CHAPTER 57 : WHY DON'T YOU JUST DIE?

813 89 0
                                    


"Erghhh.... Ahhhh..." Luqman menggeliat panjang,Noir pula bersama Aria lena berbantalkan kepala masing-masing.

Luqman menyedarinya dan menyelimutkan mereka,ketika ini dia bersama Alif berada di tengah-tengah hutan. Mereka diberi misi untuk menyiasat,kerana ada laporan berkaitan Skull Wing di hutan tersebut.

"Camping di tengah-tengah hutan boleh tahan gak kan..." Alif menegur dan Luqman hanya menoleh ke arahnya.

"Aku nak tahu apa yang Skull Wing buat di kawasan hutan tebal macam ni..." Luqman meninjau keadaan sekeliling,Aila dan Aurora hanya berbual kosong.

"Sebab tu kita ditugaskan...cari apa aktiviti mereka..." Avalon menegur dengan tiba-tiba.

"Diam Avalon,aku tak cakap nak dengar pendapat kau..." kata Luqman geram dan Avalon hanya terkekeh ketawa berjaya mengusik Luqman.

"Hey Alif..." sapa Luqman menoleh ke arah Alif.

"Mana kawan kau?" soal Luqman lagi.

"Ouh dia... Huh?" Alif terpegun dan Luqman kehairanan.

"Kenapa?"

"Aku rasa dia sesat..."

Jawapan Alif membuatkan Luqman membuat muka blur,Alif pula dengan air muka tidak berperasaan dan menggosok kepalanya.

Pada masa yang sama Azryan sedang termengah-mengah,dia bersembunyi di sebalik pokok besar dan menjengah mengintai. Lima orang misteri bertopeng sedang mundar-mandir,Azryan mengetap gigi mendecih geram.

"Kenapa la aku ni gatal sangat nak pusing-pusing sekali nah kau,jumpa diorang memang menang loteri tapi apa ke malang sangat..." bebel Azryan seorang diri.

"Okay,sekarang ni macam mana ni...aku tak tahu jalan hutan,main terjah silap hari bulan jumpa diorang balik..." ujar Azryan sendirian.

"Okay.. Baik aku gerak pelan-pelan...." ujar Azryan dalam hati berjalan menundukkan badannya.

Langkahnya diatur secara berhati-hati,Azryan menoleh kiri dan ke kanan. Mulutnya dikemam rapat dan nafasnya diatur,tapaknya diorak dengan penuh cermat. Namun usahanya gagal apabila ada pedang terpacak di hadapannya,Azryan menoleh ke arah kiri dan seorang lelaki bertopeng musang berdiri tidak jauh dari dia berdiri.

"SHIT!!"

KLONG!!

Azryan berlari laju sebaik persembunyiannya terbongkar,dia menoleh ke belakang dan sedar lelaki bertopeng itu mengejarnya dengan laju. Pedang dipegang kemas dan Azryan mengetap gigi ketakutan,dia menyalahkan diri sendiri kerana senjatanya tertinggal dalam pesawat.

"Sial la! Kenapa la aku tertinggal!!" Azryan menjerit kegeraman.

Satu lagi pedang terpacak di hadapannya,Azryan membrek dan terkedu apabila dia sudah dikepung. Dia memandang kiri dan kanan,setiap arah dihalang dan dia terperangkap.

"Seronok main lari-lari?" soal orang bertopeng yang berdiri di hadapannya.

"Penat...heh.." jawab Azryan mengetap gigi.

"Jadi mati la cepat!" kata lelaki bertopeng itu mengangkat pedangnya.

"Maaf la,aku belum kahwin lagi...oups!!" Azryan berkata seraya mengelak sebaik libasan pedang dilakukan,seorang lagi pula menujah pedang.

Azryan mengelak dengan pantas,kemudian dia terus melepasi orang yang baru sahaja menyerangnya. Mujurlah dia ada belajar sedikit mengenai seni pertahanan diri,tetapi dia menyumpah dirinya kerana hanya mempelajari teknik mengelak sahaja.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now