantu dan Aurora pula membaca bacaan angin. Raisyah hanya sekadar mendiamkan diri,memegang pipinya yang terkena tamparan daripada Alisa."Sakit lagi ke?" soal Alif.
"Jangan menyibuk la!" Raisyah memberi amaran,Ikhwan hanya menghela nafas pendek.
"Kuat betul awak tampar budak tu.." ujar Ikhwan menoleh ke arah Alisa.
"Maaf,saya tak suka orang mengata seseorang yang penting dalam hidup saya..." ujar Alisa dengan tegas.
Ikhwan tidak berkata apa-apa dan menggelengkan kepala,dia memerhatikan pesawat hitam yang ingin berlepas. Manakala dia memandang ke arah dua buah pesawat yang sama,cuma berlainan warna sahaja iaitu putih dan perak. Luqman dan Aila berada di dalam pesawat berwarna perak,Qatariz pula bersama Mirana dan tiga ahli skuad Ghost iaitu Milja,Noir serta Aria.
"Uncle ada ambil ahli baru dalam skuad Ghost?" soal Aminudden yang turut berada di sebelah Ikhwan.
"Heh..." Ikhwan sekadar tersengih.
Alif sempat menoleh ke arah satu tempat duduk,dia memerhatikan seorang puak demi-animal ataupun dipanggil Hunimal. Seorang hunimal musang berambut putih dan merah,manakala ekornya juga berwarna putih dan merah sedikit.
"Hey Alif,kau pasti biarkan Hunimal sertai kita?" soal Azryan.
"Arahan Putera Ikhwan,kau nak bantah?" soal Alif dan Azryan mendecih.
Pintu garaj gergasi terbuka dan platform kedua-dua kapal itu mula dipusingkan,landasan mula disediakan dengan kemas dan siapa perekanya kalau bukan Akif yang sedang tersengih memerhatikan rekaannya. Sikap dan gelagatnya diperhatikan oleh Ikhwan dari pusat kawalan,dia menghela nafas pendek.
"Sesiapa uruskan dia..." ujar Ikhwan dan Aminudden sekadar tersenyum kelat.
"Uncle kenapa tidak benarkan saya sertai?" soal Aminudden dan Ikhwan menoleh ke arahnya.
"Sabar Aminudden,belum tiba masanya lagi..." ujar Ikhwan lagi dan Aminudden hanya mengangguk lemah.
"Kau rehat dahulu,kita punya bahagian wanzeneth belum beritahu..." jelas raja naga itu.
"Apasal orang tua tu lambat sangat beritahu?" soal Aminudden tidak puas hati.
"Who's know? Kau pergi iringi kapal tu kalau bosan sangat..." ujar Ikhwan sambil menjeling ke arahnya.
Aminudden tersengih teruja dan berlari laju keluar dari pusat kawalan pelepasan,tindakannya hanya membuatkan semua kesatria yang bertugas terpegun dan Alisa hanya ketawa kecil. Kapal-kapal pesawat itu mula bergerak perlahan,memasuki landasan yang ditetapkan. Luqman dan Azryan mengawal dengan berhati-hati,Luqman menggaru kepala sambil mengeluh.
"Enjin okay,alat kawalan okay...kita boleh memecut sekarang..." ujar Milja dan Luqman menggaru kepalanya sekali lagi.
"Baiklah..semua pegang kuat-kuat.." arah Luqman dan Aila serta yang lain mengangguk.
"Aku akan mula menambahkan kelajuan..." jelas Azryan dan Alif serta lain mengangguk sahaja.
"BERLEPAS!" Azryan dan Luqman berkata serentak.
Dua buah pesawat itu mula menambahkan kelajuan,manakala Aminudden pula terus berlari lalu terbang kelajuan yang sama dengan kapal itu. Luqman menyedari kehadiran Aminudden,dia hanya tersengih manakala Azryan pula terkejut kerana tindakan Aminudden.
"This is awesome!" ujar Aminudden tersengih.
"Si bodoh tu..." Luqman hanya menggelengkan kepalanya sahaja.
YOU ARE READING
CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™
FantasyDunia selepas perang telah lama berlalu,jadi keadaan menjadi aman. Ikhwan diangkat sebagai lagenda baru,negara-negara luar semakin gerun dengan kekuatan negara Mentari. Namun masih ada lagi yang tidak berpuas hati dengan keamanan,berusaha untuk meng...