CHAPTER 64 : DARK KNIGHT

800 82 0
                                    

Aurora bangun dari tidurnya kemudian menguap selepas termenung seketika,di atas katilnya dan turun dari situ lalu menuju ke arah bilik mandi. Aurora mencapai tuala yang disangkut di sebelah pintu bilik mandi,dia segera melangkah masuk ke dalam.

Air pancuran yang hangat menyegarkan Aurora,dia tersenyum menikmati mandi air panas. Wap mula terhasil dan Aurora mendengar bunyi aneh dari luar tingkap bilik mandi,Aurora merenung tepat arah tingkap.

Alif berada di hadapan tingkap bilik mandi Aurora,dia tersengih sumbing lalu memanjat ke atas pokok. Namun saat dia memijak dahan pokok,dengan tiba-tiba sahaja dahan itu patah lalu terjatuhlah Alif bagai nangka busuk ke tanah.

"Adododoi..." keluh Alif mengusap belakang badannya.

"Alif?" satu suara menegur dan Alif mendongak,dia terkedu apabila melihat Aurora menjengah dari tingkap tersebut.

"Aurora... Hai,pagi..." sapa Alif tersengih.

"Apa yang awak buat?" soal Aurora.

"Senaman pagi?" kata Alif menelan air liur.

"Senaman pagi di belakang bilik mandi orang?" soalan Aurora membuatkan Alif tersentak.

"Haha,saya...." Alif terkedu menelan air liur sekali lagi dengan renungan Aurora yang menakutkan,air panas menyimbah muka Alif tanpa dia sedar.

"ARGGHHHH...!!!!"

Jeritan itu mengejutkan semua orang,Azryan yang sedang membaiki sesuatu menoleh. Luqman dan Aila juga kehairanan,Alisa pula yang masak terkejut dan menoleh ke arah Ikhwan yang sedang membaca maklumat pada tablet visual.

"Bunyi apa tu?" soal Alisa.

"Entah..." jawab Ikhwan pendek dan enam Hunimal di Skuad Ghost terkejut bangun dari tidurnya kerana jeritan Alif.

Cip..

Cip....

"Panas la Aurora..." ujar Alif yang baru selesai mandi dan menuju ke dapur bersama Aurora.

"Itu yang awak dapat kerana nak intai saya..." jerit Aurora merajuk.

"Saya teman lelaki awak!" ujar Alif tidak puas hati.

"Itu tak bermakna awak boleh intai saya!!" bidas Aurora dan Alif tersentak,Aurora menyilangkan tangannya dan memalingkan pandangannya dari Alif.

"Awak patut tanya kalau nak..." ujar Aurora mukanya kemerahan menahan malu.

"Haa? Awak cakap apa?" soal Alif.

"Tak ada apa! Saya lupa awak tu miang!" jawab Aurora melangkah pergi meninggalkan Alif pergi.

"Sekurang-kurangnya saya cuma miang kat awak okay!" Alif mempertahankan dirinya,Aurora terhenti melangkah dan mukanya kemerahan.

Aurora segera mengapungkan batu yang berhampiran di luar kaki lima,dengan segera Aurora membaling terus ke arah Alif tanpa disedari oleh pemuda tersebut.

Alif terkejut apabila seketul batu terbang hampir mengenai mukanya,dia sempat elak dengan mudah dan batu tersebut ditahan dengan diapungkan oleh Aila yang bersama Luqman.

"Thanks Luqman.." ujar Alif.

"Aku tak kisah kalau kau nak geli-geli ke apa,tapi boleh tak ambil ruang..?" Luqman berkata dengan muka blur dan Aila pula air mukanya merah,Alif dan Aurora tersentak serta serentak merah padma muka masing-masing.

"Alif..." ujar Aurora menundukkan kepalanya.

"Eh?" Alif terasa tidak sedap hati,serentak lembingnya diseru.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now