CHAPTER 140 : REEZAL VERSUS UZALEN

683 79 11
                                    


Reezal dan Gerbertus berbalas renungan,Luqman dan Aminudden pula hanya berbalas jelingan antara satu sama lain. Reezal menoleh ke arah anaknya semula,melihat keadaan kedua-dua anaknya hanya cedera ringan dia menghela nafas pendek.

"Mana Zareena?" soal Reezal.

"Akak pergi cari orb yang dimaksudkan uncle Ikhwan.." ujar Luqman dan Reezal mengangguk faham.

"Kamu pergi cari mereka..." arah Reezal dan mereka berdua terkejut.

"Tapi ayah?" soal Aminudden.

"Ayah akan halang dia.." jelas Reezal.

Aminudden ingin membantah namun Luqman menahan,Aminudden kehairanan dengan tindakan Luqman. Dua orang adik beradik itu berpandangan,Reezal melangkah ke arah Gerbertus.

"Apa yang kau fikirkan?" soal Aminudden.

"Lebih baik kita serahkan pada ayahanda.." jelas Luqman.

"Tapi musuh tu pertahanan dia kuat.. Kau tahu macam mana dia block serangan kita?!"

"Kau fikir kita sama level ke dengan ayah kita?"

Aminudden terdiam dan Luqman terus menarik adiknya pergi,Gerbertus hanya mendiamkan diri dan memerhatikan Reezal yang berdiri menghalangnya.

"Jadi.. Sekarang.." ujar Reezal memandang ke arahnya.

"Kau nak cari nahas ke? Mencabar aku?" soal Gerbertus.

Reezal tidak menjawab tetapi menunduk dan menyentuh tanah,Gerbertus kehairanan dan dinding terhasil mengepung seluruh kawasan mereka berdiri. Haiwan-haiwan yang ada terkejut lari bertempiaran,burung semua berterbangan.

"Apa?" Gerbertus terkejut.

"Sekarang yang cari nahas adalah kau.. Sedia?" soal Reezal dengan tenang,wajahnya amat dingin.

Gerbertus hanya mendiamkan diri,tetapi perasaan risau dan takut mula bermain di mindanya. Tetapi perasaan marah juga muncul,kerana menganggap manusia memperlekehkannya.

Gerbertus mengetap gigi dan terus meluru ke arah Reezal,tetapi si raja Mentari hanya mengeluh dan menghentak sedikit pada tanah lalu terhasil seperti batang sebesar pemeluk keluar dari perut tanah.

Gerbertus tersentak dan batang itu menghentak dagunya,dia tidak sempat menarik perisainya. Gerbertus berguling ke belakang,sebelum dia kembali bangun dengan pantas. Reezal menunjukkan reaksi kagum,lalu menepuk tapak tangan.

"Aku kagum.. Serangan tu kuat kot,kau mampu bangun lagi...sememangnya salah satu pahlawan dalam lagenda..." ujar Reezal dan Gerbertus mengeluarkan urat di dahinya.

"JANGAN RENDAHKAN AKU!!" Gerbertus menjerit geram.

"Tidak.. Tidak.. Tidak terfikir,aku puji... Kau patut berterima kasih..." jelas Reezal.

Helicopter yang dikemudi oleh Raven hanya berlegar-legar di atas tempat pertempuran,Elena pula menjengah ke bawah dan mendengar apa yang dikatakan oleh mereka.

"Saya mula terfikir.. Perangai tuan Reezal dengan putera Ikhwan.. Memang sama.." kata Elena memandang ke arah suaminya.

"Ke mana kuah kalau tak tumpah ke nasi?" soal Raven ketawa kecil.

Reezal mendepakan tangannya dan tanah yang ada berhampiran,terus merekah dan menyerang Gerbertus. Pahlawan kegelapan itu mencacakkan perisai ke tanah,lalu bertahan semua serangan yang dilakukan oleh Reezal.

KRAKKK!!

KRASSHH!!

KLONG!!!

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now