Ciu...Ciuu..
Bunyi burung berkicauan dan juga serangga bernyanyi,jelas kedengaran oleh Alif yang sedang baring di atas rumput bagaikan karpet. Alif berhenti di satu pulau percutian,Aurora dan Agnez bermain di tepi pantai manakala Azryan pula duduk berehat di sebuah kafe.
"Okay ke awak lepaskan saya ni?" soal Raisyah menjengah dan Alif pula hanya menghela nafas pendek.
"Kenapa? Suka ke kena ikat separuh bogel?" soal Alif selamba dan Raisyah menahan muka merah.
"Untuk kali terakhir,jangan ingatkan saya pasal perkara tu.." Raisyah berkata dengan muka merah padma.
Alif hanya ketawa kecil dan bangun,dia meregangkan ototnya sebelum menghela nafas pendek. Raisyah mengembungkan pipinya kerana geram akan reaksi Alif,dia sedar kehadiran Aurora ingin menyerang gadis itu tetapi lengannya ditarik oleh Alif.
"Jangan nak buat benda kurang bijak okay?" ujar Alif dan Raisyah hanya merengus lembut.
Raisyah segera beredar dan Alif hanya memandang dia pergi dengan tersenyum kelat,Aurora pula sedar akan riak air muka si Raisyah padanya. Renungan tajam dari gadis berambut hitam,membuatkan dia terasa seram sejuk.
"She sometimes give me chill..." Aurora berkata risau dan Alif hanya mendiamkan diri,dia teringat kata-kata Raisyah.
"Alif? Why did you look at me like that?" soal Aurora dan Alif tersentak.
"Sorry,I'm not realized.." kata Alif mengalihkan pandangannya.
"Did you hiding something from me?" soal Aurora lagi.
"No I didn't..." jawab Alif segera beredar.
"Alif!" Aurora mengejarnya dari belakang.
Seseorang memerhatikan mereka dari atas menara kawalan,dia memerhatikan dengan tersenyum seribu satu muslihat dan pisau dikeluarkan. Aurora menyedari sesuatu sebelum satu letupan berlaku,Alif mendarat di satu penjuru bumbung bangunan sambil mendukung Aurora dengan gaya bridal-style.
"A-Alif!" Aurora merona merah mukanya.
"Siapa tu!? Keluar la setan! Pengecut ke apa serang hendap!?" jerit Alif kegeraman masih mendukung Aurora,seseorang muncul di belakangnya.
"Tidak sangka kamu mampu bergerak dengan pantas..." kata lelaki berkerudung itu,dia mengingati semula gerakan pantas Alif menyelamatkan Aurora dari terkena serangannya.
"Siapa kau ha? Apa urusan kau dengan dia?!" soal Alif lagi.
"Saya tidak rasa ia urusan kamu.." balas lelaki berkerudung itu tersenyum licik.
"Aku rasa sudah menjadi urusan aku,kerana dia bersama aku..!" Alif membidas geram.
"ALIF!" Raisyah mendarat di sebelah Alif,Aurora diturunkan oleh Alif.
"Baik kau berambus dari sini,aku tak ada mood..." Alif memberi amaran dan lelaki berkerudung itu hanya ketawa sahaja.
"Saya rasa kamu memandang rendah pada saya.." kata lelaki berkerudung itu.
"Jika ya kenapa?" soal Raisyah.
"Assassin girl,tidak sangka kamu akan bersama mereka..." kata lelaki berkerudung itu.
"Saya ada urusan dengan gadis blonde ni..." jawab Raisyah dan Aurora menoleh ke arahnya.
"Jadi matlamat kita sama,nak habiskan Alter Archangel..." ujar lelaki berkerudung itu dan Aurora terkejut.
Raisyah menyeru kuasa utama dia iaitu zirah miliknya,dan meluru ke arah lelaki itu sambil melibas pedangnya. Lelaki berkerudung itu mengeluarkan senjatanya,dan menahan tetakan pedang milik Raisyah.
YOU ARE READING
CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™
FantasyDunia selepas perang telah lama berlalu,jadi keadaan menjadi aman. Ikhwan diangkat sebagai lagenda baru,negara-negara luar semakin gerun dengan kekuatan negara Mentari. Namun masih ada lagi yang tidak berpuas hati dengan keamanan,berusaha untuk meng...