Alif terkedu mendengar soalan Emma,dia memutarkan bola matanya. Tidak tahu apa yang patut dia jawab,ataupun dia salah dengar kerana bahasa negara Sakura jika salah dengar boleh lain maksudnya."Awak soal saya suka kimchi?" soalan Alif membuatkan Emma timbul urat dahi.
"Alif...." Emma mula bengang.
"Eh?" Alif kehairanan.
"YOU'RE IDIOT!!" Emma menghayunkan penumbuk.
BOKK!!
KRAANG!!
Alif terpelanting melanggar dinding,dia terkebil-kebil dengan keadaan tersebut.
Kenapa Emma memberi reaksi seperti itu?
Alif segera bangun dalam keadaan terkial-kial,kemudian membersihkan bajunya dan menghela nafas pendek. Personaliti perempuan kadang sukar difahami,itulah yang bermain dalam kepala Alif dan penulis.
Awan putih tebal berarak di udara,cuaca nampaknya cerah dan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Alif menggeliat dan menarik nafas,kemudian dia helakan secara perlahan-lahan.
"Oi.. Apahal kau menung jauh sangat tu?" teguran Azryan membuatkan dia tersentak.
"Huh? Termenung? Mana ada aku biasa je..." jelas Alif dan Azryan mengangkat sebelah kening.
"Apahal kau tenung aku camtu?" soal Alif lagi.
"Kau reaksi macam ada perempuan tanyakan soalan yang kau cintakan dia ke tidak..." kata-kata Azryan membuatkan Alif tersedak.
"Kau okay tak kawan?" soal Azryan lagi dan Alif memalingkan muka daripada dia.
"Aku okay,aku tersedak..." jelas Alif memegang dadanya.
"Hey kamu berdua..!" Emma menegur mereka sebaik sahaja muncul dengan tiba-tiba.
"Emma,ada apa?" soal Azryan.
"Ada misi dari guild.. Nak buat ke?" soal Emma.
"Kelas?" soal Alif dan Emma tersenyum.
"Kelas S,bagaimana?" kata Emma lagi,Alif dan Azryan berpandangan kemudian tersengih.
"SURE!!"
Kapal pesawat hitam meluncur laju merempuh udara,autopilot diaktifkan dan hanya menunggu tiba di destinasi.
"Misi kali ini kita kena menghapuskan sekumpulan demon... Malah katanya ada Devil Knight.." jelas Emma.
"Askar demon la dengan Devil Knight ketua mereka?" soal Azryan dan Alif berfikir sejenak.
"Apa objektif kita?" soal Alif.
"Situ ada relic,katanya ramai dah cuba nak dapatkan tapi ramai la yang gagal..." jelas Emma.
"Hey... Kalau camtu tak payah la..." kata Alif mula risau.
"Awak kenapa Alif? Bukan sudah setuju ke?" soal Emma kehairanan.
"Devil Knight bukan makhluk sembarangan,dia macam manusia boleh berfikir... Level bukan calang-calang..." jelas Alif.
"Come on Alif,bukan selalu... Ganjaran dia bukan main hebat lagi..." ujar Azryan.
Alif terdiam dan memandang Azryan serta Emma,dia tahu jika dihalang sekalipun mereka tetap berdegil untuk melakukan misi yang dimaksudkan.
"Fine,jika berlaku apa-apa aku tidak mahu bertanggungjawab!" ujar Alif tegas.
"Tiada masalah..." Azryan menjawab tersenyum.
"Sama dengan saya..." ujar Emma turut tersenyum.
Pesawat hitam itu terbang dengan laju,akhirnya mereka tiba di destinasi yang telah ditetapkan. Alif mendaratkan kapal jauh dari tempat misi mereka untuk mengelakkan kapal dihancurkan,Azryan dan Emma berbalas senyuman kemudian mengangguk. Alif pula kekal gerak hatinya tidak sedap,namun dia hanya mampu mendiamkan diri.
YOU ARE READING
CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™
FantasyDunia selepas perang telah lama berlalu,jadi keadaan menjadi aman. Ikhwan diangkat sebagai lagenda baru,negara-negara luar semakin gerun dengan kekuatan negara Mentari. Namun masih ada lagi yang tidak berpuas hati dengan keamanan,berusaha untuk meng...